Thursday 4 February 2021

BUAT LOPES PULUT

Lopes Pulut siram sirap gula Melaka pekat. Kiub pulut yang liat-liat kenyal dengan haruman pandan. Lemak masin dari kelapa bergaram, Dengan sirap pekat manis melekat. Tak sedar sesuap demi sesuap masuk kemulut. Eh, tak sengaja tangan ini menambah, bila tekak masih meminta. Hihihi... 


Buat Lopes Pulut untuk minum petang. Saya dengan anak bujang yang laju makan. Anak dara yang 2 orang tu tak makan pun. Katanya manis sangat. Tak nak manis makan la kosong.. Hihihi


Eh, ulang lagi makan lopis ni. Siram sirap gula melaka pekat baru sedap. Nak dapat sirap gula Melala  pekat & sedap kena masak awal-awal biar betul-betul sejuk. Sirap ni saya masak dah lebih seminggu kot. Masak lebih masa buat Puding Sagu Gula Melaka hari tu. Masak extra & isikan dalam botol simpan dalam peti ais.Makin lama simpan memang pekat elok jadinya. Tapi kena simpan dalam peti ais supaya tahan lama & tidak masam. Sirap gula melaka memang senang sangat nak memasaknya, Hanya gula & air sahaja kan. Tapiiiiii.... Inilah yang paling malas nak buat. Sanggup lagi saya masak rendang.. Hihihihi.. 



Lopes ni dulu-dulu seingat saya, mak saya tak pernah buat pun. Paling saya ingat ada sorang kawan saya masa form3 selalu buat. Asmahan bt Abdul Hamid namanya. Nama & mukanya iras dramatis airmata tahun 80-an..Asmahani Hussein. Rumahnya di Kg Batu 20 tepi bendang dekat rumah pam air. Pernah beberapa kali saya pergi rumah dia. Dia pandai & rajin masak. Apa khabarlah agaknya Asmahan tu sekrang. Anak berapa orang & sudah bermenantu bercucukah dia? 


Nampak, pulutnya liat kenyal & padat baru syok nak kunyah..hihihi

KUIH LOPES PULUT
2 cawan beras pulut
2½ cawan air pandan + sikit pewarna hijau
1 sudu teh garam
1 sudu besar air kapur
( ambil air jernih sahaja dari bancuhan kapur yang telah mendap..)

Bahan Gaul:
1 cawan kelapa putih + sedikit garam

Sirap:
1/2 cawan dark broen sugar
1/4 cawan gula
1 cawan air
1 helai pandan
** Semua bahan sirap dimasak hingga pekat dan sejukkan

1. Jerang air pandan + air kalur dan garam hingga menggelegak
2. Basuh beras pulut dan masukkan dalam air mendidih
3. Kacau rata dan biar beras mendidih sambil dikacau.
4. Bila hanpir kering,kecilkan api dan tutup periul biar beras tanak hingga naik wap dan masak
5. Katika masih panas masukkan pulut dalam loyang yang sudah disapu minyak
6. Tekan dan padatkan pulut dengan menutup permukaan pulut dengan plastik dan ditumbuk2 dengan alu lesung batu supaya pulut padat dan sebati.
7. Kemaskan permukaan phlut supaya licin dan biar sejuk sebelum dipotong.
8. Gaul dengan kelapa parutbyang dicampur sedikit garam dan  siramkan  sirap gula melaka pekat ketika hendak makan.



Dah tekan padat-padat biar sejuk beberapa jam baru potong

Lepas potong gaul dengan kelapa yang dicampur sikit garam

Siram sirap gula melaka sebelum makan. 


10 comments:

  1. Aduhh..ni pun feveret. Sedapnye. Mak saya biasa buat bungkus daun pisang.. bentuk silinder. Nak kene try buat jugak ni agaknye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat yang bungkus 3 segi dicampur air abu & waena dia kuning liatttt.. Uih sedap Jaja.. Tapi payah nak jumpa la

      Delete
  2. Macam2 kaedah buat lopes ni kan. Masa sy kecik2 ibu pernah buat lopes sekali jer, serik2 agaknya,hahahaha.

    Asmahan dgn Asmahani, mama pun dekat2. Selalu tengok Asmahani Hussein berlakon dalam drama minggu ini. Nampak sgt keremajapurbaan Kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Agaknya mak saya pun serik kot buat lopes. & mak saya pun memang tak suka lopes.

      Asmahani tu memang real kan lakonannya.. Gigi dia bersiung tu nampak manis

      Delete
  3. Rasa macam sedap aje lalu kt tekak saya.selalu klu beli lopes nya lembik, tak padat dan air gulanya cair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Sama la taste kita... Suka hat liat-liat. Sedaging kata orang kampung saya

      Delete