Thursday 23 January 2020

SUP MEE CUBIT / BAN MIAN


Sup Mee Cubit a.k.a Pan Mee
Mak aku yang cakap namanya Pan Mee
Kata mak aku ni masakan Cina
Eh, kalau masakan Cina mee tu dorang akan sebut mien la...
Kalau mee kari disebuat Kali Mien..
Depa mana boleh sebut "r"
Tu yang kari jadi kali
Sebab tu juga kalau ko soh orang Cina ssnaraikan nama buah yang mula dengan buruf "L" memang depa akan menang sebab semua buah dibantai mula huruf "L"
Langsat.. Limau... Lulian.... Lambutan... Lelima..Luku...🤣🤣🤣🤣
Haaaaa.... Aku tahu la sebab dulu Tadika aku aliran Manderin
Ingat lagi annual dinner aku nyanyi duet ngan Lemon.
Haaa.. Nama mamat Cina tu memang Lemon..
Haaaaaa..... Tapi tu la habis tadika
Habis semua dah lupa dah sebab x de vang nak skeeping  speeking
Bukan terror kacang sangat pun
Tapi boleh la kalau basic speeking tu..

Pan Mee Sup...
Tapi mak aku kata better sebut Mee Cubit jer
Mak aku kata sebab ni homemade noodle
& maka aku cakap x guna mesin mee pun
Just cubit-cubit jer tepung tu untuk jadikan mee
Kalau ori Pan Mee mak aku kata tengok kat Astro 707/703 dorang leperkan dough tepung & koyak-koyakkan macam kue teow versi lebar la
Kata mak aku masa tengok kat Astro tu resipi dia simpel jer..
Tapi mak aku cakap cara masak ni mak aku kata dari kawan mak aku Puan Wong ajar cara masak simple mee suah soup.
Eh.. Aku memang kenal Puan Wong tu..
Cantik & aktif walaupun lgi senior dari mak aku..
Cerita mak aku lagi Puan Wong cakap beliau memang goreng banyak ikan bilis & simpan dalam botol..
Bila nak buat sup just rebus ikan bilis goreng untuk kuah sup sayur yang sedap
Tapi ikan bilis WAJIB goreng garing barulah kuah sup akan jadi putih susu & lebih sedap.
Kalau guna bilis tak goreng kuah sup akan jernih & kurang kick
Haaa agaknya Puan Wong masak apa untuk CNY esok...?



Ni mak aku masak untuk dinner malam  semalam...
Jaman now 2020 kan mak aku dah jarang masak nasi dengam lauk untuk dinner
Banyak masak sup & the gang jer

Sekuali Sup Mee Cubit

Makan sorang 1 kuali
Ni memang kuali untuk serving la
Bukan kuali untuk memasak tu
Hahahahaha.. Tapiiii
Kalau nenek tengok sah kena beletiaq...!!!


Ni dough nak buat Mee Cubit tu


Sayur Sawi

Bilis bersih...
From Pangkor Island...
Buang tulang kepala & isi perutnya

SUP MEE CUBIT/BAN MIAN
Adunan Mee:
2 cawan tepung gandum
1/2 caaan air..
1/2 sudu minyak

- uli tepung dengan air hingga tidak. Lekat tangan.
- Masa uli campur sikit minyak supaya dough licin
- Biarkan dough sementara masak sup

SUP
1 1/2 cawan bilis - goreng rangup & ketepikan( 1/2 cwn bilis untuk sup.. 1 cawan lagi untuk tabur)
1 paket cendawan shimenji
3 pokok sawi
1 sudu minyak
1/2 bawang holland - cincang
5 bawang putih - cincang
1 sudu makan serbuk lada sulah
1 sudu teh garam

1. Panaskan 1 sudu minyak & tumis bawang holland & bawang putih.
2. Bila harum masukkan 1/2 cawan bilis & 6 cawan air( air kena banyak sebab nanti tepung memyerap air)
3. Bila kuah mendidih, kecilkan api & biar kuah mendidih perlahan selama 20 minit supaya semua rasa bilis keluar dalam sup
( kuah akan jadi keruh putih)
4. Masukkan garam, serbuk lada sulah.
5. Canai dough tepung agak2 tebal kulit wantan & gunting-guntingkan menjadi saiz kuew teow atau cubit-cubitkan helaian  dough yang sudah dileperkan itu terua masukkan ke dalam sup yang sexang mendidih
6. Bila kepingam dough cubit telah timbul, masukkan batang-batang sawi & cendawan
7. Sesuaikan rasa.
8. Masukkan daun-daun sawi & kacau sekejap sahaja honhga daun layu & matikan api.
9. Serve panas-panas kerana  mee cepat menyerap kuah & cepat kembang



Rasa Sup ni fresh la sebab guna fresh mee
Walaupun versi mee cubit
Tapi mak aku pernah jer buat HOMEMADE MEE KUNING... kat sini


Ssbab x tahu abang ngan kakak nak sampai pukul berapa..
So, mak aku masak kuah sup ikan bilis  & biar warm dalam rice cooker
Bila semua dah balik baru sup tu dituang dalam kuali besar & dimasukkan dough & sayur.
So.. Makan panas-panas...
Kakak la paling banyak makan
Sampai 2x tambah..
Haaaa..... diet la sangatttttt
Elok abang kakak balik

No comments:

Post a Comment