Saturday 25 January 2020

MINI TUNA QUINCHE

Ops dah hari Sabtu...

Mini Tuna Quiche...
Semalam nyer breakfast & bekal
Patut post entri ni dulu sebab ni makan waktu pagi semalam
Pagi Jumaat yang barokah
Tapi post birthday dah potong Q
Walaupun birthday tu malam
Heee.... Tapi birthday kena juga post 24 Januari..
Sebab selepas tu dah expired
Hahahaha

Makan ngan  chilly sauce
Aummm...


Sepinggan Tuna Quiche
(mak aku cakap sebutannya keesh)

Mula tengok ingatkan paff pastry
Sebab hari tu nampak mak aku beli paff pastry

Bila makan rupanya rotiiii
Hahaha..
Mak aku cakap memang kalau ori quinche guna pastry
Tapi ni  versi Jebat Derhaka lagiiiii
Hahaha

MINI TUNA QUINCHE(25 pcs) 
1bungkus roti Gardenia (Jumbo)
@25 keping roti

Filling:
1 tin tuna( boleh ganti sardin @ sosejyang dihiria nipis)
6 biji telur
1/2 cawan susu segar/susu cair
1 bawang Holland - cincang halus
1 sudu besar chilly flakes
( boleh ganti cili merah cincang)
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
1 rumpun daun bawang - hiris halus

1. Lenyek tuna & campur telutmua bahan untuk filling.
2. Gelek roti hingga nipis & terap bulat
3. Gunting 4@5 bahgaian tidak putus pada roti supaya senang nak bentuk
4. Susun  roti dalam tray muffin. Kalau tiada tray muffin susun dlam paper cup yang tebal. Pastikan tidak bocor
5. Sendukkan filling kedalam setiap lubang roti & bakar 20-25 minit 190°
6. Guna lidi untuk cucuk ditengah quinche. Jika selepas lidi ditarik keluar licin d beraih maknanya sudah masak. Jika ada kesan basah telur belum beku, tambah masa membakar
7. Serve panas @ sejuk dengan chilly sauce


Bahan inti..
Campur jer semua

Gelek roti dengan roller pin
Kalau xde guna jer botol kicap or botol sos ya g licin

Tekap  seberapa besar permukaan roti supaya tidak membazir roti


Mak aku guna penutup balang jerk😁
Kata mak aku dah xde lagi besar.
Kalau ada saiz lagi besar kurang skit pembaziran roti.
Tapi semua kulit roti tu mak aku simpan.
Mak aku cakap kalau rajin leh buat puding roti
Kalau x rajin jemur & blend kering buat bread crumb

Terap hingga habis
Adunan tu mak aku cakap boleh jer buat 25-30 pcs
Tapi sebab tray muffin tu 12 lubang
So, isi inti penuh2 dapat la 2x baking =24pcs

Gunting 4@5 bahagian macam ni tapi jangan putus
Ini supaya mudah dilipat masa masuk dalam lubang muffin
Kalau x gunting camtu nanti bila sumbat dalam lubang muffin roti tu berkedut x cantik

Lagipun bila gunting macam tu bentuk lebih cantik
Seeloknya gunting 5 baru nampak kemas macam bunga.
PASTIKAN susun kemas supaya tidak ada ruang terbuka atau bocor.
Kalau bocor memang melekat la sebab telur.


Buat hingga habis
Takyah sapu minyak sebab dia x lekat


Isi kan filling

*** Lepas isi filling kena terus bakar supaya tidak kembang. Kalau nak bakar banyak kali jangan isi awal2.Time nak bakar baru isi filling

Panaskan dulu oven 5 minit d bakarlah quinche 20-25 minit


Dah siapppp
Masa ni 1 rumah bau harum quinche


Terus keluarkan dari tray
Tak perlu tunggu sejuk sebab memang x lekat(selagi tak bocor)

Serve panas-panas @ sejuk

Makan ngan sos cili baru best


Bekal abang...
7 pcs
Abang x bawa sos sebab nanti makan kat cafe guna jer soa kat cafe🤣

Bekal. Kakak
6 pcs
Kakak siap bawa sos isi dalam plastik

Aku makan dengan nascafe



Mak aku  cakap dulu dah pernah buat la
Eh, ye ker.?????
Jap nak cari dalam older post

Betul laaaaaa..
Dah jumpa QUINCHE SOSEJ... kat sini
Lagi best yang tu siap ada cheese
Mmmm. Kalau lwtak moza cheese
Mesti lagi best

Syukur dengan rezeki yang ada
Ucapkan الحمدالله...


No comments:

Post a Comment