Tuesday 30 July 2019

PUCUK MENGKUDU MASAK LEMAK TEMPOYAK PETAI

Pucuk Mengkudu Masak Lemak Tempoyak Petai
Lauk mak aku masak untuk
Mak aku kata ni lauk kampung
Dah habis about Hari Usahawan
Jom makan

Pucuk Mengkudu memang aku tahu fav mak aku
Tapi aku x suka sebab pahit
BUT....yang ni x pahit la
Sedap
Kakak pun makan
Kalau kakak makan
Maknanya aku memang lagi la makan




Mak aku kata ni ala Sambal Tempoyak Pucuk Ubi Nismilan
Tapi yang ni versi Pucuk Mengkudu


Mak aku kata mungkin sebab ada petai menyebabkan pucuk mengkudu tu jadi x pahit dah
Jadi sedap


Pokok mengkudu ni la yang pucuknya dah jadi Sayur Tempoyak Petai tu

Mak aku kata ni Mengkudu versi Mengkudu hutan
Daunnya kecik
Kalau yang biasa ditanam orang daunnya lagi lebar dan tidak pahit
Yang jenis kecik ni mak aku kata kena rebus dulu nak kurangkan pahit


PUCUK MENGKUDU MASAK LEMAK TEMPOYAK PETAI
2 cekak ucuk mengkudu
3 papan petai
2 batang serai -hiris halus
1 daun kunyit
1 kotak santan
1 asam keping
1sudu teh garam
2 sudu tempoyak

BAhan Tumbuk/Blend:
1/2 cawan cili padi
1 ketul kunyit
1 gengganm ikan bilis bersih
1/2 bawnag besar

. Bersihkan daun mengkudu dan hiris halus
2. Celur daun emngkudu hiris
dan buang airnya
3. Masukkan pucuk mengkudu bersama bahan blend ,tempoyak,garam,asam,serai hiris dan 2 cawan air.Masak hingga mendidih
4. Tambah santan pekat dan kacau rata
5. MAsukkan isi petai dan kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak
6. Sesuaikan rasa



Selori mak aku petik
Hahahaha....lori mainan la
Tapi siyes memang banyak


Ni mak aku dah hiris
MAk aku kata kalau rajin hiris la halus-halus macam bunga rampai
Kalau rajin sikit jer hiris macam ni
Kalau x rajin hitis la lagi kasar
Kalau malas juga x yah hiris
Kalau malas lagi xyah masak
Kalau bapak malas xyah makan
hahahaha


Now Petai season
Makan petai iiiiii jerk
My fav aku ni
Heeeee


Pucuk mengkudu yang sudah direbus dan dibuang airnya
Daun mengkudu memang akan hitam selepas direbus





Siap....
Sayur Tempoyak Petai Pucuk Mengkudu
Selain sayur ni mak aku masak Ayam MAsak Kicap untuk abang yang memang x makan sayur ni

2 comments:

  1. Elok pulak dia jadi hijau balik lepas masak lemak tempoyak tu. Aunty tak pernah makan lauk ni tapi kalau Sambal Tempoyak Daun ala Nismilan tu memang aunty selalu makan. Ni mau tambah nasi dua kali kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun tu memang hitam.. Nampak hijau kuah & petai.
      Tapi kiter lagi suka Sambal tempoyak bilis & petai. Aummmm

      Delete