Sunday 21 July 2019

PENGAT BEBOLA DURIAN ALA THAI

 Pengat Bebola Durian Ala Thai
Haaa... tahun lepas memang viral pengat durian macam nI
Sebab mak aku memang pernah buat
BUBUR DURIAN VIRAL... kat sini...
Tahun lepas & 2017 kan durian harganya mahal xleh bawa bincang
Masa tu ingat lagi kalau beli durian pun sebiji @ 2 biji jer
Pastu sampai bijinya pun mak aku buat kerepek
Yang dibuang hanya kulit sahaja
Isinya pun makan jimat2
Antranya buat bubur viral tu
Sedapp..
Mak aku kata asalnya pengat bebola durian   ni viral kat Thailand
Sampailah ke Malaysia




 Ni  aku masak lagi
Pun still sedap
Cuma nama dia dah jadi Pengat Bebola Durian Ala Thai
Dah xde la perkataan viral sebab tahun ni dah x viral
Mak aku kata mungkin sebab sekarang durian x semahal tahun lepas
Maka dah boleh makan durian puas-puas
Alhamdulillah


 Tapi ni mak aku kata masak Pengat Bebola Durian..
Sebab isi durian dah tinggal sikit
So.. Masak Pengat Bebola Durian ni

PENGAT BEBOLA DURIAN ALA THAI
Doh:
5 ulas durian
2 cawan tepung pulut

Kuah:
1 kotak santan + air
2 ulas durian
2 helai pandan
2 sudu sagu biji-rendam 10 minit
1 cawan gula
1 sudu teh garam

1. Untuk.buat bebola.. asingkan isi dan buang biji durian
2. Campur isi durian dengam tepung pulut
3. Uli isi durian dengan tepung pulut tanpa dicampur air.. Hanya isi durian dan tepung pulut.
4. Gentel doh menjadi bebola sebesar hujung jari kelingking
5.Jerang air dalam periuk anggaran 4cawan dan bila mendidih masukkan bebola durian
6. Dalam air yang sama yang mengamdungi  bebola durian, masukkn sagu yang sudah direndam dan masakhingga savu jernih
7.Tambah isi durian untuk kuah bersama pandan, garam,gula masak hingga ga larut dan bebola timbul
8. Masukkan santan dan kacau supaya sebati.
9. Kecilkan api dan biar mendidih sekejap sambil dikacau supaya kuah tidak pecah mendadih
10. Sesuaikan rasa

 Adunan doh durian + tepung pulut


 Gentel sebesar hujung jari kelingking


 Rebus dalam air.mendidih

 Kuah Pengat Bebola Durian


 Ready to serve


Pengat Bebola Durian Ala Thai..
Aummm

2 comments: