Saturday 9 June 2018

SIRA LABU BULAN PUASA

Sira Labu Bulan Puasa..
Hahaha...memang la bulan puasa...
Sira Labu ni antara masakan daripada labu yang selalu mak aku masak..
Kalau x sira...mmm mesti mak aku buat pengat a.k.a serawa labu
xpun lepat labu..
Jarang mak aku nak masak labu jadi sayur..
Mak aku cakap kalau kat kampung nenek labu kuning ni ada juga dimasak kari bersama daging..
Lagi satu mak aku cakap kalau zaman dolu..
Labu juga dimasak pejeri..
Alaa..pajer tu aku tahu...yang macam kari pekat kuah manis tu..
Mmm ....aku x suka pajer sebab aku rasa pelik bila kari tapi rasa dia manis...
Cannot go bai..!
Tapi mak aku ngan nenek aku suka..
Mmm....mungkin mak- mak jer kot suka pejeri


Sira Labu ni pun hanya mak aku yang suka...
Aku bukan x suka..
Tapi kalau nak rasa sesuap dua aku boleh lagi la...
Kalau berketul2 macam mak aku ...mmmm memang tak ar...
Kalau Pengat Labu aku boleh jalan lagi...
Tapi kalau sira ni...dia nyer manis...
Tahap semut pun nangis tau..!
Hahaha....
Tapibmak aku boleh plak masak sira sampai sebiji labu
Memang la labu tu x besar sangat..
Tapi penjodoh bilangan dia tetap sebiji labu juga...
Mak aku cakap nak simpan dalam peti ais supaya boleh makan pada hari lain...
Mmm....memang xkan habis la sebab yang nak makan tu mak aku sorang..
Abang pun aku tahu bukan peminat sira labu ni...

SIRA LABU
1 biji labu sederhana besar
1 cawan gula
1 cawan air
1 helai pandan
5 bunga cengkih
1 kulit kayu manis
1/4 sudu teh kapur sirih( optional)
sedikit pewarna kining( optional)

1. Belah2kan labu dan boleh buang kulit atau boleh sahaja tanpa dibuang kulit
2. Bancuh kapur sirih dengan 3 cawan air dan rendam potongan labu tadi selama 15 minit..
( tujuannya supaya labu kekal bentuk dan tidak pecah ketika dimasak.
3. Basuh bersih labu untuk menhilangkan kesan kapur.
4. Masukkan labu dalam periun bersama 1cwan air..cengkih,pandan, kayu manis dan pewarna kuning
5. Taburkan gula diatas labus dan mask dengan api perlahan hingga labu emouk dan air gula pekat..lebih kurang 1/2 jam
6. hidangkan panas atau sejuk sebagai dessert


Labu Kuning perlu dipotong tebal dan dibiar sepotong- sepotong supaya cantik.
Kulit labu boleh dikupas atau boleh dibiarkan sahaja jika suka tekstur


Rendam dalam air kapur sirih..
Tujuannya supaya semasa dimasak akan terbentuk 1 lapisan nipis melindungi labu daripada pecah atau hancur..
Tetapi langkah ini boleh skip jika alah kapur atau tiada stok kapur


Masukkan labu...air...cengkih..kulit kayu manis..dan taburkan gula..
Sepatutnya letak sedikit pewarna kuning supaya lebih cantik..
Tapi mak aku cakap xde stok pewrna kuning plak..
Mm...letak serbuk kunyit x boley ker..?
Hahahaha...mana boley...
Nanti bau dan rasa dia dah jadi lain


Masak atas api sederhana hingga mendidih dan kuah sirapnpekat serta labu jadi lembut


Haa...ni baki yang dalam periuk..
Mak aku suruh masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti ais...
Naper x masukkan daa tupperware jer..?
Mmm...mak aku cakap untuk jimat ruang dalam peti ais...
Heee...peti ais umah kitowang bukan jumbo size..
So..nak simpan barang kebanyakan kena masuk.plastik supaya barang lain boleh landing sama
Kalau masuk tupperware...mmm akan banyak mencuri ruang..
Haaa....1 lagi sebab ialah supaya kalau makanan tu dah rosak ker apa ker....
Just amik & campak dalam bakul sampah..
No need untuk bersihkan tuppeware kesayangan mak ko kan..!
Terboik nyer

No comments:

Post a Comment