Sunday 17 June 2018

PAGI AIDILFITRI 2018

Uitttt...dah raya dowh!!
Pagi2 buta pi surau dulu la..
Boleh selpiaq dulu sementara otang x ramai
Kang selpiaq time mokcik2 bawang dah sampai kang kena membawang plak..
Hahahaha...raya raya mana boleh bawang membawang...
Kena bermaafan kan...
Kikikiki....

Surau kat tepi umah nenek ni kecik jer
Sebab kar kampung ni ada 2 surau...
Nenek cakap surau PAS dan Surau Umno..
Hahaha...tapi sesapa saha boleh jer solat mana2 surau yang terdekat.
Sebabnya kampung nenek ada 2 bahagian..
Dipisahkan oleh bendang...
Seberang sini 1 surau
Seberang sana 1 surau..
So...mak ko PAS ke UMNO ke...PH ker
Kalau dah rumah dekat Surau UMNO..
Solat jer lah kat Surau UMNO
Kalau dah rumah atuk ko tepi Surau PAS..
Takkan ko nak langkau surau tu




Update...
Ni ada pic Surau PAS..
Macam rumah jer kan..
Yer lah..kampung kecik jer
Tapi ada 2 surau...
Sempat snap time Achik bawa ronda2 kampung...
Tapi sunyi la xde orang...
Masa ni time dah petang...

Cucu nenek..
Heeeee


Hero macho dah balik dr surau..
Bergambar di laman rumah nenek


Cepat kuarkan kuih raya
Jap lagi orang dari surau akan sampai..


Kuih dan muih beraneka macam..
Makan lah jangan hanya dipandang
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman..

Sudi lah rasa kuih ku..
Pilih lah yang mana satuuuu...
Hai dihari begini
Kita menjamu selera...
Kita bermaaf- maafan
Di suasana hari rayaaaaaa....
Teng..teng..teng...tetengtenteng..
( ha...tu muzik lagu raya Datuk Sharifah Aini..lagu raya fav mak aku)


Kuih raya ni banyak yang Achik nyer
Kitorang bawa sikit jet
Mak aku cakap x sempat nak buat kuih sendiri
Hari cuti semua siapkan kuih orang..
Hahahaha...kata nenek..Tukang Jahit Pun Biasanta Baju Sendiri Tak Siap..
Hahahahahaha...


Makan lah keyupat ini
Dengan rendangnya sekali...
Ketupat rendang sila nikmati
Nenek penat memasak malam ke pagi


Nasi Tomato hidangan pagi
Untuk hidangan jemaah surau
Kalau sedao tambah la lagi...
Kalau x sedap diam- diam jer tau..!

(ok x pantun raya tu..hihihihi)


Ayam masak merah..
Lauk pagi raya .
Jangan marah marah....
Nanti cepat tua..

Ayam masak merah
Dah siap masak tadi malam
Kalau lauk habis boleh tambah
Pakcik beli 5 ekor ayam


Kari daging pun ada juga
Untuk makan dengan nasi tomato..
Hari ni hari raya..
Siapa nak duit raya sila la berato..
( boleh la kan...pantun camni)


Biskut raya dan kuih baulu
Nasi tomato abang yang sedia
Jemput makan jangan malu
Kecil besar tua dan muda



Yang ni Achik punya idea...
Minuman bernama Air Soda Herba..
Tapi sayang daun pudina tiada...
Tapi rasa dia memang walla...
Semua tetamu tertawan selera..
Siapa kencing manis minum berpada-pada..
Hahahahaha...



Banyak makanan penuh di meja
Makan lah jangan sampai tersedak
Yang dah kahwin makan sahaja
Sebab duit raya hanya untuk budak- budak



Tetamu semua ramah- ramah..
Walaupun aku memang x kenai..
Semua nak makan diluar rumah..
Nak open air santai- santai..



Yang ramai datang dengan kereta
Maklummlah x jumpa hpir setahun..
Yang tua seronok bercerita..
Sambil menghisap rokok daun..


Sebelum masuk kasut ditanggal..
Itulah pesan ibu dan ayah..
Walaupun rumah nenek dah xde sapa tinggal
Tapi time raya memang meriah


Sambil beraya mengeratkan ukwah..
Paling ramai kawan- kawan nenek la
Walau x mewah tapi meriah
Itulah berkatnya ada orang tua

Gambar suram bukannya malam
Ni semua kakak punya pasal la...
Guna handphone memang la kelam
Kerana camera chargernya x bawa


Tua muda beraya sakan..
Semua nampak manis bergaya...
Jemput lah masuk silalah makan
 Hari ini kan ke hari raya...


Tuan rumah dah letih lesu..
Tapi nenek memang memang begitu
Asyik sangat melayan tetamu..
Sampai nak makan pun dah x lalu..


Semua pakat duduk bersila
Sebab kerusi hanya ada lima
Makan lah makan tetamu semua..
Raya hanya setahun 2 kali sahaja


Walaupun nampak macam orang Malaysia
Tapi meraka bukan warga negara
Dua orang kanak2 ni anak Kemboja
Tumpang mencari rezeki dan juga beraya
Itulah makmurnya negara kita
Mampu berkongsi rezeki suruh dunia
Kat kampung nenek memang ramai warga kemboja
Bekerja menoreh juga berniaga
Kerana kampung nenek semakin kurang orang yang muda
Ramai sudah berhijrah ke kota..
Hanya balik time raya...
Itulah yang nenek cerita..
Bila aku bartanya tentang mereka

Jiran pun bukan selalu bertemu
Time raya jer dapat berjumpa
Kepada semua para tetamu ..
Segala kekurangan maafkan saja..


Sebab semua bersantai diluar rumah
Dalam rumah tiada sesiapa
Ruang tamu kosong
Tempat lepak tengok tv jer

Sebenarnya hati rasa ralat sangat
Sebab camera dah habis bateri
Charger plak kakak x bawa
Habis bergambar x boleh nak transfer
Dah la pic banyak dalam tu
Yang ada hanya pic dari handphone jer..

Huhuhu..
Huwaaaaaaaa......

Ok.....jom sesi berfambar bersama family plak...
Tungguuuuuu entri lepas ni plak

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah..
      Walaupun kampung nenek kecik jer..
      Family nenek pun kecik jer
      Rumah nenek pun rumah tinggal
      Tapi ramai yang datang beraya..
      Alhamdulillah...
      Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki dan rahmat kepada kami dan semua yang membaca catatan ini...termasuk sis nor..semoga bahgaia selalu..

      Delete