Monday 11 June 2018

PUDING CAREMEL BERKRIM VERSI BAKAR

Puding Caremel Berkrim...
Semalam nyer dessert untuk iftar
Aku request nak puding caremel..


Aku suka puding caremel yang mak aku buat sebab kalau yang mak aku masak dia creamy dan xde lubang2 macam cheese..
Aku suka yang lembut creamy dan smooth jer bila lalu kat tekak


Mak aku cakap nak buat banyak puding ni sebab hari tu buat sikit je x puas makan
Pastu mak aku cakap biar boleh makan 2 hari..
Simpan dalam peti ais kasi sejuk..
Esok boleh makan lagi..


PUDING CAREMEL BERKRIM VERSI BAKAR
6 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat + 1/2 tin air & kacau sebati
1 sudu teh esen vanila

Gula Hangus:
1/2 cawan gula

1. Buat gula hangus..Panaskan gula dengan api kecil hingga gula mencair kekuningan
2.Tuang dalam loyang semasa masih panas kerana gula hangus cepat mengeras
3. Pecahkan telur dan kacau dengam tangan sahaja..JANGAN PUKUL r blend...kerana jika dipukul @ blend nanti puding akan berlubang2 macam cheese kerana banyak gelembong angin.
4. Campur susu pekat...air dan susu cair dan kacau sebati
5. Masak campuran susu hingga trasa panas dan berwap..JANGAN SAMPAI MENDIDIH
6. Tuangkan susu panas ke dalam telur sambil dikacau tanpa henti supaya telur tidak bergumpal.
7. Masukkan esen vanila dan tapiskan campuran telur bersusu tadi kedalam loyang berisi gula hangus..
8. Panaskan oven190°..
9.Sediakam air panas mendidih
10. Masukkan loyang puding tadi kedalam tray pembakar san masukkan dlam oven
11. Isikan air panas mendidi ke dalam tray supaya loyang puding terndam dalam tray berisi air panas semasa dibakar..
( bain marie)
12. Bakar anggaran 1 jam hingga puding jadi beku.

*** Letak di rak pembakar bahagian bawah supaya atasnya tidak berkerak tutup dengan aluminium foil

Puding caremel sedang diovenkan dengam cara bain marei


Puding dah masaj setelah 1 jam dibakar..
Kalau kukus maka ku pesan kukus dalam 20 minit sajaha...JANGAN kukus lama sebab kalau kukus lama nanti dah x creamy


Dah sejuk sikit baru terbalikkkan  dalam bekas besar dengan hati2..downside


Yummmyyy.....!!!

2 comments: