Tuesday 7 November 2017

JEMPUT- JEMPUT BILIS vs KOPI O PANAS

Petang weekend....
Hujan baru saja berhenti...
Dalam suasana masih sejuk...
Mak aku buatkan sepiring Jejemput Bilis
Bersama 1 mug Kopi O
( kongsi berdua ngan mak aku...hwahaha)


 Jejemput Bilis garing dan rangup...
Sebab baru digoreng
Makan berdua ngan mak aku..
Abang kerja....
Kakak dah balim kolej
Sebab tengahri tu dalam hujan aku escot mak aku hantar kakak balik kolej..
Sepanjang jalan pergi dan balik hujan renyai dan sejukkkk..
Sampai rumah opkos la lapar..
Pagi mak aku masak Nasi Goreng
Aku malas nak bangun sarapan sebab sayang bantal..hahahaha...
Lagipun kalau ABC memang malas nak buat apa- apa pun...
Nak tidurrrrrrrr jerk...
Tengahari mak aku masak spaghetti untuk kakak bawa bekal...
Pun aku x sempat nak makan sebab mak aku daj nak gerak hantar kakak...
Balik ingat nak makan spaghetti..
Tapi sebab tengah seng....kerana ABC
X selera nak makan spagetti
Spaghetti Bolognese tu memang fav aku
Tapi sebab perut x sedap...
So...rasa x selera..
Tapi bila mak aku gorwngkan jejemput bilis ni panas2..
Rangup garing..
Kopi O Panas...
Cuaca sejuk..
Huh...pakej lengkap...
Sedap pulak...
Walaupun  dah selalu makan...


JEJEMPUT BILIS 
1½ cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air suam
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu minyak
1 sudu air kapur ( yangvjernih)
segenggam bilis
2 pokok daun sup
1/2 batang carrot
1/2 bawang besar
minyak untuk goreng

1. Bancuh tepung bersama air suam,garam,gula minyak,air kapur dan kacau rata hingga sebati
2. Tambah ikan bilis,bawang hiris,dau  sup hiris dan carrot yang disagat kasar.
3. Biar 15 minit supata tepung kembang lembut
4. Panaskan minyak
5. Cedok sesudu adunan dan ratakan ditebing kuali panas supaya kuih jadi nipis
6. Kuih akan jatuh sendiri dlam minyak panas dan goreng hingga garing rangup


 Bahan untuk jejemput bilis


 Dah kacau rata dan dibiarkan 15 minit.


 Dah siap goreng


Kopinya jangan lupa ya bunda..!!
Hahaha tetiba lak teromong Indon..
Terpengaruh ngan Hetty Koes Endang juri Gegar Vaganza..
hihihihi....maaf ya bunda hetty..
Mak aku minat tu penyanyi Indon tu
Kata mak aku dolu2 tahun 80-an penyanyi pujaan
Hmmmm....aku x familiar sangat lagu- lagu yang mak aku tengah nyanyikan tu..
Kikikiki....


 Sepiring Jejemput Bilis
Bersama secangkir Kopi Panas
Makan bersama mak aku..
Sesekali aku berdiri ditepi jendela....
Menyaksikan panorama selepas hujan...


Owh....berumtungnya mereka..
Sedang beriadah dengan speed boat
Hingga air tasik bergelora..
Hahaha...puitis tak bahasa Komsas aku



Aku hanya mampu melihat keseronokan mereka
Tapi kita kena bersyukur kan....?
Walaupun aku x mampu memeliki
Tapi melihat keindahan panorama itu juga sudah cukup membahagiakan..
Sambil menikmati Jejemput Bilis yang masihnpanas..


Melihat air yang berkocak dilanggar speed boat itu
Teringat air kopi panas yang dah separuh diminum oleh mak aku..
Owh....kita minum dolu.....!!!!

2 comments:

  1. betui tue dik ;)
    yg penting jejemput tue sedap dimkn panas panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...betul3....
      Yang penting waktu hujan ada benda bolehakan...jejemput pun jadi sedap..kikikkki

      Delete