Monday, 13 February 2023

PULUT KUNING RENDANG DAGING - SEKILO PULUT & SEKILO DAGING

 

Masak Pulut Kuning Rendang Daging...
Hari tu Cella call cakap teringin nak makan pulut kuning.

Kita pun masak dan hantar la kat dia yang hanya sepelaung tu.
Masukkan dalam lunch box:
Ada 5 boxs sahaja yang setiap satu  mengandungi...:
1 scoop pulut kuning
1 bungkus rendang
1 biji pisang
1 helai tisu
1 sudu


Bawa 5 pack sahaja.
Pepandai dia la nak makan dan berkongsi rezeki.

Ni baki  untuk abang dan kakaknya kat rumah
Saya hanya masak 1kg pulut sahaja..Untuk sekali makan 

PULUT KUNING
1 kg pulut
1 sudu makan serbuk kunyit
1 asam keping

*** Basuh dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.
Rendam semalaman @ sekurang2nya 4 jam

-Pastikan pulut tenggelam sekurang2nya  2 ruas jari kerana masa direndam pulut akan menyerap ait.
- Asam keping digunakan supaya mendapat warna kuning yang bersih.
Panaskan kukusan .
2. Toskan pulut dan kukus hingga pulut masak dan berkilat...anggaran 1/2 jam

Bahan Santan:
2 cawan santan pekat- guna santan fresh(kalau santan kotak saya pernah cuba -tak cantik,tak berkilat)
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula

** Campur semua bahan santan dan kacau hingga garam dan gula larut

2. Bila pulut sudah masak..tuangkan pulut dalam bekas yang besar.

3. Siramkan bancuhan santan tadi dan gaul rata..
- pulut akan nampak basah dan sedikit melekit.
- Setelah digaul sangan biarkan pulut rehat lebih   kurang 10 minit dan pulut akan hilang melekit dan jadi berkilat dan berminyak

** Untuk rasa yang lebih berlemak..boleh terus hidang..tetapi jika untuk tahan lebih lama..
pulut yg sudah digaul santan...dikukus lagi sekali hingga berwap lebih kurang 10 minit.
TETAPI pastikan tidak ditutup  supaya pulut kekal cantik.Jika ditutup semasa kukus kali kedua ni..pulut akan lembik dan benyek kerana wap yang terperangkap




Rendang berbaki lagi lebih kurang semangkuk.
Saya masak rendang guna rempah Adabi

RENDANG DAGING ADABI.....
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dafing hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit


Saturday, 11 February 2023

MAKAN NASI PADANG @ DAPUR SARI DEWI

 Weekend lepas cuti tiga hari sebab berkembar Thaipusam.Tiga hari cuti...dua hari juga berulang ke UPM jumpa anak bongsu tu.Eh,tiga hari la sebab hari Jumaat,Ahad dan Isnin.Sabtu ja tak pi sebab saya pi DOUBLTREE.

Dulu dok Trengganu tiap minggu call nak balik konon homesick..Tapi sejak dok Selangor ni yang sepelaung dari rumah ni ..mmm sebulan sekali pun payah nak balik.Kita jer la ulang alik pi kat diam..hihihi..


Hari Jumaat,balik kerja pick up dia bawa pi makan .Dia kata nak makan Soto Medan tak jauh pun dari UPM tu..
Jalan kaki pun boleh sampai...Dalam ½ km ja kot..kat Taman Seri Serdang tu.
Masa CNY hari tu dah pernah NASI AYAM GAPREK kat situ.
Ni cuti Thaipusam pi lagi makan situ...
Kalau Cella dah plan nak Soto Medan..
Saya pula dah berangan nak makan Nasi Padang

Set Nasi Padang beserta Gulai Tunjang.
(RM15)

Terkenang dulu pernah  pi Padang & Bukit Tinggi kagum melihat pekerja restoran Nasi Padang menatang berbelas piring dengan hanya menggunakan dua tangan tanpa dulang.Piring-piring kecil berisi lauk disusun dari atas tapak tangan hingga ke siku.Di bawa kemeja makan dan disusun satu persatu atas meja.Bila selesai makan,mereka akan mengira harga berdasarkan lauk dari piring yang telah kita  sahaja.Piring yang yang tak berusik tidak dikira.Tapi itu dah 10 tahun kot kunjungan saya ke sana.Entah bila lagi dapat berkunjung.
Semoga Allah kurniakan rezeki dapat ke sana lagi.


Set Nasi Padang @ Rumah Dapur Sari  Dewi ini tidak la didatangkan piring-piring kecil tersebut Sebaliknya semua lauk pauknya dilonggokan disekeliling nasi.


Boleh nampak ada 
- Sambal Goreng Tempe
-Daun Singkong Rebus
-Bergedel.
-Gulai Kuning Kacang Panjang
- Sambal Ijo
- Sambal Merah
- Yang seketul kat atas nasi tu tempe dimasak kuning.Sedap..

Paling win ni ha...lauk yang jarang jumpa ni ..
Haaa...
Gulai Tunjang a.k.a Gulai Kikil.Kenyal-kenyal manja bila dikunyah..


Set Soto Medan...pilihan Cella.( RM9.90)


Sotonya  macam Soto Madura( lebih kurang rasa kuah lodeh versi pedas)



Oh ya,cara order makanan kat sini...

1.Pilih meja nak duduk kat mana.
2. Scan barcode untuk tengok menu dan pilih pesanan.submit.
3. Tunggu makanan sampai
4. Bayar kat kaunter dengan menyebut nombor meja.

** Bab ni saya masih dangkal.hihihi
Dua kali makan sini..Cella yang uruskan order dan bayarannya..hihihi


Bismillah...jom makan..

Set Nasi Padang Gulai Kikil.

Set Soto Medan.

Sirap Es.

Teh  Susu Panas.

Total : RM30.30

Pandangan saya...sangat berbaloi kerana didatangkan ala carte dan tempat makan juga selesa dan bersih.

Rasa makanan juga sedap kerana saya pernah beli dan makan NASI PADANG GULAI KIKIL ...kat sini tapi tidak memenuhi citasa tekak saya..


Kat Dapur Sari Dewi ni...pada saya sedap dan In shaa Allah saya akan repeat...hihihi

Thursday, 2 February 2023

IDEAS HOTEL: TUKAR -TUKAR HADIAH,STATUS HALAL & HARGA

Minggu ni bz hal duniawi..Tak dan nak update & nak blogwalking..Ni pun ambil masa 3hari curi-curi masa karang sikit demi sikit sblm pos. 

Janji ditepati,walau mungkin bukan dinanti...hihihi

Sebelum share harga buffet @ Ideas Hotel..kita sambung sikit lagi aktiviti kami LADIES IN PINK @ IDEAS HOTEL


Bila dah kenyang,baru kita ke sesi bertukar-tukar hadiah.

Kak Reen jadi emcee tak rasmi🤣 menerangkna cara bertukar hadiah.Semua khusyuk mendengar penerangan Kak Reen.


Memasing dah cuba cuup bag & hadiah yang rasa berkenan  tapi nasib dan rezeki bergantung kepada cabutan rakan kita...kerana Dilla dah siap taip nama pada kertas.Dah gunting setiap nama dan dah gulung macam nak cabut kutu tu.
Sorang demi sorang akan ambil 1 gulung kertas tu.Nama yang tertera dalam gulung kertas tu akan menerima hadiah.Kalau terrrrcabut nama sendiri.Sila gulung balik elok-elok,masukkan balik dalam bekas dan cabut sekali lagi hingga dapat nama orang lain dan bukan nama sendiri.

Orang pertama diberi pengharmatan tentulah Puan Rokiah,ex bos kami yang disayangi.Boleh dengar Puan Rokiah sebut nama yang beliau cabut..


Puan Rokiah mencabut satu nama & dapat nama Kak Reen.Maka Puan Rokiah akan serahkan hadiah yang beliau bawa kepada Kak Reen...
Pastu semua jerit dah macam budak sekolah..🤣

"buka..buka..buka..buka.!"


Kak Reen pun buka hadiahnya...
Sehelai tuala tebal berwarna dark purple 💜
yang cantik terletak dalam kotak..

**Sebelum cabutan memang kami dah setuju untuk buka sebab semua teruja nak tengok hadiah memasing.Kalau pakat stay hotel mungkin boleh buat acara buka hadiah sama-sama lagi  seronok ni.


Kemudian Kak Reen pula buat cabutan..Nama yang dicabut tertulis nama Shifa..Sayangnya hadiahnya Kak Reen tertinggal dalam kereta.Maka Puan Rokiah hulurkan sebotol coklat yang dibawanya sebagai ganti..
Eh,bukan ganti la.Rupanya Puan Rokiah memang bawa berbelas botol coklat dan semua orang dapat...Cayanggg ketat-ketat kat Puan Rokiah.Hadiah yang tertinggal tu Kak Reen dah bagtau perfume & nanti dia hantar kat Shifa.

Setiap kali yang mencabut gulungan kertas,masing-masing teruja..nama siapalah agaknya yang dicabut..hihihi
Giliran Shifa yang duduk sebelah saya tu membuat cabutan..

Nama Jue yang tertera..
Semua dok aim hadiah dari Shifa tu..Nampak paper bagnya tertulis Christy Ng ...!
Hihihi...
Rupanya rezeki Jue..

Nampak ni saya ingatkan purse

                pic Google

Saya kena search kat google sebab dalam gambar tak jelas sangat rupa dia..hihihi.
Rupanya grocery bag ..Cantik berbunga- bunga!



Lepas Jue dah terima hadiahnya..Jue kena la cabut pula nama siapa dia akan beri hadiahnya...
Haaaa.....nama Puan Rokiah..Jue kata dalam tu tupperware 3 beradik.
Puan Rokiah memang pengumpul Tupperware.


Tudung biru tu  Rose🌹.
Cabutan Rose keluar nama Esah..Ala, cari tak jumpa la pulak pic isi hadiah dalam paper bag tu.
Rose merupakan ex CC kat ofis.Kalau tak salah sekarang Rose kat KEMENTAH.Badan kecik molek tak berubah dari dulu.Mulut dia bising kalau kita lambat bagi fail atau butiran apa yang dia nak..Berapi suara dia tapi kerjanya memang tip top.Selalu dapat anugerah audit cemerlang.

Eh,Esah punya cabutan dapat nama Rose 🌹 pulak..Memang bertukar hadiah ni.Esah bagi Rose..Rose bagi Esah.
Hadiah PALING TELUS ni..🤣🤣🤣
Tak payah buka memang dah nampak Tupperware 2 beradik warna pink!
Esah ni wajahnya kecinaan kan...Bahasa sopan dan pemurah.Jajan sentiasa ada atas mejanya..Sesapa lalu nak pi punch card memang singgah mencapai kekacang,gegula atau kerepek atas mejanya.Buat kerja laju macam mesin.Kalau minta tolong apa-apa tak pernah ditolak walau dia tengah bz
Semoga saya dapat mencontohi Esah!


Dilla pula cabut dapat nama Pn Ella.. Pun hadiah yang TELUS...Tupperware dua beradik.
Dilla a.k.a Mastermind aktiviti hari ni...! Tapi mastermind yang baik la..hihihi

Dah dapat hadiah,Puan Ella kena la buat cabutan pula.


Puan Ella cabut dapat nama Mimi..
Apa hadiah dalam envelop tu?
Kata Puan Ella..."Rahsia!"
Haha...mana boleh rahsia,dah janji nak bagtau...Ok...hadiahnya cash money,tapi jumlah dirahsiakan..!


Mimi pula buat cabutan..
Hadiah Mimi menjadi milik Dilla..Pun tak jumpa kat mana pic isi hadiah tu.Dah terdelete agaknya.


Sweet ja Puan Ella peluk hadiah yang Puan Rokiah dapat..!



Giliran Puan Isma pula mencabut nama
Yeyyy...saya dapat hadiah dari Puan Isma..
Jangan tengok hadiah dulu..Tapi tengok lengan blouse saya yang dah macam kaki seluar...hihi.
Ceritanya Adah order blouse pink tu kat shopee.
Sampainya hari Jumaat.Hari Sabtu nak pakai.Ingatkan free size.Rupanya yang sampai size 56 !!!
Walaupun saya bukan kategori slim tapi 56 tu sangat besar untuk saya.
Saya biasa pakai saiz 44
Tapi ini saiz 56 kot!
Adah suruh hantar taylor untuk alter.Tapi mana sempat.Akhirnya demi nak ikut tema, saya memilih untuk pakai juga walaupun mengalahkan baju kelawar..!
Kena la pakai inner sebab kalau angkat tangan sahaja..lengan baju tu boleh melondeh sampai nampak pinggang🤣🤣🤣🤣

Eh,apa hadiah yang saya dapat? Saya nak buka kat situ,tapi Pn Isma kata itu barang kaca,sesuai guna waktu Raya nanti!
Sebab kaca..semua yg lain setuju saya buka kat rumah saja sebab takut nanti susah nak bawa balik..nanti update dalam group!

Yeyyy...saya dapat ni..


Memang sesuai untuk guna raya nanti.Kebetulan saya memang belum ada lagi balang air ni..Selalu bancuh dalam jug saja.
Alhamdulillah,hadiah yang sangat berguna untuk saya.


Selain tu..dapat sebotol coklat dari Puan Rokiah.Semua orang dapat sorang sebotol.Semoga Puan Rokiah dilimpahkan lagi rezeki yang berkat..



Giliran saya pula membuat cabutan nama.
Hihihi..berjodoh sungguh dengan Puan Isma.Saya dapat hadiah Puan Isma..Puan Isma dapat hadiah saya...hihihi
Puan Isma menjenguk apa isinya?

Saya minta Adah belikan ni kat Shopee..


Tudung bawal  Minaz.Inspire hadiah ni dari SURIA AMANDA.Saya pilih bidang 50.Sekali dapat kat Puan Isma yang kecik molek tu la pulak.Mau jadi ustajah kalau Puan Isma pakai nanti🤣


Ketika bersiap nak bergerak meninggalkan meja makan tu la orang kuat Idea Hotel ni datang ke meja kami...Chef Sabri..
Maaf riuh rendah suara kami kerana masa ni kebanyakan pengunjung dah gerak keluar dah.Ruang ni hanya tinggal group kami dan sebelah kami tu group dari Lembaga Koko Negara.Memang dua group ni paling riuh.Sesuai dah ditempatkan kami kat bahagian luar🤭

Kata Chef Sabri..dulu hotel ni namanya Quality Hotel.Kemudian mereka sewa dan akhirnya chef kata "kami" beli tempat ni.Kami tu maksudnya beliau ada rakan kongsi agaknya..
Menurut Chef Sabri...makanan kat sini 100% HALAL..!
Juga mereka nak buka longue kat tingkat 3 yang boleh BBQ sambil dengar live.
Boleh kuatkan speaker dan dengarlah sendiri penerangan daripada Chef Sabri..( nak cakap lebih takut saya salah bagi info)

*

Haaa...ni agaknya rakan kongsi Chef Sabri..Encik Azman .. Maaf la kalau  Encik Azman ada nama gelaran lain( Datuk atau lain-lain)saya tak pasti.

Untuk lebih jelas saya kongsikan juga penerangan dan promo dari Chef Sabri melalui

Ni senarai harga yang saya sempat rakam pada electronic board kat lobby tu..

Breakfast- RM40
Lunch- RM68
Afternoon Delight- RM35
(weekday)
Hitea ( weekend) - RM68
Dinner - RM 78

Untuk lain- lain boleh tengok sini.

TAPI ITU HARGA JANUARI 2023..( kami pi 28 Januari 2023(Sabtu)


Ni HARGA FEBRUARI 2023
-Dinner - RM78(kekal)
Weekend Hi tea - RM78( naik sikit kan)

Tapi untuk breakfast,lunch & afternoon delights
Alhamdulillah masih kekal harganya...



Sebelum balik bergambar dulu dengan chef Sabri .

Saya sempat berseloroh dengan Chef Sabri agar janganlah dinaikkan harga..agar kami yang marhain ni dapat menikmati nikmat makan kat hotel yang mampu bayar dan sedap macam ni..hihihi...