My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Monday, 27 August 2018

KARI TUNA vs PETAI JERUK



Kari Ikan Tuna
Lauk lunch kat Kedah hari Selasa
Hari ke-2 kat Kedah balik cuti Raya Haji minggu lepas
Mak aku yang masak
Aku suka kari nenek masak
Tapi masa ni nenek bz tengah buat Ketupat Palas kali ke-2 selepas Ketupat Pertama tak lepas ISO..hahaha
Tapi mak aku masak pun still sedap
Cuma kalau nenek masak memang lagi kick..!
Aku x tahu naper kari nenek sangat sedap
Mak aku pun x boleh lawan kari nenek


Ikan Tuna ni nenek yang beli
Nenek beli kat Pasar Lambak
Tapi aku x ikut pun.
Nenek gi sorang jer merempit ngan motor baru
Haaaa...jangab x tahu nenek aku kalau ride motor kalah aku ngan kakak
Kalau ngan abang xleh la sebab abang lagi laju..
Heeee..
Nenek x kasi ikut sebab nenek kata nenek x berani nak bagi aku bonceng kat belakang sebab nanti nenek nak wat willy...
Hahahaha...mana ada...
Nenek kata sebab takut aku bored sebab hari Selasa tu mesti ramai orabg & nenek kata kena beratur panjang nak beli santan untuk buat ketupat..
Balik Pasar Lambak nenek terus uruskan masak Ketupat Palas
Kakak lak kat umah Achik
Aku basuh dan jemur kain baju
Mak aku la masak untuk lunch
Kari Ikan Tuna ni


KARI IKAN TUNA
1 ekor ikan tuna - potong- potong
10 batang bendi
2 asam keping
1 cawan santan pekat + 2 cawan air
1 sudu teh garam
2 paket kecik serbuk kari  extra pedas
1/4 cawan minyak

Bahan Tumis:
3 bawang merah kecik
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur

1. Bersihkan tuna dan basuh bersih
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum dan bawang garing
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air.Masak hingga naik minyak
4. Masukkan ikan tuna,garam dan asam keping
5. Bila ikan nampak kecut baru dimasukkan  santan + air dan masak hingga mendidih
6. Setelah mendidih baru masukkan bendi supaya tidak berlendir
7. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah naik minyak dengan cantik
8. Sesuaikan rasa dan siap

Ikan Kembung Gorebg
Request dari mak aku
Nenek auruh mak aku goreng 2 ekor jer sebab nenek x suka ikan kembung goreng
Nenek auruh mak aku goreng Ikan Pekasam dan Ikan Masin u tuk nenek


Ulammmmm.......
See...
Petai....


Ulam Raja
Petik belakang dapur jer
Gumuks Pokok Ulam Raja
Nenek kata baru tanam semula selepas kena racun dari jiran sebelah
Kata nenek nasib baik ada lagi simpan benih Ulam Raja ni .
Pokok Kacang Botor x dapat diselamatkan
Pokok Kunyit..nasib baik terlindung sebalik pokok serai..
Pokok Ubi Kayu habis daunnya kerinting
Pokok Pegaga nasib baik sebab terlindung tembok pagar..
Paling kesian pokok pisang dan pokok betik jirang selang serumah
Nenek cakap kesian jiran tu sebab pokok pisangnya hampir berbuah dah
Pokok betik jiran tu pun sama..
Daunnya kerinting dan buahnya bantut..
Mmm seperti kata Upin & Ipin.....kesian..kesian..kesian..



Haaa....Ulam paling win
Petai Jeruk
Haaaa...tau ke camaner nak buat Petai Jeruk
CARA BUAT JERUK PETAI kat sini ...
Nenek buatkan khas untuk kitorang
Sesappppp
Saya suka...saya suka...
Memang sedap Petai Jeruk ni
Hari tu aku lebih banyak makan Petai Jeruk sampai lupa pada Petai Mentah


Tapi Petai Mentah xper
Boleh lagi makan lepas ni
Petai jeruk susah nak dapat..
Dah la sedap
Sampai ni pun aku terbayang lagi Petai Jeruk nenek tu
Lupa nak minta kat nenek untuk bawa bakik balik KL...
Takper...hujung tahun nani balik lagi..
Nenek kata hujung tahun ni ada kenduri kahwin..
Yesssss.
Ok bye

BILA KAKAK KE KEDAI

Kakak keluar gi isi minyak motor..
Mak aku pesan suruh kakak tolong beli barang dapur
Mak aku cakap nak masak DALCA
Nak cicah ngan Roti Benggali
Roti Benggali tu Roti Slice Putih la..yang dah siap buang kulit
Sent list barang pada kakak...
Aku x ikut sebab kakak kata kakak nak gi jumpa kawan.
Selalunya kalau mak aku suruh beli barang,kakak akan ajak aku..
Aku tahu sebenarnya kakak bukan tahu sangat barang dapur ni.
Aku sebab dah selalu ikut mak aku belanjar dapur...
So, kalau gi Pasar Segar...Speedmart...Hero..Giant semua tu aku dah hafal kat mana nak cari telur,kat mana nak cari minyak masak semua tu
Hehehehe...
Mmm..ada beberapa barang mak aku soh kakak beli untuk masak DALCA

- Kentang
- Kacang Dal
- Terung
- Tomato
- Carrot
- Roti Benggali
- Kacang Tanah

Mmmm...xde la mender pelik pun
Sayur biasa jer tu..
Semua sayur jer
1/2 jam pastu kakak wasap..
Haaaa....aku dah boleh agak ada la mender kakak x jumpa tu..
Bila tanya mak aku ..
Mak aki suruh baca sendiri wasap dari kakak tu..


Mula kakak tanya Russet Potato
Pastu leh tanya lak kentang kat mana...
Kikiki...nak jer aku suruh kakak waze..!!
Haaa..aku dah boleh bayang kalau kat Hero Russet Potato dekat bahagian keledek,keladi,radish bagai
Kalau kentang biasa kena cari kat bahagian bawang,cili kering,ikan masin bagai.

Pastu kakak tanya lak about Kacang Dal..
Haaa...yang tu x boleh blah...
Dah jumpa kacang dal..
Kakak leh x tahu nak pilih yang mana
Kakak kata sebab ada India Dhal
Turkey Dhal &
Australia Dhal
Hahaha...baru suruh beli kacang dal dah x tahu nak buat pilihan
Tau apa mak aku jawab..?
Mak aku soh pilih kacang dal yang HANDSOME!!!!
hahahaha....


Roti Benggali pun kakak x tahu kat mana
Macam la boleh share location
Mak aku siap guide tempat roti tu lagi...

Aku terbayangkan Korean Show Artist
"The Return Of Superman"
Ala rancangan artis2 Korea ajar anak2 dorang gi supermarket tu..
Tapi yang tu kanak2 tu memang kanak2 lagi umur 4..5 tahun camtu
Ini kakak dah nak boleh kahwin kot..!!!
Hahahaha





Akhirnya kakak pun balik dengan barang dapurnya..
Semua barang yang mak aku pesan kakak telah berjaya beli kecuali Roti Benggali
Kakak kata Roti Benggali tu habis..
Hahaha...yer ker..?????
Kikikiki....


Ok..kentang kakak amik kentang kuning
Bukan russet..
LULUS..!!!


Terung pun betul kakak amik brinjal..
LULUS..!!!


 Tomato...
Bapak besar2 tomato kakak beli
Lagi besar dari Onion...
Bila mak aku cakap banyaknya tomato tu sampai lebih sekilo
Kakak kata dia ikut arahan bukan ikut berat atau harga... sebab mak aku suruh beli 5 biji
Haaaaaaaa
Pun mak aku kata LULUS..!!

Haaaa....Kacang Dal ni  la yang buat kakak xtahu nak buat pilihan tadi ni
India Dhal
Turkey Dhal
Australia Dhal
Kakak kata ...
Antara katiga2 dhal tu
Kakak deside Australia
Reason kakak ialah Australian lagi HANDSOME..!!
hahahaha....win!!!
Ok bye....

Sunday, 26 August 2018

SUP TULANG & CERITA NENEK


 Sup Tulang dan Daging Qurban
Bukan hari ni
Tapi ni Sup Tulang masa kat kampung Raya Haji Pertama
Sementara nak tunggu Achik ngan Pakcik amik penimbang dan plastik untuk isi daging
Mak aku rebuskan tulang2 untuk buat Sup Gear Box
Kakak la nak sangat tahu bahgian Gear Box
Mmmm....tapi sayang lak xde pic tulang gear box tu ..
Masa nak potong tulang tu Pakcik suap panggil kakak nak tunjukkan tulang gear box
Mmm....aku pun tumpang tengok
Aku pun baru tahu yang gear box tu sebnarnya tulang bahagian kaki lembu
Sebatang kaki dikerat
Yang lutut lembu tu la dinamakan gear box
Mak aku la suka sangat makan isi dalam tulang gear box tu..
Aku x suka sebab cecair pekat dalam tu macam lemak jer
Kakak pun xnak
Dah scroll dah semua pic dalam folder
Xde lak pic gear box tu..


 Ini Sup Tulang
Pic Sup yang dah bawa balik rumah baru dah
Lepas masak sup semua..
Dah siap daging qurban semua
Dah nak.maghrib..
Semua pun dah siap2 kemas kat kampung
Bawa balik sup
Achik bawa balik separuh
Kitorang bawa balik separuh..
Ni pic Sup keesokan hari dah
Sebab tu dah xde tulang gear box tu
Mak aku dah makan
Sebatang lagi bagi Achik bawa balik


 Sup Tulang ni sedap
Sebab guna tulang fresh
Tulang lembu qurban
Mak aku cakap xde guna rempah sup bagai pun
Sebab tulang fresh  mak aku cakap xde bau2 hamis
Lagi satu mak aku kata sejak dolu nenek ajar masak sup tulang fresh xyah pakai rempah sup untuk elakkan rasa muak
Just guna beberaoa herba segar jer..
Nenek kata kalau Kenduri Qurban kat kampung pun memang dimasak Sup yang x guna rempah ratus
Hanya guna herba segar supaya kuah dia rasa segar

SUP TULANG & DAGING QURBAN
1batang kaki lembu + daging
2 bawang holland- dibelah2
5 bawang putih
3 batang serai
1 ketul halia
1 ketul lengkuas
garam
daun sup
cili padi & limau nipis( jika suka)

1. Tulang dibersihkan dan direbus menggunakan air yang banyak
2. Dalam masa yang sama masak air dalam cerek untuk sentiasa tambah air mendidih apabila air rebusan surut.
3. Ulang tambah air panas mendidih dan jangan tambah air sejuk kerana akan memebantut proses daging dan tulang untuk empuk
4. Setelah nampak daging pada tulang sudah mengecut dan nampak mudah ditanggalkan dari tulang menandakan daging sudah empuk
5. Tambah bawang hollan yang dibelah2..bawang putih,halia hiris,lengkuas yang diketuk,serai yang diketuk dan garam.
6. Sesuiakan rasa
7. Hidangkan dengam tabiran daun sup.
8. Jika suka pedas tambah cili padi ketuk dan perahkan sedikit limau nipis untuk seimbang rasa

*** Pesan nenek..
       Jika nak kuah sup lebih manis..tambah beberapa potong ubi keledek oren semasa merebus sup..Kuah akan lebih manis semulajadi



 Kari Daging nenek juga tetap terboik...
Tapi sudah beberapa tahun nenek hanya masak sahaja daging tapi nenek dah x boleh makan daging
Nenek cakap dolu2 zaman nenek kanak2 dan zaman muda nenek dah puas makan daging
Nenek kata walaupun nenek bukan orang kaya   tapi  setiap minggu nenek akan beli daging walaupun hanya sedikit
Kata nenek  biasanya nenek hanya akan beli 1/2 kati sahaja ..
Mmmm....1/2 kati tu banyak mana..??
Mmm...mak aku cakap 1/2 kati tu lebih kurang 300gms la...
300gms tu banyak ker..?
Kata mak aku lebih kurang sebesar penumbuk aku jer...!!
Cukup ke nak makan..?
Mengikut kata mak aku biasanya nenek akan masak sup yang x guna rempah ratus macam Sup Tulang ni
Pastu nenek akan tambah sayur sawi atau kobis banyak2 dalam sup tu
Ish macam sedap jer..
Mak aku cakap dolu2 nenek memang banyak bekerja keras membesarkan pak long..mak aku...achik dan pak njang
Mak aku cerita nenek buat macam2 kerja kampung untuk cari rezeki
Mengusahakan sawah padi..kebun getah...mengambil upah menanam dan menuai padi..tanam sayur2an...macam2
Achik pun selalu cerita nenek memang x reti duduk diam..
Sampai sekarang pun...nenek memang x reti nak rehat .
Setiap hari nenek akan  buat macam2
Balik kampung pergi kebun..
Memancing...bagai
Walaupun umur nenek dah lebih 70 tapi nenek masih cergas menunggang motorsikal berpuluh km setiap hari untuk balik kampung pergi kebun dan memancing di sungai


 Lepas makan nasi nenek keluarkan Buah Dokong


Nenek kata Buah Dokong ni Pakcik yang beli
Sedap...manis...
Hari tu nampak kat RTC jual tapi mak aku x beli pun..
Kat RTC nampak dia tulis 1kg Rm6
Yang ni nenek kata Pakcik beli 4kg rm10
Huh..kat Kedah semua makanan murah
Tapi bila ajak pindah balik Kedah
Naper mak aku xnak?



 Pastu nenek kopek Cempedak plak untuk aku
Nenek kata nasib baik ada rezeki aku
Sebab ni buah cempedak yang hujung julai dah..
Haaaa....ingat laginx citer manggis hujung julai..
Hujung musim la....
Nenek kata nenek ada buatkan Cempedak Kering sebab takut kitorang balik muism cempedak fah habis
Cempedak Kering tu...isi cempedak yang dibuang bijinya dan isinya dikeringkan supaya  tahan lama...
Rasa dia macam Pisang Salai
Tapi versi cpedak la
Tapi aku lebih suka cempedak fresh ni



Nenek kata cempedak ni amik.kat kampung lama
Kampung lama tu kampung arwah mak kepada nenek
Alaaa...senang cakap kampung arwah moyang aku la
Tapi aku x sempat kenal pun moyang aku tu..
Kata nenek moyang aku iaitu emak kepada nenek meninggal di Mekkah lebih 40 tahun yang lalu
Nenek cerita arwah moyang pergi menunaikan haji tahun 1975
Masa tu nenek kata orang pergi haji naik kapal laut..
Arwah moyang meninggal selepas selesai menunaikan haji dan dikebumikan di Mekkah.
Nenek kata bila bapa nenek pulang dari menunaikan haji bapa nenek pulang tanpa emak nenek..
Nenek bercerita sambil nenek menangis sebab nenek kata nenek rindu arwah emak nenek.
Bayangkan selepas berbulan2  menanggung rindu kepada ibu bapa yang pergi menunaikan haji...
Tiba2 hanya bapa yang pulang tanpa emak..
Kalau aku pun aku menangis..
Nenek kata nenek selalu doa supaya Allah bagi rezeki untuk ke Mekkah kerana nenek kata selain daripada nak beribadat ..nenek juga naj ziarah makam emak nenek
Kata nenek Alhamdulillah kerana sudah 3x nenek berpeluang ke Makkah..
1 buat Haji
dan 2x buat umrah..
Tapi nenek kata x dapat la nak ziarah makam moyang sebab nenek kata bukan tahu pun kat mana makam tu...
Sebab tu nenek cakap setiap kali tiba Hari Raya Haji nenek akan touching dan Hari Raya Haji ..
Al- Fatihah untuk arwah moyang dan semua muslimin semua..