Sunday 26 August 2018

SUP TULANG & CERITA NENEK


 Sup Tulang dan Daging Qurban
Bukan hari ni
Tapi ni Sup Tulang masa kat kampung Raya Haji Pertama
Sementara nak tunggu Achik ngan Pakcik amik penimbang dan plastik untuk isi daging
Mak aku rebuskan tulang2 untuk buat Sup Gear Box
Kakak la nak sangat tahu bahgian Gear Box
Mmmm....tapi sayang lak xde pic tulang gear box tu ..
Masa nak potong tulang tu Pakcik suap panggil kakak nak tunjukkan tulang gear box
Mmm....aku pun tumpang tengok
Aku pun baru tahu yang gear box tu sebnarnya tulang bahagian kaki lembu
Sebatang kaki dikerat
Yang lutut lembu tu la dinamakan gear box
Mak aku la suka sangat makan isi dalam tulang gear box tu..
Aku x suka sebab cecair pekat dalam tu macam lemak jer
Kakak pun xnak
Dah scroll dah semua pic dalam folder
Xde lak pic gear box tu..


 Ini Sup Tulang
Pic Sup yang dah bawa balik rumah baru dah
Lepas masak sup semua..
Dah siap daging qurban semua
Dah nak.maghrib..
Semua pun dah siap2 kemas kat kampung
Bawa balik sup
Achik bawa balik separuh
Kitorang bawa balik separuh..
Ni pic Sup keesokan hari dah
Sebab tu dah xde tulang gear box tu
Mak aku dah makan
Sebatang lagi bagi Achik bawa balik


 Sup Tulang ni sedap
Sebab guna tulang fresh
Tulang lembu qurban
Mak aku cakap xde guna rempah sup bagai pun
Sebab tulang fresh  mak aku cakap xde bau2 hamis
Lagi satu mak aku kata sejak dolu nenek ajar masak sup tulang fresh xyah pakai rempah sup untuk elakkan rasa muak
Just guna beberaoa herba segar jer..
Nenek kata kalau Kenduri Qurban kat kampung pun memang dimasak Sup yang x guna rempah ratus
Hanya guna herba segar supaya kuah dia rasa segar

SUP TULANG & DAGING QURBAN
1batang kaki lembu + daging
2 bawang holland- dibelah2
5 bawang putih
3 batang serai
1 ketul halia
1 ketul lengkuas
garam
daun sup
cili padi & limau nipis( jika suka)

1. Tulang dibersihkan dan direbus menggunakan air yang banyak
2. Dalam masa yang sama masak air dalam cerek untuk sentiasa tambah air mendidih apabila air rebusan surut.
3. Ulang tambah air panas mendidih dan jangan tambah air sejuk kerana akan memebantut proses daging dan tulang untuk empuk
4. Setelah nampak daging pada tulang sudah mengecut dan nampak mudah ditanggalkan dari tulang menandakan daging sudah empuk
5. Tambah bawang hollan yang dibelah2..bawang putih,halia hiris,lengkuas yang diketuk,serai yang diketuk dan garam.
6. Sesuiakan rasa
7. Hidangkan dengam tabiran daun sup.
8. Jika suka pedas tambah cili padi ketuk dan perahkan sedikit limau nipis untuk seimbang rasa

*** Pesan nenek..
       Jika nak kuah sup lebih manis..tambah beberapa potong ubi keledek oren semasa merebus sup..Kuah akan lebih manis semulajadi



 Kari Daging nenek juga tetap terboik...
Tapi sudah beberapa tahun nenek hanya masak sahaja daging tapi nenek dah x boleh makan daging
Nenek cakap dolu2 zaman nenek kanak2 dan zaman muda nenek dah puas makan daging
Nenek kata walaupun nenek bukan orang kaya   tapi  setiap minggu nenek akan beli daging walaupun hanya sedikit
Kata nenek  biasanya nenek hanya akan beli 1/2 kati sahaja ..
Mmmm....1/2 kati tu banyak mana..??
Mmm...mak aku cakap 1/2 kati tu lebih kurang 300gms la...
300gms tu banyak ker..?
Kata mak aku lebih kurang sebesar penumbuk aku jer...!!
Cukup ke nak makan..?
Mengikut kata mak aku biasanya nenek akan masak sup yang x guna rempah ratus macam Sup Tulang ni
Pastu nenek akan tambah sayur sawi atau kobis banyak2 dalam sup tu
Ish macam sedap jer..
Mak aku cakap dolu2 nenek memang banyak bekerja keras membesarkan pak long..mak aku...achik dan pak njang
Mak aku cerita nenek buat macam2 kerja kampung untuk cari rezeki
Mengusahakan sawah padi..kebun getah...mengambil upah menanam dan menuai padi..tanam sayur2an...macam2
Achik pun selalu cerita nenek memang x reti duduk diam..
Sampai sekarang pun...nenek memang x reti nak rehat .
Setiap hari nenek akan  buat macam2
Balik kampung pergi kebun..
Memancing...bagai
Walaupun umur nenek dah lebih 70 tapi nenek masih cergas menunggang motorsikal berpuluh km setiap hari untuk balik kampung pergi kebun dan memancing di sungai


 Lepas makan nasi nenek keluarkan Buah Dokong


Nenek kata Buah Dokong ni Pakcik yang beli
Sedap...manis...
Hari tu nampak kat RTC jual tapi mak aku x beli pun..
Kat RTC nampak dia tulis 1kg Rm6
Yang ni nenek kata Pakcik beli 4kg rm10
Huh..kat Kedah semua makanan murah
Tapi bila ajak pindah balik Kedah
Naper mak aku xnak?



 Pastu nenek kopek Cempedak plak untuk aku
Nenek kata nasib baik ada rezeki aku
Sebab ni buah cempedak yang hujung julai dah..
Haaaa....ingat laginx citer manggis hujung julai..
Hujung musim la....
Nenek kata nenek ada buatkan Cempedak Kering sebab takut kitorang balik muism cempedak fah habis
Cempedak Kering tu...isi cempedak yang dibuang bijinya dan isinya dikeringkan supaya  tahan lama...
Rasa dia macam Pisang Salai
Tapi versi cpedak la
Tapi aku lebih suka cempedak fresh ni



Nenek kata cempedak ni amik.kat kampung lama
Kampung lama tu kampung arwah mak kepada nenek
Alaaa...senang cakap kampung arwah moyang aku la
Tapi aku x sempat kenal pun moyang aku tu..
Kata nenek moyang aku iaitu emak kepada nenek meninggal di Mekkah lebih 40 tahun yang lalu
Nenek cerita arwah moyang pergi menunaikan haji tahun 1975
Masa tu nenek kata orang pergi haji naik kapal laut..
Arwah moyang meninggal selepas selesai menunaikan haji dan dikebumikan di Mekkah.
Nenek kata bila bapa nenek pulang dari menunaikan haji bapa nenek pulang tanpa emak nenek..
Nenek bercerita sambil nenek menangis sebab nenek kata nenek rindu arwah emak nenek.
Bayangkan selepas berbulan2  menanggung rindu kepada ibu bapa yang pergi menunaikan haji...
Tiba2 hanya bapa yang pulang tanpa emak..
Kalau aku pun aku menangis..
Nenek kata nenek selalu doa supaya Allah bagi rezeki untuk ke Mekkah kerana nenek kata selain daripada nak beribadat ..nenek juga naj ziarah makam emak nenek
Kata nenek Alhamdulillah kerana sudah 3x nenek berpeluang ke Makkah..
1 buat Haji
dan 2x buat umrah..
Tapi nenek kata x dapat la nak ziarah makam moyang sebab nenek kata bukan tahu pun kat mana makam tu...
Sebab tu nenek cakap setiap kali tiba Hari Raya Haji nenek akan touching dan Hari Raya Haji ..
Al- Fatihah untuk arwah moyang dan semua muslimin semua..

3 comments:

  1. kalau tak silap kubur di saudi terutama di makkah lain sikit. so siapa mati sana, takde bernisan,ianya kerana situ berpasir dan berbatuan, makanya lahad didalam lubang yang boleh diaccess.
    Tapi, satu, bila mati di makkah berjuta umat islam sembahyangkan, dan mendoakan si mati. inshaallah berkat doa itu. tu yang ramai yang berhajat mati kat tanah haram.
    Last 2 years ada kawan saudi bapanya passed away kat sini, so kjaan bawa balik ke jeddah. Bapanya dari jeddah. bila lepas sembahyangkan jenazah, kemudian sembahyang jenazah bayi dan ditumpangkan jenazah bayi yang mati semasa lahir dengan kerandannya utk ditanam..
    jiran arab saya cakap nasib nya baik kerana bayi tumpang share kerandanya. kerana malaikat mengiringi bayi tadi dan etc. ..juga mengaminkan semasa jenazah lain disembahyangkan.

    Maka tumpang berkat la... kerana bayi tu masih suci dan tidak berdosa... so they placed the jenazah tu bersama.

    off the track sikit,ustaz ada sebut masa waktu afdal berdoa adalah di hari jumaat dan in between azan pertama sebelum khutbah dan azan kedua.
    kenapa - sebab sebelum waktu sembahyangmalaikat berdiri di depan pintu masjid ticking nama nama yang expected to datang sembahyang jumaat. habis azan pertama malaikat join in the prayer dan mengaminkan doa doa...

    anyway, tell nenek, hanya insan terpilih dapat mati kat makkah. di doakan berjuta juta insan. kawan kata, bila sembahyang jenazah semua umat yang hadir turut sama.. mendoakan, kerana jika ianya berlaku pada diri sendiri, semua mengharapkan doa yang sama dari semua..
    dan didalam berjuta insan mendoakan dan mengaminkan jenazah, satu, dua dari mereka insan yang terpilih dan makbul.

    Tapi kesian dia menangis teringat pada arwah ibunya. Kalau saya rasa sedih teringat arwah emak saya sedekah kan alfatihah dan surah surah...

    I guessed zaman dulu pergi haji berbulan bulan, ada yang mati dalam perjalanan pergi, atau balik. ada yang sakit tua.. exposed to segala jangkitan those day. kena masak sendiri dalam kapal.
    ada yang dikebumikan di laut dalam... zaman dulu, nak pergi haji susah dan kumpul duit sampai tua. pas tu buat tabung haji... ok.. lepas tu tabung haji jadi business, nak gi haji pun berganda ganda mahal. kesian orang kampung ...

    anyway jiran saya orang arab rumah 30 min dari makkah cakap mereka tak boleh pergi haji macam dulu dulu.. kena tunggu giliran 5 tahun atleast.


    anyway... anywayy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaaahhhh...
      Ni kalo sis nor duduk ngan nenek cter pasal ni...mesti nenek suker....
      Kiter x boleh nak imagine sangat apa yg nenek citer.Untungkan orang Arab dekat dengan Mekah..xyah nak simpan Tabung Haji macam kita kan....semoga kita semua dimatikan dalam hasnul khotimah...
      Achik selalu pesan suruh doa yang tu

      Delete
    2. sekarang nak gi haji orang arab saudi local pun kena buat passport dan bayar duit fee. dan mereka kena tunggu giliran sampai lima tahun. mereka juga kena tunggu kuota.
      kawalan ketat nak masuk makkah walaupun local.

      apa lagi orang luar...

      Delete