Thursday 23 August 2018

DAGING QURBAN 2018

Tahun ni Raya Haji dalam musim hujan..
Bukan kat Malaysia jer hukan ribut
Kat Mekkah pun ...bila tengok Berita kat TV...memang Mekkah dan Madinan juga dilanda hujan dan ribut pasir
Habis kelambu Ka'abah terselak dan banyak khemah2 jemaah haji runtuh berterbangan serta bekalan elektrik terputus..
Semoga Allah lindungi kita semua dari segala bencana



Semlam sempat citer sampai pic lembu ni jer
Simpan nak sambung hari ni
Pakcik kata lembu kitoranv bukan yang merah tu
Tapi yang putih kat sebelah kanan tu
Yang hanya nampak sikit jer..
Pakcik sajer sorok dulu pic lembu tu sebab lembu tu pemalu..
Haaaa...pemalu ker...inteframe ke..
Lembu2 tu sah2 dah akan masuk syurga
Nih...kita ni yang tak tahu untung nasib
Semoga ibadat qurban kita diterima Allah dan kita juga adalah calon2 Syurga Firdausi..
Tapi lembu qurban kitorang dan suasana tempat qurban x dapat nak uplaod lagi sebab semua pic tu dalam camera..
Tahun  lepas dan sebelumw ni  pun aku x ikut gi tempat qurban tu sebab aku takut dengan darah..
Dengar citer mak aku jer bagitau sebelu. disembelih lembu2 tu dimandikan...di ikat..dibaringkan dan semua orang akan bertakbir raya sebelum lembu tu disembelih
Tahun ni ingat nak ikut
Tapi sudahnya aku x ikut pun
Hanya Pakcik..nenek dan kakak sahaja yang gi tempat qurban tu..
Kakak bawa camera aku
Lum transfer lagi
Camera pada kakak..
Ni semua pic dari handphone jer...
Ala..memang pun dlam blog guna camera handphone jer pun..
Camera hanya untuk pic2 yang formal & untuk IG jer..
Sebab aku malas nak tranfer pic
Hehehehehe...
Tahun lepas buat qurban masa hari ke-2 Raya Haji..
Ada cerita pasal LEMBU QURBAN RAYA HAJI 2017 kat sini....
Alhamdulillah, tahun ni juga dimurahkan rezeki dapat lagi buat qurban..
Pacik...nenek dan abang....

Mak aku cakap qurban yang tahun nj bahagian abang....
Kata mak aku sebab guna duit gaji abang.
Tapi abang x balik sebab abang dapat cuti sehari jer..
So, mak aku cakao wakilkan kepada Pakcik untuk niatkan semasa sembelih nanti
Mak aku cakap tahun depan kakak plak kena simpan duit untuk qurban
Tahun lagi satu aku plak kena simpan duit buat qurban Raya Haji..
Alaaaaaaa.....nanti tern aku mesti lagi mahal sebab mak aku cakap setiap tahun harga lembu qurban akan naik..
Harga sebahagian untuk lembu mak aku cakap adalah mengikut saiz lembu..antara rm500 -1000.
Kalau kat masjid KL aku tengok kat banner tu harganya rm680 untuk 1 bahagian
Kat surau erea rumah aku...ada banner dan ada tulis kat notice board kat lobby tu rm650 untuk 1 bahagian lembu
Kata mak aku ada yang lebih 1k terutama lembu import yang sado
Tapi kitorang memang x pernah buat qurban kat KL sebab setiap RAYA...x kira Raya Puasa atau Raya Haji..
Mak aku cakap WAJIB BALIK KAMPUNG..
W.A.J.I.B...xde sunat2 der  !!!



Ok...Pakcik...nenek dan kakak pun dah balik dari tempat qurban
Haikal juga tengah tolong angkat bekas berisi daging qurban
Hujan baru jer reda...
Tapi langit still gelap
So...suasana agak basah dan lembab


Besen pertama...
Ada 3 bungkusan
Ada lain2 part of daging qurban
Nampak x air hujan bertakung kat laman rumah nenek tu..
Memang hujan lebat



Besen ke-2
Hanya bahagian DAGING sahaja..
3 beg plastic juga
Sebab 3 bahagian
Mak aku cakap kalau kat KL kebanyakan cara urusan daging qurban diuruskan oleh JK masjid
Hanya yang dapat kupon akan dapat daging sorang sebungkus
Tuan qurban akan dapat 2 bungkus
Selebihnya jk masjid akan buat agihan kepada yang layak..
Tapi kat KL lagi meriah la kot sebab ramai orang
Kalau kat perumahan aku ..baca kat notice board tu HANYA yang pendapatan isirumah under rm3000 SAHAJA yang layak dapat kupon untuk ambil daging qurban.
Aku x tahu macamana mereka tentukan...
Bila tanya mak aku..
Mak aku pun cakap x tahu sebab itu urusan jk surau..
Yang pasti mak aku cakap sepanjang  hampir 30 tahun menetap di KL memang x pernah dapat kupon dan daging qurban..
Hahahahaha....mana nak dapat kalau dah WAJIB balik kampung!!!


Pakcik kata orang yang buat qurban HANYA boleh ambil 1/3 bahagian untuk makan sendiri.

Pakcik ada terangkan tapi aku  ukan faham sangat kalau Pakcik terangkan sebab aku kalau ngan Pak cik akan ada sedikit rasa takut ngan pak cik
Syyyy......
Selebihnya lagi 2/3 kena agihkan kepada yang layak..
Siapa yang layak..?
Ustazah ada citer...
Yang layak tu tuan qurban...saudara Islam dan fakir miskin
Mmmm...baru aku terfaham bila pakcik cakap ambjl 1/3 bahgaian
Sebab semuanya 3/3
1/3 makan sendiri
1/3 sedara mara/ jiran
1/3  fakir miskin.


Ok ni  besen
1 besen ada 3 bungkusan daging
1 besen lagi 3 bungkusan tulang + organ lembu
Sebab seekor lembu tu dibahagi 7
1 Pakcik
1 Nenek
1 Abang
Pak cik siap bawa 2 beswn besar siap2
Untuk asingkan daging dan bahagian dalaman lembu tu
Kata Pakcik supaya daging x bercampur bahgaian perut lembu yang blum bersih
Besen tu memeng khas setiap tahun untuk daging qurban
Bab2 management nj memang Pakcik TERBOIKKK...!!!



Ni nenek kata macam2 jenis PERUT LEMBU
Nenek kata lembu ada macam2 jenis perut
Ada Perut Panjang- memang panjanv
Ada Perut Kitab - berlapis2 macam mukasurat buku
Ada Perut Tuala- memang permukaan perut tu macam tuala
Ada PerutTebal..Perut Nipis bagi
Ada yang aku ingat..
Tapi banyak yang aku x ingat
Hehehehe ...

Kalau tengok dan cium bau perut lembu ni masa belum proses memang geli dowh..!
Tapi semua tu nenek proses samoainputih melepak
Jangan tanya aku camaner nenek prose sebab aku x semoat tengok
Taoi mak aku cakap nenek celur dalam air mendidih dan kikis sampai semua lapisan hitam tu jadi putih..
Huh....kalau ko rasa nak putih melepak boleh lah try minta nenek aku proseskan ..
Hahahaha. .

Ni plak Pak cik  cakap organ2 dalaman lembu tu
Hati
Jantung
Limpa
Paru
Ginjal
Mmmmm....jangan tanya aku yang mana hati..yang mana jantung..yang mana limpa
Aku hanya kenal Paru jer..
Sebab paru bila masuk dalam air dia timbul..
Itu jer aku aku tahu


Semua bahagian kena asingka


Pakcik suruh Pak Njang kerat2kan dulu tulang2 lembu tu


Selalunya Pak cik yang akan buat semua tu
Tapi hari ni Pakcik kata dah penat..
Pakcik jadi supervisor jer .
Hahahaha...Pakcik dah maju...
Dah naik pangkat!


Pak Njang tengah asingkan tulang


Mak aku ngan Achik plak sedang potong dan timbang daging
Selepas dah amik 1/3 kena timbang dan packing untuk agih- agihkan


Masa ni Pakcik tengah tengah observe
Kata Pak cik potong dan campurkan supaya nanti penerima dapat sama rata..
Jangan sampai ada yang hanya dapat urat2 jere
Biar semua dapat isi daging + urat dan tulang sama banyak



Peace..!!!
Snap pic punya la banyak dalam camera ni
Tapi  malas nak tranfer
Sebab bateri dah kong
Malas nak charge
Aku charge penuh2
Kakak selamber jer guna..
Syyyy....ramai kawan2 aku cakap aku nampak macam budak sekolah rendah jer bila pakai baju ni...
Heeeee.....vangga bai..!


Biarlah nak hujan ke..
Nak ribut ke
Nak banjir ker
Nak potong dafing qurban ke...
Ada Aqil kisah..????
Hahahaha....orang tengah excited ngan daging
Aqil tetap feel layan Nasi Parpu dan Ayam Merah ..
Caiyok Aqil..!!!!


Daging dah siap timbang dan packing
Sekarang nak bagi pada siapa..?
Nenek kata bagi pada itu..ini...bla..bla...bla
Sekali supervisor cakap kena buat list la..
Barulah senang nak buat kerja agihan
Hahahaha...
kannnnn dah kena ngan supervisor
Kan aku dah cakap..
Pakcik memang terboik about menagement..!


Haaaa....betul lah cara Pak cik
Bila dah buat list barulah senang..
Selalunya aku nga  Haikal akan hantar pada jiran2 nenek
Tapi tahun ni hanya Haikal yang membuat tugas tu..
Sajer aku nak bagi pahala lebih pada Haikal
Hwa..hwa...hwa...
Ok x alasan tu..
Hihihihi...
Huh...dah panjang about daging qurban ni..
Nanti sambung lagi yer..
Ok..bye.!!



4 comments:

  1. Salam,
    Dulu dulu Raya Haji..cuti sehari. Dah Tu masak cam Raya puasa Gak ketupat lodeh sambal kacang. Takde tetam7.kalau tersesat tetanus jalan beraya hidangian air kopi biskut kuih kuih.. arwah mak rajin buat. Tapi tak la banyak.
    Zaman membesar activiti Raya Haji memang tak banyak..go sembahyang Raya then balik. Masa membesar Dari umr sedigit kepada double digit takde la pulak mesjid beri daging kurban.
    Nak buat kurban those days tak mampu.. semua sekolah bapak gaji tatak banyak.
    So duduk diam diam.
    Mostly almost all was like us.kiranya second or third generation after merdeka.mall semua Belum Bina lagi. Makan luar kat KFC Tu a treat itu pun ambil lunch plate haha. Economy Kita masa Tu Masih trial and error concept... Bukan cam cam sekarang error errors errors .economy inflammation inflation hahaha..trillion ringgit..hahaha akibat banyak Beno shopping mopping..(sarcastic).
    Then Raya gitu gitu je..but we knew orang pantai Timur utara very active each raya korban.kemudian bila generation Kami dah Mila bekerja . Baru ramai buat iabadt kurban..also kesedaran juga sudah meningkat.
    Tapi kami di ajar pasal Hari tasyrik kurban sampai Hari ke tiga Masih boleh dilakukan.. cuma belajar in theory la masa sekolah.
    Only now Aja buat ..sebab dah kerja
    Dulu kat pj in 90s.. orang ajk masjid ketuk pintu Tanya nak sedekah duit utk kurban . Lepas Tu Di suruh someone gi masjid collect kupon. Saudara lelaki gi masjid sembhyg jumaat so diberitahu kupon. Dapat lah bila Raya Haji daging dalamtiga ratus GM. Alhamdullillah..
    That is first time dapat Dari masjid Di pj. Selalunya rumah ..kebetulan mak Ada..diansahut Dan buka pintu. Kalau tidak melepas la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa....story sis nor macam mak kiter citwr jugak la....avout kupon...daging qurban bagai
      Nenek pu citer dolu2 jarang dapat daging Qurban..
      Kalau ada orang buat qurban pun nenek kata sekampung hanya seekor lembu..
      Daging diagih2kan sorang seketul kecik jer bungkus daun pisang..
      Tulang2 dimasak sup cicah air asam tomato dan organ dalaman lembu tu nenek kata specual.hanya untuk kaum.kerabat tuan qurban jerk..
      Tapi kata nenek kerana jarangnya dapat makan dging qurban....nikmatnya lebih terasa..
      Sekarang bila dah rezeki melimpah....walaupun hampir setiap tahun nenek buat qurban..
      Sayangnya nenek dah x boleh lagi makan daging selepas hempedu nenek sah dibuang keeana batu karang...
      Kalau jumpa sis nor mesti banyak citer nostalgia yang sis nor nak share ngan kiter kannnn.....heeee...
      Apapun Happy Lastday Tasyriq...

      Delete
  2. Dah terserempak dengan page ni, pakcik share la kisah di Padang Arafah pada tahun tu.
    Pada tahun 2018, jemaah Malaysia merupakan jemaah muasassah pertama yang dipasang aircond di khemah Arafah, sebagai percubaan. Maka, khemah yang disediakan, tiada kipas dan tiada jendela.
    Bila sampai saja di khemah (dari hotel), ada jemaah mula merungut sempit. Mula-mula tu, masing-masing berebut nak duduk dekat aircond.

    Bila sampai waktu malam, ribut pun sampai. Ribut ni bukan macam di Malaysia, sebab ini ribut pasir, campur ribut hujan lebat. Khemah yang kami duduk tu, bergegar-gegar. Bumbungnya ibarat dipukul-pukul. Rasa macam nak runtuh. Mujurla tali pengikatnya guna kabel pancang macam tiang TNB di tepi jalan tu.

    Akhirnya, putuslah bekalan elektrik. Reda aje ribut, mula lah masing-masing keluar sebab tak boleh bernafas. Pakcik tidur di luar khemah aje. Pihak pengurusan Muasassah ada sediakan carpet di tempat lapang. Lembap sikit sebab ribut tadi. Tapi, sebab cuaca panas, baring aje. Mula-mula orang malu nak join pakcik. Tapi lama kelamaan ramai juga.

    Bukan apa, ini kali kedua pakcik baring di padang Arafah. Waktu kali pertama dulu, pakcik baru umur 16 tahun. Memang mengalah aje dengan orang lain. Pakcik cerita kat jemaah yang lain, suasana di Arafah kali ni selesa, walaupun takde elektrik. Dulu khemahnya guna kain guni, dipacak guna kayu aje. Khemah lelaki memang terdedah. Pokok pun takde. Tandas kena beratur, dinding plastik. 2018 dah ada tandas kekal (macam tandas awam di Malaysia).

    Allah swt bagi pengajaran, walaupun manusia berusaha menyediakan macam -macam kemudahan, Allah boleh tarik sekelip mata. Yang penting, hati kita kena sentiasa redha. Allah swt juga nak jemaah 2018 benar-benar bertaubat kerana keadaan kami ibarat telur di hujung tanduk menunggu khemah runtuh.
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum pakcik..
      Terima kasih share pengalaman pakcik.seronok bercampur sedih & takutnya.Nenek kiter pun pernah cerita masa nenek gi haji pasang khemah kanvas. Nenek kata masa zaman moyang nak gi mekah kena belayar dengan kapal berminggu-minggu. Pengalaman pakcik dah ada air cond tapi dilanda ribut pula. Tahun ni pulak semua x dapat menunaikan haji kerama wabak Covid 19.Swmoga الله memberi kesempatan untuk saya & keluarga dapat menunaikan haji juga seperti pakcik, nenek & moyang saya.
      Selamat Hari Raya untuk pakcik & family

      Delete