Thursday 23 August 2018

HARI RAYA AIDILADHA 2018

Uittt....dah Raya Haji dah......
Jom nak balik kampung...
Ops...kejap...
Ok...tunggu nenek gi hantar juadah pada jiran depan rumah kejap yer..
Nenek gi hantar Ketupat Palas dan Kari Daging untuk jiran depan rumah
Pasni dh nak gerak balik kampung nenek...


Menjelang hari rayaaa...
Berakhirnya puasa..
Bergema takbit raya
Menyambut Syawal tiba

Eh...tu lagu Raya Aidilfitri....
Hehehehehe....ni Raya Aidiladha la..
Tapi ustazah kata Raya Aidiladha a.k.a Raya Haji ni lagi besar dari Aidil Fitri sebab  Hari Raya Haji 4 hari...10..11..12 & 13 Zulhjijjah
Kalau Raya Puasa ...1 Syawal jer
Masuk 2 Syawal dah boleh puasa
Tapi Raya Haji 4 hari Tashriq tu x leh puasa..
So...Raya Haji la lagi besar dan sepatutnya lagi meriah
Tapi naper kita selalu sebaliknya?


OTW ke kampung nenek
Sawah padi menghijau
Pagi yang damai
Baru lepas hujan
Malam tadi hujan lebat
Hari ni pun masih tebal awan gelap di sebelah barat
So...kita snap pic di sebelah timur...
Hahahaa....


Ok...jom hidangkan makanan Raya Hajj
NASI PARPU
AYAM MASAK MERAH
KARI DAGING
ACAR TIMUN & CARROT
PAPADOM
AIR ASAM BOI

Makanan ni dibuat 3 bahagian
- 1 bahagian untuk hidang kat luar
- 1 bahagian untuk bawa gi surau
- 1 bahagian simpan makan sediri kat dapur
Haaaa ....macam pembahagian Daging Qurban:
1/3 - untuk jiran/ sedara
1/3 - untuk fakir miskin
1/3 - untuk makan sendiri



Ni untuk nenek bawa gi surau makan ramai2 selepas solat Aidilfitri.
Kiter x ikut sebab ABC...hehehe
Achik dah siapkan makanan ni  dah masuk dalam bekas untuk nenek bawa gi surau
Tapi nenek..Pakcik..Haikal semua dah gi surau dah...
Kat surau kampung nenek memang macam tu
Jemaah yang datang solat raya akan bawa sorang sikit juadah sama ada ketupat,lauk,kuih raya atau apa2 makanan
Lepas solat sunat raya...seorang akan membawa bekas untuk sesapa yang nak berswdekah masukkan wang dalam tu
Wang tu nanti akan diswdekahkan semula kepada kanak2 yang datang ke surau..
Dulu aku..Haikal memang akan mengambil bahagian untuk beratur selepas solat raya sebab akan dapat duit..
Biasanya dapat sorang rm5
Haaaa....jumlah tu rasanya tek pernah naik lagi sejak aku ngan Haikal kanak2...
Sebab hari tu raya puasa ...
Aqil beratur pun dapat rm5
Aku ngan Haikal..?
Kalau x malu & perasan masih kanak2 gi la beratur...
Hahahaha.....
Sementara kanak2 beratur diberikan duit raya..
Jemaah lain akan bersarapan juadah raya beramai2 dalam surau...
Cuma biasanya kanak2 x joint dah makan
Lepas dapat duit raya kanak2 akan berayake rumah orang..
Mak2 dan bapa2 saling bersalam dan bermaafan Kemudian.....mak2 dan bapa2 akan makan beramai2 juadah yang dibawa sambil bebual riuh rendah...
Tapi ni makanan ni Achik dah siapkan..
Tapi nenek semua dah gi surau dah..
Rasanya dorang tengah solat dah tu sebab dah xde dengar takbir dah tu..
Alamak....camaner ni...
Saper nak bawa makanan ni gi surau...?????



Mmmm.....saper lagi ...
Kalau bukan aku ngan Aqil jer yang ada...
Makanya.....kena la gi hantar
2x kena ulang amik lak periuk Nasi Parpu
Periuk nasi berat
Kena bawa berasingan


Aqil tukang bawa periuk Ayam Merah
Makanan lain Achik masukkan dalam basket
Dah macam orang nak gi picnic dah ...
Masa sampai surau memang jemaah tengah solat


Kuih Raya ni jer...
Cookies
Biskut Mazola
Sampret
Kuih Karas
Kuih Baulu
Kerepek Ubi
Kek Sarang Lebah


Makanan cam biasa la hidang kat luar jer
Sebab semua pun  nak open air
Lagipun xyah nak kemas2 bagai
Makan minum pun dlam pinggan dan cawan pakai buang....
Hahahaha
Sebab nenek pun dah x tinggal sini dah pun
Just balik pagi raya
Nanti sebelum malam akan balik rumah baru


Tak ramai sangat tetamu
Sebab ramai tengah buat qurban kat rumah depan surau tu
Nenek pun lum balik lagi
Masih kat surau
Mmm...atau kat tempat qurban
Tapi itu qurban orang lain...
Family nyer qurbam kat kampung sebelah...
Achik suruh gi panggil nenek balik sekarang
Sebab Pakcik dah nak gerak pergi buat qurban kat kampung Tok Lang
Pakcik...nenek dan mak aku ada masuk share qurban lembu kat kampung Tok Lang
Pakcik kata kita punya tern dalam pukul 11..


Hanya Pakcik....nenek dan kakak jer gi tempat qurban tu...
Camera kakak bawa
Kakak kata nak snap pic qurban tu
Untuk share ngan family group


Tak tahu berapa ramai tetamu datang
Sebab lepas tetamu yang ni balik..
Aku Zzzzzzzzz....
Cuaca plak dah mendung dan bila2 masa sahaja hujan akan turun..
Lepas Pakcik ..nenek dan kakak bergerak jer gi tempat qurban...
Hujannnnnnnn lebattttt

Pakcik....Nenek dan Kakak dah sampai tempat qurban
Pic lembu by pakcik
Tapi Achik kata ...kita ada 3 bahagian sahaja dari seekor lembu tu sebab seekor lembu boleh dikongsi 7 bahagian
Maksudnya lagi 4 bahgaian tu bahagian orang lain...

Ok.....nanti kita abung about lembi dan dagong qurban ni...
bye....

2 comments:

  1. .
    Salam Adey Manies (with bangles style),

    Kapala Ada pusingka?
    Ayoyo Adey manies...Muda Muda Suda tinggi kolestrol. ITU cheese Kasi kurang ...
    ITU Banyak garam..juga.

    Kenapa ITU Kita msian lebih celebrate Raya puasa ...keranA kekurangNya information those day about Hari Raya kurban yg activity kurban Hari terakhir tasyrik. Dan activities kurban satu ketika tidak semua mampu .. dikala ekonomi masyarakat setempat Masih struggling dgn daily meets and basic living. Low income etc.
    Now sociology economy merubah Cara hidup Dan activities kehidupan kesedaran Dan level of spending increases.

    Udhiyah, or Qurban as referred to in Islamic law, is the sacrifice of a livestock animal during Eid al-Adha to seek God’s pleasure and reward by feeding the poor.

    During the Hajj season, Udhiyah is allowed to take place from the morning of the 10th to sunset of the 12th Dhul Hijjah, the 12th and last Hijri month

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jugga kaka santeks..
      Hehehe...kiter lak more bangles..hihihi
      Huhuhu..betul la abaout Raya Haji ramainkudan info sebab sedey sangat bila ramai kawan2 kita kat KL dorang cakap xde celebrate pun Raya Haji..just bangun pagi sarapan nasi goreng...lepak mamak...gi mall tengok movei..
      Takde masak2 ketupat lemang macam Raya Puasa..
      Xde kunjung mengunjung macam raya...
      xde feel raya..
      Sib baik kiter kat kampung nenek..
      Dapat lagi feel raya...sebab semua orang pun masih celebrate..masih masak macam raya puasa tapi nenek cakap raya haji biasanya kuih muih x la semeriah raya puasa..
      Cuma tahun ni hari raya haji tu lepas solat raya hujan selebat2nya...
      Tak ramai sangat datang umah nenek..
      Kiter pun banyak tidur sebab hujan lebat..
      Esok tu baru beraya umah tok lang..
      Pastu dah balik KL..huhuhu

      Delete