Monday 19 February 2024

SARAPAN @ SATE 7 PAGI

 Cerita hari Sabtu..dah nak seminggu dah🤭

Sarapan @ SATE 7 PAGI
Cella la dah lama dok offer saya sarapan kat sini.Katanya dia dan rakan rakan dah beberapa kali sarapan kat sini & sedap katanya.Terletak kat Seri Kembangan..Tak juah la dengan UPM.Kat kawasan rumah kedai belakang sekolah sekolah tu saja.
Restoran ni menyediakan sarapan sate seawal 7 pagi dan aneka sarapan lain yang lebih terarah  Johorean breakfast...hihihi

Kami sampai dalam pukul 8 pagi .
Kena Q la ..Staf dia akan datang amik order dan maklumkan di mana ada kerusi meja kosong.Kalau yang datang reramai,staf akan minta sorang wakil pi duduk meja kosong yang depa dah pastikan kosong.Yang lain boleh teruskan beratur.Saya suka ja konsep ni kerana kita tak perlu terhegeh hegeh mencari meja kosong.Paling saya tak suka kalau kedai penuh,pastu kena order makanan dulu..bawa ke hulu ke hilir cari meja macam rumah kenduri...Kalau kena macam tu,saya rela cari tempat makan lain.
Tapi konsep ni pun ada la juga kelemahan bila kena batang hidung sendiri..hihihi
Contohnya kat kami la..Masa beratur kebanyakan datang dengan family lebih 3 orang.So,mereka diutamakan kerana banyak meja besar yang  kosong.Walau depa beratur dibelakang kami,depa dipanggil dulu untuk duduk.Kami yang dua beranak saja ni kena "palau" 🤣

Kata Cella,time weekend saya kena beratur macam ni.Kalau weekday terus masuk dan order makanan kat kaunter.Bayar sesiap & tengok nombor order kat resit tu..Cari meja kosong dan duduk.



Dah duduk kat meja jangan asyik bersembang sangat.Mata kena alert nombor order kat electronic board yang tulisan merah tu.Dah naik nombor order kita...pi la pickup makanan kat situ..


Lontong Kering Sambal Sotong ..tak ingat dah harga yang tepat..tapi belasan ringgit la.


Cella pilih makanan paling murah katanya...Nasi lemak telur mata..RM8.50 ( kalau tak salah).

Tapi dia add on sate daging 5 cucuk...RM9.90..tapi + tax...RM10.10


Dua beranak sepakat pilih teh 0 limau panas..



Total sarapan kami ni lebih kurang  RM40...
Pada tekak saya rasa makanan kat sini biasa biasa saja.Tekak saya lebih menerima FLEA MARKET DE BANGI GATEWAY

Tapi Cella kata dia dan rakan rakan UPM menganggap sesekali  dapat sarapan kat sini sebagai sesuatu yang istimewa kerana tekak  dah  selalu sangat dengan makanan kat cafe kolej...hihihi

Kalau salah ampun,sebab resit dah terbuang...Boleh rujuk FB Sate 7 Pagi untuk info lebih tepat...

15 comments:

  1. Boleh tahan jugak le regenya, dia ikut Johor jugak makanan mahal 🤣

    ReplyDelete
  2. sarap gaya muor ni kak..makanan plg murah pun dah 8.50 huwaaa

    ReplyDelete
  3. betul tu.. x perlu terkinja2 panjangkan leher cari tempat kosong.. :D..

    ReplyDelete
  4. ngape la jauh no kedainya tu kalau dekat memang nak jenguk gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada tekak saya kalau nak sarapan Johorean better pi Warung Tepi Kebun( tapi hanya ada weekend & public holiday ja)

      Delete
  5. Boleh tahan juga harganya ye Mak Cella... Tapi mungkin sedap kot, ramai yg berkunjung tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...pada tekak saya rasa dia biasa biasa ja nak banding harga🤭
      Jenuh nak mengabiskan,tapi mengenang harganya,telan juga sampai habis🤣
      Tapi tak tau la tekak orang lain...

      Delete
  6. Betul kata umi cella tu.. dtg weekend mmg kena beratur.. mmg juga hrga mknan sedikit pricey.. tekak kak lin pun kata bole la.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...tekak kita serupa🤭
      Saya lebih suka lontong kering dan nasi ambeng kat flea market bangi tu

      Delete
  7. weekend mmg selalunya kena beratur kat mana-mana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ..+ pula cuti sekolah,ramai nak bersarapan di luar dengan keluarga

      Delete
  8. wah harga dia...mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  9. dah bias makan ikan kejung kat cafe, kalau makan telur goreng kat luar pun dah rasa sedap.

    ammi belum pernah sampai sini...la ni dah duduk luar KL lagilah ntah bila nak sampai

    ReplyDelete