Saturday 10 February 2024

JEMPUTAN KAHWIN @

Dah seminggu..baru dapat jenguk sini..Jangankan nak BW...nak jenguk blog ni pun dah takdan sekarang ni...Tapi nak tinggalkan terus terasa sayang terutama rakan rakan maya dan rakan silent reader juga...

Eh,Happy CNY untuk mereka yang meraikan Ramai yang mengambil kesempatan cuti CNY dan cuti hujung minggu untuk jalan jalan,bLik kampung,mengelilingi dunia dan tidak kurang yang mengahdiri majlis kahwin.

Saya juga mendapat jemputan kahwin hari ini,tapi nun jauh di kampung.Nak sangat balik kampung,apatah lagi menghadiri kenduri kahwin di kampung kerana itulah antara salah satu cara paling ampuh untuk bertemu warga kampung yang rata ratanya adalah saudara mara walaupun sudah semakin jauh pertalian nya..Namun belum ada kesempatan nak balik..

In shaa Allah,lepas ni nak juga mencuri masa balik kampung a.k.a balik Kedah.Dah sebulan tak balik...Kerinduan pada kampung halaman melambai lambai bersama angin monson timur laut yang sudah mula tiba...


Cerita weekend lepas..
Jemputan Kahwin pertama bulan Februari 2024
Hari Ahad 4 Februari...
Jemputan daripada Kak Manja yang pernah sebumbung tempat kerja sedikit masa dulu.Kini sudah hampir satu dekad Kak Manja bermastautin di Negeri Sembilan.
Walaupun sudah bersara namun,hubungan silaturrahim dengan kami masih utuh.Bila mendapat kad jemputan lebih sebulan yang lalu,memang dah niat nak menghadirinya.Apa lagi mendengar venuenya @ Geleri Diraja..lagi lah excited..

Nasib baik weekend,dapatlah Cella menjadi peneman merangkap supirnya..hihihi



Nampak bumbung ni dah boleh agak kan trademarknya  Negeri Sembilan.


Ya,Majlisnya @ Dewan Seri Jannah,Galeri Diraja Tuanku Jaa'afar,Seremban,Negeri Sembilan..


 
Teruja nak pergi bila Kak Manja jemput lebih sebulan yang lalu...
Terima kasih Kak Manja kerana menjemput  saya lagi...
Dua tahun lepas juga rezeki dapat menyantuni 


Laluan masuk ke dewan..Cantik sangat dihias bunga berona senada.


Dewan santapan 




Raja sehari dalam persalinan putih.Sejuk mata memandang...Semoga dikurniakan Sakinah, Mawaddah wa Rahmah hingga ke Jannah🤲


Mak mak tumpang bergambar dipelaminan indah..
Jemputan kahwin memang menjadi salah satu midium pertemnuan dengan rakan rakan



Eh,Jue pun ada..Kak Mudz & Jas



Bersama mak pengantin yang kecil molek berbaju kurung maroon terhimpit ditengah tengah..Terima kasih Kak Manja kerana menjemput saya.Dapat mengeratkan tali silaturrahim bukan sahaja bersama Kak Manja tetapi juga rakan rakan lain yang sudah lama tidak bersua.Jangan serik jemput saya lagi ye!🤭

16 comments:

  1. Dah mula cuti sekolah ni, jemputan kawin pun dah berderet-deret tunggu giliran. Salam kenal, saya follow sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....tapi kali ni saya hanya dapat 1 jemputan sahaja...hihihi

      Delete
  2. Kak Manja yg kecik molek, sesuai namanya Manja. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Bulan feb sy belum dapat jemputan org kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....
      Kak Manja ni Johorean jugak...sekapal dengan SK

      Delete
  3. Tahniah Kak Manja...
    Seronok la, berangin ja...dok kot tepi bendang lagi syok la Mak Cella nooo ... Rindu aih kat kampung ☺️

    ReplyDelete
  4. meriahnyer majlis kahwin., ehehe

    ReplyDelete
  5. besar majlisnya... nasi minyak pun nampak sedap... :).. di sini nasi minyak makanan harian..

    ReplyDelete
  6. Eksklusif sungguh tempat majlisnya.

    Saya sejak pindah Perlis baru tau pasal angin timoq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah pesta angin timur kat Perlis kan....join la Ujie

      Delete
  7. wahhhh meriahnyaa! haah musim cuti CNY, melayu byk kenduri kawen hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...cina ya g raya...melayu yang kenduri🤣

      Delete
  8. cantik bangunan nya kak, dewannya pun cantik mewah gitu

    ReplyDelete