Saturday 11 June 2022

SINGGAH JERUK PAK ALI....LAKSA BUYUNG & NASI BAMBOO

 Balik KL kali ni weekday,dah boleh agak jalan in sha Allah tak jem sebab orang dah start kerja.


Pukul 8.50 baru gerak dari rumah Achik.Keluar rumah pukul 7.30.Tapi macam biasa la kalau nak balik KL akan sarapan kat rumah Achik & Achik akan masak bekal.Katanya kalau apa2 hal kat jalan dah ada makanan.Kalau tak pun,sampai rumah nanti takyah nak fikir masak sebab dah ada makanan.

Kesian Achik kelam kabut sediakan sarapan dan bekal.Pastu bergegas gi kerja pula..


Aqil,acah-acah nak ikut balik KL..hihihi


9.45 pagi..melepassi Tol Sungai Dua,saya ajak anak bujang tu singgah Jeruk Pak Ali kat tepi hiway  lepas Sungai Dua tu
Cari dalam old post ada jumpa kami dah pernah singgah JERUK PAK ALI @ SEBERANG JAYA ...Kalau nak tengok apa produk makanan yang dijual boleh rujuk old post tu..

Malangnya hampir semua jeruk kehabisan stok.


Kebanyakan rak jeruk kosong..


Walaupun namanya Jeruk Pak Ali,tapi banyak barangan makanan kering dan makanan ringan lain turut dijual.Sudahnya lain yang dicapai tangan Anak bujang tu grab juga sebekas kuih sepit.sebekas pekasam daging dan saya pula capai rempah kari cap 0..kacang tumbuk dan dapat juga la 3 bungkus jeruk campur.

RM77.20  juga beli bodo-bodo macam tu pun.


Sebab drive santai-santai tak ada nak rushing apa sangat,anak bujang tu ajak singgah pula Laksa Buyung Bukit Gantang. Nak jumpa Syafiq,rakan sekolej dulu katanya.
Sebab dari arah utara,kami exit Tol Cangkat Jering.Hanya 10 minit dari Tol Cangkat Jering tu.
Dulu kami dah pernah singgah LAKSA BUYUNG BUKIT GANTANG ...tapi masa tu kami dari KL,so kami exit Kuala Kangsar.Tapi rasanya exit Cangkat Jering lagi senang.

Anak bujang tu tengah menunggu kawannya si Syafiq,anak tokey Laksa Buyung Bukit Gantang ni.
Kami sampai dalam pukul 11 memang gerai baru sangat dibuka.Syafiq baru balik rumah,anak bujang tu call bagitau kami nak singgah.Kena la tunggu 10 minit 

Saya order laksa pulas.Laksa pulas dibuat daripada tepung gamdum katanya dan  ini trade mark Laksa Buyung la.Tapi ada juga menu lain.Laksa biasa,nasi ayam,bihun/kue teow/mee sup,ABC,cendol dan lain -lain

Laksanya masih seperti yang kami singgah dulu.Semangkuk RM5...dulu harganya hanya rm3.50 (saya rujuk oldpost) tapi sekarang rm5 pun kata Syafiq hanya dapatlah cover modal dan sikit keuntungan kerana kos bahan mentah yang melambong.Harga tepung gandum,harga ikan,ulaman,telur,limau kasturi,bawang dan lain-lain meningkat berkali ganda berbanding dulu.



Anak bujang tu memang tak makan laksa sebab kuah ikan...kecuali laksa lemak kuah sardin masakan saya( sardin dia makan pulakšŸ¤­)

Lebih kurang ½ jam bagi peluang depa bersembang,saya ajak gerak sebab plan nak singgah pula Nasi Bamboo.
Masa nak bayar,Syafiq bersunguh-sungguh menolak untuk kami bayar.Tapi saya tetap suruh anak bujang tu bayar sebab mereka kan berniaga.Kawan tetap kawan..Berniaga is berniaga.Dah la depa baru nak bangkit dari PKP Covid 19.Dengan kos modal bagai,makan percuma bukan yang sepatutnya,kecuali dia buat kenduri atau memang nak belanja makan di tempat lain.
Akhirnya Syafiq terima bayaran kami dan janji untuk singgah rumah kalau dia datang KL nanti.

Pastu singgah pula makan Nasi Bamboo.Kerja menyinggah dan makan ja balik ngan anak bujang ni.Mentang-mentang la tak jem..hihihi

Pukul 3.30 singgah Sungai Buluh jamak dan qasarkan solat sesiap.Nasib baik dah isi minyak bagai.Elok keluar dari Hentian Sebelah Sg Buluh tu,memang jem merangkak dah.Lepas R&R Jejantas Sg Buluh memang dah jem tak bergerak.Mungkin sebab hujan + orang balik kerja.Akhirnya perjalanan yang biasanya 45 minit memakan masa 2 jam.Dekat pukul 6.0p petang baru sampai rumah...
Kalau jem,salahkan jem ..ni dah tak jem...cari juga sampai jumpa jem...hihihi

9 comments:

  1. Jeruk Pak ali memang menjadi pilihanšŸ˜šŸ˜laksa tue adeiii... Dappp nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...nak makan pun tiada rasa was2...
      Laksa tu bagi peminatnya memang mengundang selera

      Delete
  2. Best plak tgok video laksa tu...terliur SA kak....tgh sakit2 tekak, tekak x sedap ni mmg best kalau hirup kuah panas2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..minta maaf membuat SA yang tak sihat terliur...hihihi

      Delete
  3. Allahu! Kuah laksa tu amatlah menggoda selera. Slurrrppp...sluurrrpppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat laksa pasti suka hirup menghirup ni..hihihi

      Delete
  4. Sampai habis stok jeruk pak ali ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la....tak tau la ramai pembeli atau stoknya yang terhad

      Delete
  5. Laksa buyung bukit gantang? Nanti boleh la jjcm nanti. Sana udah banyak doghoyan dah, tepi jalan. :)

    ReplyDelete