Friday 24 December 2021

MAKAN KENDURI KAHWIN ANAK SEPUPU

 Weekend lepas sempat memenuhi jemputan walimatulurus rumah sepupu @ Sik,Kedah.Tu yang balik KLnya hari Isnin walaupun plan asal hari Ahad nak balik KL.Sanggup melewatkan sehari kerana nak ambil peluang hadiri kenduri + nak jumpa sedara mara.Maklumlah dan 2 tahun tak dapat berjumpa di hari raya..



Pelaminan....

Kami sampai lebih kurang pukul 12 tengahari.Sedang elok,tak awal sangat.Tak lambat sangat.
Asalnya Achik suruh gi dengan mak saja guna Myvi Achik.Balik naik bas ja kan..Achik wakafkan Myvi dia untuk kegunaan.Tapi gi kenduri pakcik drive hantar ke Sik tu.Hanya saya,mak & Aqil sahaja turun kenduri tu.Achik temankan Pakcik dalam kereta sebab Pakcik masih gayat nak jalan tempat ramai-ramai kerana masih dalam rawatan dan fisio.Tapi nak drive pakcik masih tangkas..Semoga Pakcik terus positif & kembali sihat sepenuhnya...Amiinnn

Beberapa tahun dulu selalu ikut Pakcik dan Achik makan kenduri rumah kawan-kawan depa  area Sik.Saya suka sangat kalau diajak makan kenduri kat Sik.Selain kebaikan budi bahasa,masyarakat Sik memang jenis sangat meraikan tetamu.Faktor lain yang paling melekat dihati ialah masakan  atau menu kenduri mereka sangat nostalgik...! 
Antaranya kerabu umbut bayas!


Kenduri kahwin @ Kedah tidak sah tanpa gulai daging fresh + umbut pisang. Selain tu ada kurma kambing + kentang ( kambing sembelih sendiri pulak tu).Acar buah..ulam..sambal belacan dan ikan masin.
Paling win...kerabu ubi keladi.Dah lama tak jumpa kerabu ubi keladi yang sangat sedap ni.Jangan pelik,kalau kat Kedah kerabu adalah antara appetizer yang popular kat Kedah.Antaranya kerabu taugeh dan perut,kerabu pucuk paku,kerabu nangka,kerabu rebung dan kerabu Ubi Keladi.Ubi Keladi mentah tau..!Ubi Keladi fresh disagat kasar dan dijadikan kerabu bersantan & kerisik.Memang rasanya sedap rangup  tidak gatal.Tapi bukan sebarang ubi keladi yang boleh buat kerabu mentaj ni.Ada jenis keladi khas.Saya pun tak pasti apa nama keladi tu.Cuma saya tahu ubi keladi tu jenis besar dan panjang.Malah ada yang sebesar peha orang dewasa.


Pengantin....
Yang lelaki tu anak kepada sepupu saya.Dilahirkan di Sabah kerana mereka pernah bermastautin di Sabah.Jodohnya pun Allah dah aturkan,juga dari Sabah...masya Allah..!
Kedua-duanya bertugas sebagai guru sekolah.Semoga mereka berdua dikirniakan keluarga yang Sakinah,Mawaddah  wa Rahmah hingga ke Jannah...🤲🤲


Mak sempat merakamkan kenangan bersama cucu saudaranya...
Semua pic by Aqil..!


Menjengah ke luar rumah.Anak-anak muda yang ringan tulang sedang membasuh pinggan mangkuk.Kemas bersih tersusun peralatan memasak dan pinggan mangkuk.Hebatnya mereka...masak sendiri dan mengemas dengan kemas sekali.Tak nampak sisa sisa makanan atau sisa bahan masakan bersepah.


Balik kenduri,Pakcik bawa ronda-ronda Sik.

Tempat anak bujang belajar dulu..Saban minggu Pakcik dan Achik  berulang alik jemput dan hantar anak bujang tu di asrama ni dan menanggung pengajian anak bujang tu hingga selesai...


Rezeki anak bujang tu dapat juga KONVO PADA 2019 SEBELUM COVID MENLANDA...
Banyak jasa  Pakcik dan Acik kepada kami...!
Semoga Allah gantikan dengan pahala melimpah untuk mereka..

Melintasi Empangan Beris...Terbayang lebih 20 tahun dulu pernah berulang alik melalui laluan ini.Kini sebahagian kampungnya telah bersemadi di dasar empangan ni..!






9 comments:

  1. Seronoknya makan kenduri..SA pun suka makan kenduri kat area Kedah sana..last masa kazen kawen ngan orang aloq staq..gulai kawan dia...huiiii...mencongkam kalbu kat org NS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...gulai memang trademark orang utara.Macam juga masak lomak cili api @ Nismiland...🤭

      Delete
  2. Sedapnya juadah kenduri kahwin
    Tahniah buat mempelai

    ReplyDelete
  3. Betul MC, kerabu style orang2 kampung memang sedap.
    Gulai batang pisang tu menu wajib kot kenduri belah Sik, Baling...
    Rindu PH nak makan kenduri macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....
      Kerqbu depa memang lain mac sedapnya kan...PH pun mesti rindu lauk2 macam tu kan...

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah...setelah lama tak makan kenduri..
      walau tak semewah kenduri sebelum PKP namun nikmat dapat makan kenduri tetap terasa

      Delete
  5. Alhamdulillah..dapat jugak menghadiri majlis kenduri kahwin anak sepupu. Rare betul menu kenduri kahwin kat sana. kerabu ubi keladi memang tak pernah dengar.

    ReplyDelete