Wednesday, 22 December 2021

NAIK BAS KL- KEDAH - KL

Mengambil kesempatan hujung tahun balik Kedah sekejap menjenguk mak.Dah balik KL dah pun

Semalam pagi dah gerak balik KL..


Naik bas InterCity balik KL.RM50.Hari tu balik naik Mara Liner RM48. tapi bertolak malam.Deside balik naik bas sebab balik sorang.Dulu zaman muda biasa saja drive sorang KL-Kedah-KL.Sekarang dah berbelah bagi.Akhirnya pilih naik bas sahaja.Bertolak pukul 11 malam @TBS...Pukul 4 pagi dah sampai rumah Achik.


Isnin pagi balik KL.Dapat single seat tingkat atas.Nun betul-betul diperjuru wau bulan itulah saya sedang memandang.Pic by Achik.
Kalau zaman remaja,doa nak  dapat seat sebelah teruna tampan不不不.
Dah remaja purba 
( pinjam ayat SK) nak dok sorang-sorang jauh dari orang lain五 nak layan nostalgia ja.Lagi-lagi sejak Covid ni..Boleh jauh nak jauh lagi dari orang lain..Hihihi...
Patut bertolak 10.30 am tapi ada kesulitan..pukul 11.30 baru gerak.Hikmah juga bas lambat sampai,sebab lagi beberapa minit sebelum pukul 10.30 baru sedar tertinggal handphone kat rumah Achik.Kelam kabut Achik balik ambil.10.35 staff bertugas bagitau bas lambat sikit sebab masih di Alor Setar....11.20 baru sampai...Laaaa awat tak habaq awai五


Bas melewati perumahan Achik.Hanya 2 minit jarak dari bus stand.Dekat sangat kan..


Melepasi Tol Pendang..Sayup-sayup tu Bukit Perak.Gunung Jerai sebelah kanan..Tak dapat la nak snap.

Naik double deck dapatlah menikmati pemandangan dari aras tinggi berbanding naik kereta.Ni selepas Ipoh..sebelum Gua Tempurung.Bukit-bukit di Perak ni unik bentuknya.

3.30 petang baru sampai R&R Simpang Pulai.Ramainya manusia @ Simpang Pulai.Bas terpaksa park depan Petronas sebab semua petak parkir penuh.Semua serbu kedai mesra mencari minuman dan makanan ringan.Masa diberi 30 minit untuk solat,makan dan ke toilet.

Dah lama tak naik bas.Rasanya kali terakhir beberapa tahun lepas.Itupun berdua dengan Cella.Naik bas sengsorang ni rasanya dah berbelas tahun kot.Tak pun mau cecah lebih 20 tahun dah 五
Dulu zaman belajar tahun 90-an,Achik yang akan hantar by motor dari kampung ke Pendang.Masa tu belum ada stesen bas ekspress tapi bas dari Kuala Nerang akan pick up tepi jalan depan Petronas Pendang.Lepas dah kawin pun,saya selalu ulang alik Kedah-KL.Setiap minggu saya akan ke KL.Kalau bas pukul 11 malam..bayangkan la Achik nak patah balik ke kampung melalui jalan kampung meredah hutan yang gelap tengah malam buta.Banyak pengorbanan Achik untuk saya.

Hentian Sebelah Behrang.Bukan F&R sahaja yang sesak,HentiN sebelah pun penuh walaupun dah masuk weekday.Mungkin ramai warga Lembah Kelang yang terpaksa balik semula ke KL & Selangor selepas berita banjir besar melanda pada hari Ahad.Semoga Allah mudahkan urusan mereka.

Tanjung Malim..5.15 petang.Setiap landmark akan di update dalam family  group..五
Nak mudahkan anak untuk timing sampai TBS

6.15pm Jejantas Sungai Buluh.


Tol Duta..Kemudian bas singgah Hentian Duta 10 minit turunkan penumpang.

Dulu puncak KLCC menjadi penanda paling tinggi bila memasuki KL

Sekarang Menara Merdeka menjulang mengalahkan KLCC.Sambil bas meredah jem berhampiran KL Sentral..dapatlah menghayati panorama KL

Walaupun gambar blur..nak juga tepek.Dah sampai TBS tapi belum masuk terminal.Berhenti dicheck point untuk turunkan motosikal dari perut bas.Memang tahu bas Inter City ada menyediakan khidmat kiriman dan muatan motosikal.Boleh kirim motosikal sahaja atau boleh bersama penunggangnya.Dua motosikal ni saya nampak hanya kenderaannya dilirim dan penerima menunggu di check point TBS( tempat parkir bas ekspress tepi TBS).Dulu masa anak bujang berulang alik ke Kedah,selalu guna khidmat bas Inter City ni untuk bawa bersama motosikalnya ke Kedah @ KL.4 @ 5 tahun dulu kosnya RM 150 untuk motosikal dan penunggangnya.Motosikal diperut bas.Masa beli tiket ada form yang perlu di isi .Penunggang duduk kat seat bas la.Sekrang tak tahu berapa kosnya.
Banyak kemudahan dah sekarang ni..Alhamdulillah.

Tepat pukul 7 malam tibalah di TBS.
Alhamdulillah setelah menempuh 7½ jam perjalanan.Kebas jugak la bontot..hihihi

Menunggu kat lobby...
Dah cakap tunggu kat Gate C..Mata kena selalu cakna  perhati deretan kereta yang melintasi supaya kereta sampai sahaja boleh terus masuk dan gerak.
Dulu zaman Adah masih belajar kat UiTM Segamat,setiap petang Khamis tunggu Adah depan Gate A tu.Setiap Sabtu petang pula hantar Adah.Pun tunggu kat Gate A tu.Dulu masa TBS baru buka boleh parking dan tunggu depan Gate A,B dan C.Lagipun masa tu TBS hanya untuk perjalanan ke selatan.Namapun Terminal Besepadu Selatan...
Yang nak ke utara terminalnya di Hentian Duta.Yang ke Pantai Timir rasanya Hentian Putra.
Selepas Puduraya dah tutup sempat jugalah merasa hantar dan jemput mak & anak bujang tu kat Hentian sementara @ Bukit Jalil dan Hentian Duta.
Now semua destinasi pun dah disepadukan di TBS.
Patut dah kena tukar nama daripada Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kepada Terminal Bersepadu Timur Barat Selatan Utara (TBTBSU)
Hihihihi .....





21 comments:

  1. Seronoknya balik jauh- jauh naik bas...dulu masa zaman muda- muda...SA selalu pi Setiawan Perak...masa tu bertunang ngan org Perak...memandangkan jodoh xde terus x pernah dah naik bas pi sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama tempat elok dah Setia(wan)五..Tapi bukan jodoh pulak.
      Lepas ni kalau berjodohan biar naik pesawat pulak SA..✈️✈️

      Delete
  2. Alahai nostalgianya...
    PH last time naik bas sorang2 10 tahun lepas.
    Selain tengok pemandangan, paling suka dok dalam bas is berangan haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...sesekali dapat naik.bas sorang2 memang layan nostalgia la PH..

      Delete
  3. Saya pun dah lama tak naik bas ke Jitra.last naik bas tahun 1992 kul 10 pagi dari Puduraya dan bas tu rosak kt Bagan Serai. Kul 10 mlm baru bergerak semula,kul 2 pagi baru sampai Alor Setar.sejak tu serik nak naik bas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiiiii...lama dah tu..
      16 jam..jenuh jugak la kan..Jangan la seri,la ni bas dah selesa & handphone juga sangat membantu jika berlaku sesuatu kejadian di perjalanan cepat depa back up...Tapi pastinya jadi kenangan yang tak dapat dilupakan tu..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Banyak info yang sy tahu dari entri ni selepas lama tak naik bas. Memang besar pengorbanan achik tu, bila adik beradik rapat, kita tak kisah nak berkorban apa saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak perubahan dah SK..
      Terminal TBS pun dah macam air port..Jauh beza dah dengan Puduraya zaman kita remaja..hihihi
      Sesekali ajak la Iman naik bas turun TBS...kita pi ngeteh 五

      Delete
  6. cantik kan pemandangan kalau lalu kedah..saujana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi...
      La ni musim padi menghijau..Tak sabar nak balik pula sebulan dua lagi nak nikmati musim padi menguning pula..

      Delete
  7. sronok plak tgk naik bas ni..
    lame betol xnaik bas express.. berbelas tahun rsnya.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sesekali naik bas sorang- sorang sambil mengimbau kenangan zaman remaja..hihihi

      Delete
  8. dah lama sangat tak naik bas, last naik bas express ni masa bujang dulu bila malas nak drive balik kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu bas la pengangkutan utama untuk orang bujang balik kampung sebab tak ramai yang ada kereta sendiri.Sekarang kebanyakan orang bujang dah ada kereta sendiri.
      Tapi sesekali seronok juga naik bas ni..Paling nikmat bila lena..hihihi

      Delete
  9. Rindunye dgn kenangan naik turun bas.. sejak habis belajar memang dah x naik bas lagi dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali esok bila adik Ahnaf dah besar sikit boleh la bawa depa rasa pwngalaman naik bas...hihihi

      Delete
  10. lain kali sampai TBS roger2lah...rumah ammi kat seberang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....
      Eh,Ammi tinggal kat mana?
      Kampung Malaysia ka

      Delete
  11. Sesekali jalan jauh balik kampung naik bas pun best jugak. Kematu bontot tu dah tentu. ohh boleh jugak eh kirim motor. Jana income gak tu. sekali lalu je cepat pun cepat. Indahnya permandangan sawah padi dan gunung ganang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...memang kematu bontot..
      Bukan motor ja Fiza..
      Kadang barang lain pun boleh kirim..Tapi kena ikut term & condition dia la..
      Tadi dh balas dah komen ni
      .Tiber pulak hilang

      Delete