Sunday 15 November 2020

DAGING MASAK LEMAK CILI API +BELIMBING BULUH

 Masa beli belimbing di pasar, saya sudah merancang untuk masak dengan daging. Kalau ada daging salai alangkah sedapnya. Tapi saya hanya ada daging rebus. Dagkng rebus yang saya siap hiris nipis & bekukan bersama air rebusannya. Hari Rabu saya merebus 1kg daging. Saya sudah bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian anggaran 1/2 kg yang memang saya plan untuk masak lauk. 2 bahagian lagi anggaran setiap 1 beratnya 1/4kg.Yang ini saya sudah plan sebagai rencah jika hendak masak mee, mihun etc. 


Daging Rebus Masak Lemak Cili Api + Belimbing Buluh. Saya masak untuk lunch semalam. Nama sahaja lunch.,tapi saya masak pukul 4 petang. Selalu saya masak pagi-pagi lagi. Kemudian, sesiapa yang hendak makan, makanlah. Tapi semalam petang baru masak lauk. Sebabnya hari-hari lain masak pagi pun, petang baru makan nasi. Semua sudah terbiasa setiap hari makan nasi waktu petang. Bila tengahari belum feel nak makan nasi



Ini kalaulah daging salai, pasti harum asap yang diserap oleh daging lagi menggoda selera. Tapi kenapa selalu terbayang yang bukan hak. Sedangkan yang sudah ditetapkan rezeki kita  tidak dihargai. Heee.. Tiba-tiba.... 


Bau Masak Lemak Cili Api memenuhi rongga bau. Nasib baik nasi sidah ditanak sebelum mula memasak laul ini

DAGING REBUS MASAK. LEMAK CILI API + BELIMBING BULUH. 

1/2kg daging siap rebus & dihiris nipis
1 mangkuk belimbing buluh
1 asam keping
1 sudu garam
1 batang serai
1 kotak kecil santan

Bahan Tumbuk Halus:
20 cili padi merah vietnam
1 ketul kunyit

1. Daging rebus bersama air rebusannya dimasukkan ke dalam kuali bersama bahan tumbuk. Masak hingga mendidih

2. Masukkan belimbing, serai, asam keping & garam

3. Masak hingga belimbing nampak lutsinar
Jika perlu tambahkan  air

4. Tambah santan pekat & sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.. 

5.Masak dengan api perlahan beberapa minit hingga nampak pekat. Sesuaikan rasa. 

**Lauk ini akan lebih sedap jika dimasak beberapa jam sebelum makan. 




Daging Rebus Masak Lemak Cili Api + Belimbing. 

Belimbing yang dibeli masa mencari ulam hari Jumaat


Dahulu saya tidak suka cili padi merah ini kerana terlalu pedas & banyak biji. Tapi sekarang ini  cili kesukaan saya. 
Manusia bersifat baharu, serring berubah mengikit waktu


1/2 daging siap rebus empuk & dihiris nipis
Sedang reheat selepas dikeluarkan dari freeze



Jangan handphone ni jatuh dalam kuali ni sudah.... Takut-takut juga hendak merakam. 

 
Cedok sikit, jom rasa apa yang kurang. Pekat berlemak kuahnya, masam masin sudah cukup. Cuma pedasnya Cella kata boleh jadikan bibir mac selipar tebalnya. Kalau makan dengam nasi, elok sahaja ni. 




Senduk nasi panas-panas. Curahkan Lemak Cili Padi Daging Rebus +Belimbing Buluh. Tempe Goreng Kunyit Panas-panas... 


10 comments:

  1. Salaam,
    Says rebus dulu of daging sebelum masak lemak, ok je. Malah lembut tak sakit jaw mulut nak kunyah serta senang hadam.

    Tapi lauk nya gambar boleh menjilat screen..
    🤓

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Kalau nakmjilat screen, pastikan sanitize dulu G.. Hahaha

      Delete
  2. Aslmkm nak tanya beras apa kah gerangan puan makan sbb tiap kali tengok sgt mengiurkan panjang n berderai

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام...
      Beras jasmine cikgu... Hihihi

      Delete
  3. Dalam freezer memang ada daging salai, tinggal nak cari belimbing aje nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh... Lagi terangkat tu kalau daging salai tu SK

      Delete
  4. Cili merah ni walau pedas tapi sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Naz...
      Lagi-lagi kalai buat sambal cuka style pantai timur kan.. Sedap

      Delete
  5. Wah1 Ada daging lemak cili api, siap dengan tempe sekali tu. Bismillah. Sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap.. Tempe pun dapat tempe yang baru menjadi meang rangup bila digoreng. Lemak-lemak kacangnya

      Delete