Wednesday 19 February 2020

TELUR ITIK LEMAK CILI PADI + MANGGA MUDA


Telur Itik Masak Lemak + Mangga Muda
Lauk fav aku nih telur itik wei
Mak aku masak hari Ahad
Untuk lunch


 Telur itik memang aku suka sebab sedalwmak ooo egg yolk dia

 Mak aku cakap masak lemak telur ni kena + memde2 masam
Naper...?
Haaa mak aku kata sebab telur tu dah lemak
Kuah dia lagi lemak
So kena la + mende masam kasi balance
Baru la x muak nk makan..
Ooooo

TELUR ITIK LEMAK CILI API + MANGGA MUDA
6 biji telur itik
1 kotak santan kotak
3 cawan air
1/2 biji mangga mudah (saiz besar)
1 helai daun kunyit
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Bahan Tumbuk
15 cili padi
1/2 bawang besar
1 ketul kunyit

1. Dalam kuali yang agak besar. Campur bahan tumbuk dengan air & separuh santan. masak hingga mendidih.
2. Tambah garam & mangga muda cincang
3. Bila mangga lembut kecilkan api & masukkan telur itik secara hati2. Jarakkan telur-telur antara 1 sama lain supaya tidak bercantum& biar mendidih perlahan hingga telur masak
4. Bila telur sudah beku masukkan baki santan pekat
5. Biar mendidih sekejap & sesuaikan rasa

Untuk tips supaya telur tidak pecah dalam kuah boleh rujuk entri MASAK LEMAK TELUR ITIK BERSAMA PUCUK GELUGUR... kat sini...


 Mangga muda masam

 Dah siap Telur Itik fav aku
Syyyyy kakak hanya makan sikit jer telur tu
Itupun kakak menjerit bila egg yolk tu ada yang meleleh kat nasi kakak
Hahaaha kakak memang xmakan egg yolk
Kena lak telur itik punya egg yolk dia padu nyer..
Terus kakak tolak nasi ketepi
Mak aku pun makan 1/2 telur itik tu
Aku ngan abang menadah tangan syukurrrrr
Dapat makan telur itik ni sorang 2 biji
Hahahaha
Siap dapat lg extra dari mak aku ngan kakak
 Sambal Sardin xde sapa yang usik
Akhirnya sambal sardin ni jadi nasi goreng sardin hari Isnin malam
Masa mak aku masak laksa
Sebab abang ngan kakak xnak laksa
Depa makan nasi goreng sardin

Mak aku x nak telur itik sebab makan nasi ngan lauk bilis masak asam
Beria mak aku makan lauk tu
Penuh ngan bawang putih & halia...

1 comment:

  1. Did you know there is a 12 word sentence you can communicate to your crush... that will trigger deep feelings of love and instinctual attraction to you buried within his heart?

    That's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, worship and guard you with all his heart...

    ====> 12 Words That Trigger A Man's Love Response

    This instinct is so built-in to a man's genetics that it will make him try better than before to love and admire you.

    In fact, triggering this powerful instinct is so essential to getting the best ever relationship with your man that the instance you send your man a "Secret Signal"...

    ...You'll soon notice him open his soul and mind for you in a way he haven't experienced before and he'll perceive you as the one and only woman in the universe who has ever truly interested him.

    ReplyDelete