Monday 3 February 2020

LAKSA LEMAK KEDAH vs NASI GORENG


Laksa Lemak Kedah
Mak aku masak hari Jumaat malam
Untuk masak Sabtu siang
Sebab mak aku kata kuah laksa lagi sedap makan kalau dibiarkan semlaman
Ni Laksa Lemak versi Kedah.
Dah banyak kali post about laksa lemak Kedah ni


LAKSA KUAH LEMAK KEDAH..mak aku

1 paket laksa kering

Bahan Kuah:
1/2 kg ikan -agak-agak 5 ekor ikan selayang
(rebus bersama 3keping asam gelugur)
1 labu bawang besar
1 cawan santan pekat
9 cawan air(sebagai panduan- boleh adjust)
1paket kecil rempah kari ikan(1 1/2 sudu besar)
5 asam keping
1 bunga kantan @5 tangkai daun kesum
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu minyak
Garam secukup rasa

Bahan Ulam:(ikut pilihan sendiri)
- daun selom
- daun putat
- Timun
- bawang besar
- cili padi
- Limau nipis

1. Ikan diasingkan tulangnya..
    - Blend isi ikan dengan 4 cawan air.Ketepikan
    - Blend pula tulang2 dan kepala ikan dengan 3
      3 cawan air..tapis dan campur dalam isi ikan
      untuk mudah agak kepekatan kuah nanti.
    
2. Blend pula bawang besar dengan 1 cawan air hingga halus..ketepikan

3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.Kemudian masukkan serbuk kari dengan 1 cawan air ..Masak hingga naik minyak..

4. Masukkan bawang blend dan biar mendidih sekejap supaya sebati dengan serbuk kari.

5. Masukkan bahan isi ikan yang diblend dan masak lagi hingga mendidih.Masukkan juga asam keping,garam dan bunga kantan.

6. Masukkan santan pekat dan kacau sebati..

    Biar mendidih perlahan dan rasa asam garamnya..jika kuah terlalu pekat tambah air panas...kerana kuah x perlu terlalu pekat..Bila sejuk kuah akan jadi semakin pekat
Laksa dah siap rebus

Ulam-ulaman


Pinggan mak aku akna penuh ngan ulam
Pinggan aku  x syantiks
Sebab aku just letak kuah jer
Talde ulam



Nasi Goreng untuk abang


Sebab abang x suka laksa




So,ni la sebab namnya Laksa Lemak Kedah vs Nasi Goreng

2 comments:

  1. kak pun baru ja sudah 3 hari lepas makan laksa. punggah diet. haha. seharian takda makan nasi. asyik laksa ja. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Achik kitet memang hantu laksa.. Dia boleh makan laksa jer tanpa makan nasi...
      Laksa pun menu diet jugak kan.. Hihihihi

      Delete