Sunday 2 February 2020

CUCUR KACANG/KUIH KASTURI/KUIH RENGAS

Cucur Kacang...
Mak aku cakap ada yang panggil Kuih Kasturi
Hahaha... Kasturi jer ke
Tuah, Jebat, Lekir & Lekiu mana?
Hahaha...
Kata mak akunjuga dolu2 cucur kacang ni kalau dalam buku atau majalah disebut Kuih Rengas..
Hahaha lagi aku x pernah dengar
Actually maknaku memang selalu buat kuih ni..
Yang ni mak aku buat hari Isnin masa cuti CNY..
Mak aku cakap nak frozen untuk goreng bila nak makan..


CUCUR KACANG /KUIH KASTURI
1 cawan kacang hijau- rendam semalaman
1 cawan kelapa parut putih
½ sudu teh garam
1 keping gula melaka
( boleh ganti brown sugar)
2 sudu tepung gandum

Bahan Celup:
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
1 ¼ cawan air
½ sudu teh garam
½ sudu besar gula
beberapa titis pewarna kuning
1 sudu air kapur( yang jernih)
2 sudu minyak
*Campur semua bahan celup @ blend hingga creamy

1. Rebus kacang hijau hingga empuk
2. Campurkan gula, garam & kelapa parut.
3. Bila semua sebati, masukkan tepung & matikan api.
4. Teruskan kacau hingga kental & sebati
5. Biar suam sedikit, & bulat2kan sebesar buah limau nipis & leperkan ikutvketebalan yang disukai.
6. Celup ke dalam batter & goreng sambil dibalik2kan hingga garing 
7. Toskan minyak & sedia dihidangkan

Kacang yang dah siap rebua & campur semua bahan


Dibulat-bulatkan

Dileperkan

Sedia untuk decelup dalam tepung celup & bolehlah digoreng
Step by step yang lengkap boleh rujuk KUIH KASTURI / CUCUR KACANG. kat sini


Ni pic yang mak aku whatsApp bgtau tengah makan bekal hari Jumaat..
Hari Jumaat mak aku cakap terlewat bangun & x sempat masak heavy.
Mak aku bawa bekal cucur kacang ni
Kakak ngan abang bawa juga cucur kacang ni + maggi goreng..




No comments:

Post a Comment