Friday 7 June 2019

NOSTALGIA BERINAI RAYA- DIARY RAYA HARI KE-2

Inai Raya...
Excited giler aku nak berinai guna natural daun inai
Asalnya plan nak berinai malam raya
Tapi malam raya semua keletihan...
Semua tertidur..
Aku paling last tidur
Tapi aku x tahu camana nak betinai guna daun inai tu


Ni la Pokok Inai
Nenek tanak kat tepi tembok tepo rumah baru
Hari tu balik bulan Mac tu pokok ni kecik lagi
Ni selepas 2 bulan...
Balik raya...pokok ni dah banyak daun dah


Nenek kata asalnya nenek hanya ambil ranting inai ni yang jatuh dari lori sampah jer
Masa lori sampah amik sampah depan rumah
Nenek kata nampak ada 1 ranting kecil jatuh
Dan bila nenek amik rupanya ranting inai
Nenek kata nenek just cucukkan pada tanah tepi tembok tu..
Elok jer tumbuh subur


Ni daun inai


Nenek dah pesan
Kalau nak petik daun terus gunting dan pangkas jer danting inai yang panjang,- panjang tu supaya nanti tidaklah semak dan menjulai ke rumah jiran sebelah


Haaaaa.....ni la hasil pangkasa beberapa ranting inai beraa daunnnya


Daun inai ni akan dipetik dari rantinnya
Kita hanya nak guna daunnya sahaja



Lepas tu daun inai akan ditumbuk
Kelentang...kelentung ...kelantang


Dah dapat inai yang halus dan lembab macam dough...


Mak aku la gigih menempek inai yang sudah ditumbuk pada jari tangan aku....
Kakak pun nak juga...
Masa cium daun inai yang ditumbuk tu macam bau apa ntah....
Bau dia x sedap ...rapi bukan busuk



Mak aku cakap zaman mak aku kanak- kanak...
Menempek inai dimalam raya menjadi kemestian
Kata mak aku dolu2 mana ada pemwrah kuku atau inai segera macam sekarang
So..kata mak aku..semua kena petik inai sendiri dan giling atau tumbuk sendiri


Dah penuh 5 jari


Taraaaaaa.....selepas 2 jam..
Huhuhu...jari mak aku lagi merah
Padahal mak aku tempek sekejap jer
Kata nenek inai ni dia ikut jenis darah
Kalau darah panas inai lebi merah
Huhjj...seronoknya dapat merasa pengalam petik dan tempek inai...

4 comments:

  1. Salam...
    Bau daun Tu hijau.. bau chlorophyll la...
    Kalau just certain natural chemical..just lah baunya ..pungency Dan etc.

    Kat negara Arab DIA buat coral coral ala tattoo..

    Woa nengok jari merah berinai...cam seat berkahwin lak.hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      Ooo...itu bau klorofil ke..baru tahu..heeee
      Kat .Msia pun ada yang lukis penuh tangan..tapi tu inai instant powder la...
      Heeee.....kkter pun baru nk verangan kawin...haaaaaaaaaaaaa

      Delete
  2. Dah ada calon ke. . ..Hehehe

    ReplyDelete