Thursday 13 June 2019

KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN- IFTAR PUASA 6

Kari Kepala Salmon
Lauk mak aku iftar
Mak aku je puasa
Aku belum mula
Baru nak mula hari ni
Nak start Khamis
Khamis leh dapat 2 pahala kan..
Heee...


Aku makan kuah jer
Tak suka kepala ikan
Tapi daging pipi kat kepala ikan tu memang wajib untuk aku..
Sebab daging pipi ikan sedap
Macam peha ayam...
Tak caya..baik try...!
Untuk aku mak aku goreng telur dadar garing
Dengan Ikan Masin Goreng..
Aummm...



KARI KEPALA SALMON TANPA SANTAN
1 kepala salmon
2 biji tomato - belah- belah
1 pkt kecil(2sudu) rempah kari ikan
1sudu  pes asam jawa + 1 cawan air
garam
4 sudu minyak

 bahan tumis:
2 bawang putih diracik
2 bawang merah dihiris
1 sudu teh halba campur
1 pelepah daun kari

1. Panas minyak n tumis bahan tumis
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1/2 cawan air.
3. Biar naik minyak baru masukkan ikan dan tomato
4. Masukkan air asam jawa dan  biar mendidih dan ikan masak.
5. Masuk asam jawa dan garan serta sesuaikan rasanya..

No comments:

Post a Comment