Sunday 29 April 2018

PENCICAH MANGGA CHIK AM

Pencicah Mangga Chik Am..
Mak aku yang cakap pencicah mangga ni namanya Pencich Chik Am...
Chik Am tu siapa..?
Penjual kuah pencicah ker..?
Haaa...bukan la...
Pencich ni mak aku yang buat...


Tapi namanya Pencicah Chik Am..
Sebab Chik Am yang ajar buat pencicah cam ni..
Sedap pencicah ni...
Tapi sebab aku x suka mangga masam...
Aku just rasa sekeping jer mangga tu untuk tahu rasa pencicah tu..


 Pencicah Mangga Chik Am ni mak aku cakap diajar oleh Chik Am beberapa tahun yang lepas.
Chik Am tu achik cleaner tempat mak aku..
Tapi dah lama aku nampak chik Am tu..
Mak aku cakap chik Am tu dah pindah jadi cleaner kat kuaters plak..
Ooo...patut la dah x pernah nampak..
Dulu chik Am tu pernah datang rumah aku..
Bukan datang jadi cleaner..
Tapi datang tolong..
Hahahaha...citernya masa tu abang terkurung dalam toilet sebab kunci pintu jem..
Sib baik abang bawa hp masuk toilet..
Abang call mak aku.
Mak aku cakap chik Am yang offer untuk tolong sebab suami chik Am tu ada alatan nak buka pintu yang jem..
Padalhal dorang tinggal jauh...bukan berjiran pun
Masa tu kalau lampu rosak pun mak aku akan minta tolong chik Am dan uncle Joe suami chik Am tolong baiki..
Tapi uncle Joe dah arwah dah..
Al fatihah untuk uncle Joe
Chik Am pun sekarang tengah mengerjakan umrah kat Mekah..
Mak aku cakap ralat sangat sebab x sempat jumpa chik Am sebelum chik Am berangkat  hari Rabu lepas..
Semoga chik Am mendapat Umrah yang Maqbul..!
Mak aku cakap buat pencicah ni sebab teringat chik Am lah..!
Mak aku cakap masa tu pokok mangga dekat pondok jaga tubtengah berbuah lebat..
Waktu petang time orang dah balik Chik Am akan buatkan pencicah untuk cicah ngan mangga muda tu..
Resepi chik Am sempoi tapi sedap..
Mak aku cakap chik Am x guna lesung tumbuk pun ..
Sebab chik Am bawa bahan2 nak buat pencicah tu dlam mangkuk jer...
Apa bahan2nya..?

PENCICAHANGGA CHIK AM
5 biji cili padi
1 sudu besar  asam jawa
2 sudu brown sugar
2 sudu gula
1 sudu kecik belacan
1 sudu kecik garam
1/2 cawan kicap manis

1. Patahkan cili padi.
2. Campur semua bahan dalam mangkuk..
    Garam..gula..asam jawa...gula perang dan
    kicap
3. Gunakan sudu untuk lenyekkan sambil kacau2kan semua bahan hingga gula larut bersama asam dan kicap hingga menjadi pekat..
4. Rasa pencicah ni.mesti ada masam..masin..manis dan pedas..

 Jarang aku nampak mak aku.makan mangga masam dengan pencicah..
Bukan x pernah..
Tapi jaranggg nampak sebab rasanya mak aku pun sama macam aku...x suka asam- asam..
Tapi kalau Achik aku x heran sangat sebab Achik memang peminat asam- asaman...

 Ni pencicah mangga versi Achik
Untuk pencicahangga versi Achik boleh tengok
RESIPI PENCICAH MANGGA MUDA kat sini...

Achik bukan sahaja suka mangga ..
Segala buah pun Achik akan cicah ngan pencich dia..
Event ...buah anggur yang manis pun Achik akan makan ngan pencich..
Kalau omputih tengok..mau nagis nih..
Hahahaha...




2 comments:

  1. asam mangga mudah cicah kicap belacan... best oooooo

    ngilu gigi senang ubatnya. beli sensodyne for sensitive teeth. rub around teeth for 20 mins sblm berus gigi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa....asyik lupa jer nak beli sensodyne..
      Nk juga rasa boleh gigit ice cream..sebab selama ni just jilat jer kalau makan ice cream sebab gigi rasa ngilu..

      Delete