Wednesday 27 December 2017

NASI AYAM PENYET

Nasi & Ayam Penyet
Dah 2x kakak nak bawa makan Nasi Ayam Penyet kat Padang Jawa..
Kakak kata sedap Ayam Penyet kat situ..
Tapi 2x pergi hari Jumaat
Memang tutup ...


Sebab abang off..
Mak aku masak Nasi Ayam Penyet..
Semua suka..
Suka semua....
Tip top...
Haaa...itu tagline yang aku selalu dengar kat Radio fav mak aku..Radio Klasik..!!
Hahaha...
Actually mak aku dah selalu juga masak Nasi Ayam Penyet ni...
Mak aku cakap Nasi Ayam Penyet Koboi jer..
Naper Koboi..
Alaaa...mak aku kata Koboi tu Cowboy la.
Masak simple macam ala masakan cowboy..
Ish mana sama...
Kalau masakan cowboy mesti ada daging grill..
Hahaha...
Memang la....cowboy mana makan nasi..
Mak aku cakap Nasi Ayam Penyet ni kena ada...

1. AYAM GORENG PANAS- PANAS
Ayam Goreng.. wajib la ada..
Dah namapun Ayam Penyet..
Kalau xde ayam nak penyet apa..
Penyet hidung..hihihihi..
Kata mak aku ayam ni patutnya ada rempah ratusnya..
Tapi dah namanya koboi..
Mak aki cakap just gaul garam. kunyot dan goreng garing..
Kena makan time panas2..
So..Ayam tu goreng ketika dah nak makan..
Jangam goreng awal2...sejuk x sedap


2. TEMPE GORENG PANAS- PANAS
Tempe juga kena goreng gafing dan hidanv panas2...
Boleh goreng kosong @ boleh Goreng Berempah



3. SAMBAL PENYET
Sambal ni yanv buat  Nasi Ayam Penyet ni terangkat..!!!



4. ULAM


5. SUP
Yang ni optional..
Kalau aku x suka ada sup
Aku suka Nasi Ayam Penyet tanpa kuah.
& memang kuah ni xde sesiap yang makan pun..
Kesian Sup..

SUP KAKI & LEHER AYAM
4 batang kaki ayam- kerat 2
2 batang leher ayam- potong pendek
1 sup bunjut
1pokok daun sup/ daun bawang
2 sudu minyak
garam

Bahan tumbuk:
1 bawang besar
2 bawang putih
2 hiris halia

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
2. Bila harum masukkan leher dan kaki ayam
3. Biar kaki dan leher ayam sedikit berkerak dan sedikit perang supaya kuah lebih sedap
4. Masukkan 3 cawan air dan biar kesan kerak pada periuk sebati dengan kuah
5. Masukkan sup bunjut dan masak hingga mendidih
6. Perlahankan api dan biar merenih selama 1/2 jam supaya kuah lebih manis dan swdap
7. Sesuaikan rasa dan matikan api serta tabur daun sup



Nasi Ayam Penyet In The Making...


Tempe...
Kalau makan Nasi Ayam Penyet selalunya ada sekali Tauhu Goreng
Tapi jari ni xde tauhu..



Ayam Goreng...
Just gaul ayam dengam sedikit garam dan serbuk kunyit..
Kalau  Ayam Penyer Ori Indon...ayam direbis dengan rempah ratus sehingga setengah masak. Kemudian digoreng garing dan diketuk2 supaya lembut sebelum dihidangkam panas
Tapi yang ini mak aku cakap sebab versi Koboi jer...So..goreng dalam minyak yang banyak hingga garing..
Mesti hidang panas- panas


TEMPE GORWNG BEREMPAH
2 bungkus tempe baharu
1 sudu teh garam halus
1sudu serbuk kunyit
1 sudu tepung beras
minyak untuk goreng

Bahan Tumbuk:
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu teh jintan

1. Potong tempe sederhana tebal
2. Gaul tempe dengan garam,serbuk kunyit dan bahan tumbuk
3. Tambah 1 sudu air dan taburkan tepung beras dan gaul rata
4. Goreng hingga garing



Tempe Goreng Panas- panas


Ulam...
Selalunya dihidangkan dengam Ulam Pucuk Ubi Rebus..
Pernah makan beberapa kali di Sarawak..
Kebanyakan gerai Ayam Penyet menggunakan Ulam Pucuk Ulam Raja..
Tapi pernah beli kat sini dorang guna Ulam Kobis Mentah..
Orang Indon panggil Kobis ni sebagai kol..
Haaa...mak aku memang banyak tahu istilah kulinary dalam bahasa Indon..


Paling Penging dalam Nasi Ayam Penyet ni
Sambal Penyet
Haaaaa.... jangan x tahu..
Semangkuk Sambal Penyet ni habis kitorang makan...
Aku..abang amik ayam cicah sambal ni
Kakak kan Johorian..
Kakak makan ngam Tempe dia lah..
Tempe tu memang separuh tu kakak yang habiskan..
Mak aku plak cicah ngan Kol..
Hahaha...Kobis la ...


Sambal Penyet ni cicah ngan Ikan Goreng Garing pun sedap..
Mak aku cakap sepatutnya  Pisang Penyet pun cicah ngan sambal ni la baru  kick..!

SAMBAL PENYET( 1mangkuk sambal)
3 cili merah
10 cili padi
1 cm belacan bakar
1 buah tomato
3 bawang merah
2 bawang putih
1 sudu teh asam jawa+ 1/4 cawan air
1 sudu teh garam.halus
1 sudu teh gula melaka
1/2 biji limau nipis
Minyak
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng semua cili, bawang dan tomato
2. Angkat dan masukkan bahan goreng dan masukkan dalam blender
3.Masukkan juga belacan, air asam jawa,garam dan gula.
4. Blend secara pulse hingga lumat
5.Perahkan limau nipis dan sesuaikan rasanya.


Bahan Sambal Penyet
Patahkan cili supaya bila digoreng nanti tidak
meletup minyak
Goreng cili merah,cili padi,bawang merah dan bawang putih.
Akhir sekali baru gorwng tomato yang sudah diasingkan bijinya.Tomato digoreng akhir sekali kerana tomato akan berair dan nanti minyak mudah percik dan juga minyak akan cepat jadi hitam.Bijinya diasingkan untuk mudahlan proses goreng dan kurangkam air tomato


Blend semua bahan goreng,belacan,garam,gula melaka dan air asam jawa.Perah limau dan sesuaikan rasanya

No comments:

Post a Comment