Friday 22 September 2017

1 MUHARRAM 1439

Salam Jumaat Yang Berkat..
Jarang sekali dapat berpagi Jumaat di rumah..
Hari ini rezeki sebab cuti tahun baru hijrah.
AHLAN WA SAHLAN 1 MUHARRAM 1439 H
Selamat Memyambut Tahun Baru Hijrah untuk semua umat Islam didunia ini..

Haaa...dah masuk Tahun Baru...
Maksudnya umur kita juga bertambah..
Tahukah Anda ...
Tarikh Lahir Anda Dalam Tahun Hijrah..?
Jika nak tahu boleh la  KLICK SINI...
Aku dah cuba..
Kalau kira bulan Islam...
Tarikh lahir aku dah lepas pun...
10 Zulkaedah ....
Haa..nanti boleh sambut birthday 2x setahun..
kikikikkki.....


Kalau kira umur ikut Tahun Hijrah umur kita akan lagi tua sebab bulan hijrah hanya 29 & 30 hari sahaja .
Tahun Masihi ada yang 28...29..30..& 31 haribulannya...

Semalam ustazah berpesan kepada semua supaya membaca Doa Akhir Tahun selepas Asar
dan Doa Awal Tahun selepaa Maghrib..
Ustazah cakap Buku Amalan kita untuk tahun 1438 akan ditutup sbelum maghrib..
Buku Amalan kita yang baru untuk tahun 1439 akan dibuka sebaik sahaja maghrib kerana tarikh 1 Muharram akan bermula sebaik sahaja terbenam matahari  hari terakhir Zulhijjah 1438H

Aku tahu aku bukan makhluk Allah yang baik..
Aku tahu aku bukan umat Rasullullah yang baik..
Aku bukan anak yang  baik sangat..
Aku bukan pelajar yang baik pun.....
Aku juga bukan rakan terbaik..

TAPI ...
AKU SENTIASA BERAZAM UNTUK JADI LEBIH BAIK...


Semoga amalan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita semua..
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua..
Semoga Allah melimpahkan rezeki yang berkat untuk kita semua
Semoga Allah melindungi kita dari segala bencana.
Semoga Allah melindungi tanahair kita
Semoga Allah lebih memberkati hidup kita semua...
Semoga Allah berkati umur kita
Semoga kita semua dimatikam dalam Hasnul Khotimah....
Amiiiinnnn.....

No comments:

Post a Comment