Saturday 16 September 2017

DAGING & HATI

Penghujung Malam Jumaat...
Puas makan Daging Fresh...
Dah 2 minggu Hari Raya Qurban..
Orang gi Haji pun dah ramai yang balik keMalaysia..
Macamana aku tahu...??
Haaa aku tahu sebab YDP PIBG seklolah aku pun gi Haji..
Hari tu sebelum beliau gi haji,beliau ada datang sekolah masa perhimpunan & mohon maaf pada semua serta minta semua doakan kerana beliau akan berangkat menunaikan haji...
Malam tadi lak Solat Hajat PT3 dan SPM sekolah aku..
Ramai yang datang termasuk YDP PIBG En Khairul Hazamy...
Eh..apa lak Encik..
Tuan Haji la...
Tuan Haji Khairul Hazamy ada bagi ucapan lepas Solat Hajat..
Tn Hj wish Gud Luck untuk semua...
Beliau juga ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan dia sepanjang di Mekah...
Sebab tu aku tahu jemaah haji dah balik..
Heeee....

Musim Raya Haji memang puas makan Daging Fresh...
Syukur Alhamdulillah...
Allah mepermurahkan rezeki kita semua..
Hmmm...naper tetiba aku dah macam ustazah..
Huhuhu...sebenarnya lately ni aku rasa insaf sangat...
Sebab dalam minggu ni berlaku peristiwa- peristiwa sedih..
Kemangkatan Sultan Kedah...
Walaupun aku dulahirkan diKL tapi Kedah tu negeri mak aku dan nenek moyangku
Mungkin satu hari nanti Kedah juga akan jadi negeri tempat tinggalku..
Pastu Semalam plak cerita pasal kebakaran  Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah( aku baca kat online) yanv mengorbankan 23 orang ...
Ustazah cakap semakin duni akhir zaman ulamak dan orang yang berilmu akan ramai yang meninggal dan yang jahil semakin ramai di dunia ini..
Huhuhu...takutnya...
Adakah yang jahil itu adalah kita...?
Terasa diri sendiri banyaknya dosa..
Dosa kepada Allah...Dosa kepadasesama manusia...

Kebetulan petang tadi dalam kereta semasa nak gi Solat Hajat...
Dapat dengar ceramah agama dari radio..
Pasal DOSA SESAMA MANUSIA..



Pasal fitnah dan mengumpat
Ustazah tu cakap orang yang mengumpat ialah seperti memakan daging saudaranya yang telah mati..!
Eeeeiiii...
Manakala orang yang menfitnah itu lebih  kejam dari perbuatan sihir...
Ustazah tu cakap dosa orang memfitnah lebih kejam dari sihir kerana jika sihir akan mengambil masa yang lama untuk membinasakan seseorang..
Tapi fitnah hanya dalam beberap minit sahaja akan membinasakan mangsanya...
Aduhh.... takutnyaaa
Masa dengar ceramah rasa insaf sangat..
Dah la nak gi Solat Hajat tu..
Lagi la rasa insaf...


Ustazah Norhafizah tunjuga terangkan ...
PERBEZAAN ANTARA FITNAH DAN MENGUMPAT.
bezanya ialah:

FITNAH ialah mengatakan @ menyebarkan sesuatu perkara atau berita yang tidak dipastikan dan yang sudah dipastikan TIDAK BENAR

MENGUMPAT pula ialah mengata  dan menyebarkan perkara yang memang tidak disenangi oleh orang dikata itu

Marilah kita bersam mendidik hari..
Kerana Rasullulah pernah bersabda..
Dalam tubuh manusia ada seketul daging
Jika baik daging itu,maka baiklah orang itu..
Jika rosak daging itu maka rosaklah semuanya..
SEKETUL DAGING itu ialah HATI..

Sekian wSsalamu....

No comments:

Post a Comment