Friday 1 September 2017

POHON UBI DI SUDUT PAGAR

Pohon  Ubi di Sudut Pagar..
Oh...Sudah semakin membesar...
Kerana dijaga bukan terbiar..
Walau dah petang kelihatan  segar...


Nasib baik nenek yang tanam
Kadang- kadang nenek siram
Kata nenek lagi 6 bulan..
Boleh la h kita rebus dan makan..


Dua bulan kami tinggalkan
Raya Puasa hingga Raya Haji
Nasib baik nenek jagakan
Haraplah penuh isi didalam bumi

 Ini pic bulan Jun hari tu
Sekarang dah hujung Ogos dah
Walaupun tanahnya nampak berbatu..
Pohon ubi berdiri megah

Oh..x sabar nak tunggu ubi
Ubi fresh mestilah sedap rasanya
Cicah sambal tumis...minum pulak kopi
Tapi nak tunggu...mmmm...lamanya...




Seronoknya sesekali bercuti
Nasib baik x jem di lebuhraya
Leka melihat pohon ubi
Xsedar hari sudah senja..

Hanya balik beberapa hari
Itupun sebab Raya Haji..
Nasib baik rezeki Sukan Sea
Hari Isnin diumumkan cutiiiiii....

Rasa best plak berpantun seloka
Walaupun bukan semua aku cipta
Serangkap dua aku boleh la...
Yang selebihnya minta bantuan ibunda

Oklah ....malam dah menjelma...
Lepas mandi...nak keluarkan seterika
Esok dah raya Aidiladha
Moh balik kampung ler kita..

No comments:

Post a Comment