Monday 24 April 2017

KUIH QASIDAH NOSTALGIA

Kuih Qasidah...
Aku kenal kuih ni kerana mak aku dah pernah buat dan aku memang suka walaupun kuih ni agak pelik kerana kuih yang manis dimakan bersama bawang goreng..
Selain daripada rasanya yang unik...
Nama dia juga menarik...
Qasidah...
Setiap kali sebut kuih ni semua orang pun mesti ingat citer P.Ramlee...TIGA ABDUL
Sebab Qasidah tu nama salah sorang anak Saudagar Saddiq Segaraga..
Mesti semua orang ingat nama anak- anak Saddiq Segaraga tu...
Hamidah...
Rashidah..
Qasidah...
JALAN DAHH...!!!!

Hari ni mak aku masak lagi Kuih Qasidah ni...
Kata mak aku ni namanya
Kuih Qasidah Nostalgia...
Kenapa Nostalgia..???
Mmmm ...mak aku cakap sebab ni kuih kategori tradisional..
Mak aku kata Kuih Qasidah ni antara kuih yang selalu dibawa oleh orang kampung nenek ke surau jika ada Tok Guru baca kitab waktu Isra' Mi'raj....
Hari ni kan Hari Isra' Mi'raj...
Oooo....patut la mak aku cakap Kuih Nostalgia !!




Mak aku cakap nenek x suka kuih ni..
Achik pun x suka..
Mak aku cakap dolu mak akubpun x suka..
Tapi kerana manusiabbersifat baharu ..maka segalanya boleh berubah..
Sambil kacau kuih ni sambil tu la mak aku pok pek..pok pek bercerita...
Mmmm...layan jer lah...
Kalau bukan aku yang dengar...
Siapa lagi nak dengar..???
Kikikiki....



Kata mak aku..kanak2 suka la ikut mak2 gi ngaji sebab nanti boleh makan macam2 kuih.
Sebab dolu2 mana ada orang jual kuih bagai..
Kalau nak makan memang kena buat sendiri..
Kalau x tahu..?
Kena belajar..
Mak aku cakap kalau Hari Isra' Mi'raj akan ada Tok Guru Agama yang akan datang kat surau kampung nenek untuk ajar agama yang dipanggil " baca Kitab"
Kata mak aku surau tu juga tempat mak aku ngaji Qur'an..
Bila ada baca kitab ramailah orang dewasa lelaki dan prempuan akan datang dengar.
mak2  akan bawa seorang sepinggan kuih untuk dimakan beramai2 selepas habis baca kitab..
Ada juga yang x buat kuih akan bawa biskut cream creaker jer...ada yang bawa ubi rebus...buah nangka bagai..
Waaaa ....cam best jer..!!!


Kata mak aku lagi Kuih Qasidah ni antara kuih yang mesti ada orang bawa..
Mak aku cakap mungkin sebab kuih ni x banyak bahan nak guna..
Pastu cepat dimasak...x banyak songeh..
&..&... mungkin juga sebab yang gi ngaji tu ramai orang tua dah xde gigi..!!!!
Sambil makan kuih ni pun mak aku tengah feel layan nostalgia tu...
Hahahaha...

Nak buat Kuih Qasidah...
Mak aku cakap kena buat Bawang Goreng dulu..
Sebab nanti nak guna juga minyak bawang tu campur dalam adunan kuihnya...
So...jom la buat Bawang Goreng...
Tapi mak aku buat tau..
Kiter tengok jer...
Sambil dengar mak aku pot pet..pot pet..
Heeeeee....

RESIPI KUIH QASIDAH..mak aku
Bawang Goreng:
10- 15 ulas bawang merah
secubit garam
1 sudu teh tepung gandum
1 cawan minyak


1. Mesti guna bawang merah( shallot)
     x boleh guna bawang  besar( onion)
     Bawang Putih(garlic) pun x sesuai.

2. Kupas bawang merah..Basuh dan hiris nipis.
     Gaul dengan tepung dan garam supaya lebih
      rangup dan sedap

 3. Panaskan minyak dan goreng bawang yangvdahvdigaul tepung dan garam..


4. Bila kuning keemasan terus angkat..toskan


 5. Asingkan minyak dan bawangnya


Kuih Qasidah:
1 cawan tepung gandum
¾ cawan gula
1½ cawan air
¼ cawan air kapur
1 titik warna kuning( jika suka)
¼ sudu teh garan
¼ cawan minyak bawang goreng


 1. Siapkan bahan...


2. Kapur sirih.. Ambil ¼ sudu teh kapur dan bancuh dengan ½ cawan air. Biar hingga kapur mendap dan hanya ambil air yang jernih ¼ cawan.( Bukan ambil air yang putih keruh tu)


3. Bancuh tepung..air kapur...air..garam dan gula hingga larut.. Tapis supaya x bergentil..
( kalau buat kuantiti banyak ..boleh blend jer)


4. Tambah setitis pewarna kuning supaya x nampak pucat sangat..


5. Masak atas api perlahan sambil dikacau sentiasa hingga mula bergentil.


 6. Bila adunan mula berketul dan pekat...tambah ¼ cawan minyak bawang goreng tadi..


 7. Kacau sentiasa hingga kental dan meletu- letup..Anggaran masa kacau 20 minit hingga ½ jam supaya tepung betul2 masak


 8. Kuih yang menjadi akan kental dan tidak melekat didasar kuali .


9. Sapu loyang dengan minyak bawang tadi.


10. Tuangkan adunan yang dah masak dan ratakan dengan senduk @ sudu plastik supaya licin..sapu juga permukaan kuih dengan sikitblagi minyak bawang supaya berkilat


11. Biar sejuk dulu baru tabur bawang goreng.
       Kalau tabur basang masa panas nanti
       bawang goreng akan lemau dan x rangup..




12. Potong kiub atau bentuk diamond...
      Waktu suam2 pun dah boleh potong
      Sebab kuih ni dah dimasak hingga kental

 Tapi rasanya KUIH QASIDAH ...yang mak aku buat kat sini lagi cantik la...


Boleh jer potong bentuk segi 3 macam aku buat ni..x salah pun...
Hahaha....
Ni kuih yang aku makan untuk kali ke 3 hari ni..
Patut la mak aku cakap Kuih Nostalgia..




3 comments: