Sambal Telur Puyuh....Lauk untuk buka puasa pada hari ke-18 Ramadhan
Cam biasa aku dah cakap awal-awal ngan mak aku...buat sambal jangan pedas...x mau sambal cili kering,,,Nak sambal guna cili merah je...dah pandai demand...!!! heeee
SAMBAL TELUR PUYUH
15 biji telur puyuh- rebus sampai masak
4 cili merah
1 bawang besar
minyak masak
garam,sikit gula & sikit daun sup
1. Blend cili merah & bawang besar.
2. Panaskan minyak & goreng telur puyuh yang telah direbus & dibuang kulit.
3. Dalam minyak yang sama,tumis cili blend,
4. Tambah garam & sikit gula & biar naik minyak.
5.Masukkan telur puyuh & tabur daun sup..siap
Kali yang ke berapa entah minum Air Teh O Ais .....
Ikan Pari dimasak Lemak Cili APi,,,,,Lauk untuk abang....Satu-satunya ikan laut yang abang makan....Ikan Pari...Satu lagi ikan yang abang makan ialah ikan air tawar iaitu ikan talapia...Hanya 2 ikan tu yang abang makan,,,lain..abang hanya akan makan ayam & daging..memilih...!!!!!
IKAN PAR MASK LEMAK CILI API
4 keping kecil ikan pari
1 asam keping
sikit garam & gula
1kotak santan
2 biji kentang-potong 4
1 serai- ketuk
Bahan tumbuk:
5 cili api
1 ketul kecik kunyit
1. Masukkan bahan tumbuk & sikit air dalam periuk & masukkan sekali ikan pari yang dah dicuci bersih.
2. Masukkan santan,garam,sikit gula,kentang & serai ketuk .Biar sampai mendidih
3.Sebelum angkat baru masukkan asam keping & rasa asam garamnya sebelum angkat..siap
Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
- namakucella
- Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment