Tuesday, 23 March 2021

BAWA BEKAL PULUT KUKUS IKAN PEKASAM

 

Pulut kukus+ kelapa parut putih gaul sikit garam.Gu pulak dengan  ikan pekasam goreng garing .Lawankan dengan kopi O kaw...

Itulah bekal saya ke tempat kerja hari ni.Saya dan pulut tidak boleh lama terpisah.Pasti terindu- rindu.Selang beberapa hari kalau tak bertemu..jiwa jadi tak tentu..hihihi...


Tak syok makan pulut kalau sorang- sorang...Ajak Shifa,che mek Klate  ni join sekali.Selera kami banyak persamaan...Dia cakap dia bawa bekal juga tapi pulut kukus ikan pekasam & kopi O ni dia tak mampu tolak..hihihi


 

Banyak juga saya bawa.Tak habis nak makan berdua dengan Shifa.Tinggu juga kot Pn Isma naik kayangan ni.Nak ajak dia sekali.Sudahnya,ajak 2 orang cleaner yang bertugas tingkat atas kayangan ni join.Alhamdulillah,jadi little kenduri  la juga..Cuaca gerimis pula di luar sana..Menambahkan asikkkk 


Monday, 22 March 2021

BEBOLA KELEDEK GORENG MEMORI CAMERON HIGLANDS


Bebola keledek gorwng ala Cameron Higlands..
Hihihi...sekadar mengenang kali terakhir bercuti di Pangkor & balik tu Achik belanja pula sambung cuti kat Cameron Higlands bulan Disember 2019.
Mac 2020 start PKP  sampai la sekarang dah setahun dah tak kemana-mana kecuali sempat balik kampung 2 kali..Raya Haji & awal tahun hari tu sebelum PKP 2.0
Sempat la jenjalan sekejap ke Trengganu sesambil hantar Cella hari tu.Itupun sambil menyelam jer dapat la minum air sikit..Hihihi

Bebola Keledek Goreng Ala Cameron Higlands ni  dulu- dulu selalu sahaja buat.Bila cari dalam old post ada sahaja pernah dimasukkan dalamnpost  Tapi dulu buat  sebagai CEKODOK KELEDEK.


Sejak makan sweet potato balls kat Cameron Higland tu rasa sedap dia lain macam.Kalau biasa saya buat cekodok keledek guna tepung gandum & sikit yis mauripan.Tapi masa makan kat Cameron Higlands tu rasa dia sedikit kenyal.Guna tepung gandum rasa dia macam kuih keria,tapi kalau terlebih tepung ,kuih jadi keras & kurang sedap.Pernah try & error guna tepung ubi,hasilnya boleh tahan tapi macam liat sikit.Bila guna tepung pulut,baru kenyal yang sedap.Masa panas garing diluar & lembut didalam.Bila dah sejuk pun masih lembut.Kalau terlebih tepung pun rasa dia masih ok.Sebab dah pernah buat & sukat bahan,saya c&p dari old post BEBOLA KELEDEK MANIS ...kat sini


BEBOLA KELEDEK MANIS
5ketul ubi keledek manis - rebus empuk
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan ( jika suka)
Minyak untuk goreng

1. Rebus/kukus keledek manis hingga lembut
2. Kupas kulit & lenyek semasa masih panas & kemudian biar sejuk
3.Setelah sejuk baru gaul garam, gula & telung pulut. Jika lembik tambah tepung pulut. Jika keras + sikit air.
4. Gentel-gentelkan sebesar fishball.
5. Gentel hingga habis semuanya. Jikan suka  salut bijan, boleh golekkan atas bijan
6.Panaskan minyak banyak & goreng bebola sambil dibalik-balikkan
7. Angkat & toskan atas kitchen towel

**Tips..
Lenyek ubi masa masih panas kerana lebih mudah lenyek. TETAPI jngan masukkan tepung masa ubi lenyek masih panas kerana nanti dough akan mudah lembik & akan guna banyak tepung & kuih kurang sedap. Sebaliknya ,masukkan tepung setelah adunan ubi lenyek sejuk

Tips ini juga valid untuk Kuih Keria & Cucur Badak yang menggunakan keledek rebus. 


Keledek ni saya tak rebus,sebaliknya masa saya kupas kulit & potong kasar.Masa tanak nasi,bila nasi dah nak kering ,saya letak sahaja atas nasi & bila nasi masak,keledek pun masak.Sebab tu nampak ada beberapa biji nasi pada keledek tu.Hihihi
Sebaiknya guna keledek Jepun yang kulit merah & isi kuning.Tapi saya pernah sahaja buat guna keledek ungu.Pun sedap & warna menarik

Lenyek sementara masih panas.Lenyek panas-panas lebih mudah sebab keledek lembut.

Kemudian,campurkan sikit garam & sikit gula ( jika nak extra manis).Campur tepung setelah keledek lenyek sejuk.Kalau campur masa keledek panas,tepung akan masak.Nak kena tambah banyak tepung sebab lembik.


Uli sebati hingga jadi doh yang boleh dibentuk


Bulat- bulatkan sebesar fishballs



Buat bebola hingga adunan habis

Saiz boleh adjust ikut suka.


Kemudian goreng dalam minyak yang banyak .Selalu kacau supaya warna perang sekata

Angkat & toskan

Kuih akan kembung bulat cantik.Kulitnya rangup masa panas & bila sejuk lembut kenyal


Kalau untuk sarapan & bekal anak- anak sekolah ,ibu- ibu boleh cucuk pada lidi macam sate.Mudah anak nak makan & nampak lah modern sikit.Hihihi

Saya suka sangat tekstur kuih ni.(Sebenarnya jarang saya tak suka kalau namanya maknan)Hihihi

Sesuai untuk hidangan minum petang,bekal anak sekolah & jamuan kecil.




Sunday, 21 March 2021

BUBUR MERAH PUTIH

Saya buka Javanese..

Tapi hari ini saya masak Bubur Merah Putih


Bubur ini ada kenangannya sama saya.Tapi saya masak bukan atas kenangan.Sebaliknya masak atas keinginan untuk makan.Ada yang masak guna beras biasa.Tapi saya guna pulut untuk lebih pekat melekit.

BUBUR MERAH PUTIH
2 cawan beras pulut
1 kotak santan
2 keping gula nisan/ gula melaka
1 sudu teh garam
1 helai pandan

1. Bersihkan pulut & rebus bersama 3 cawan air  & pandan hingga mendidih.
2. Sementara itu jerang juga air panas untuk tambahan nanti.
3. Sesekali kacau pulut supaya tidak hangus.
4.Bila air mengering ,tambah air panas anggara 1 cawan & terus masak lagi hingga pekat.Sentiasa tambah air panas jika air mengering .Kacau dengan kerap untuk dapatkan bubur yang pekat
5. Bila sudah cukup hancur & pekat asingkan separuh kedalam periuk lain.
6. Masukkan gula melaka dalam 1 bahagian & masak hingga gula larut 
7. 1 bahagian lagi dimasukkan santan & garam & masak hingga mendidih semula & pekat
8. Hidangkan dengan memasukkan bubur merah manis ke dalam mangkuk & sendukkan bubur putih lemak ditengahnya.

Asalnya nak masak sikit sahaja.Tapi sebab dah terbiasa tamak..Penuh periuk jadinya..hihihi


Sebahagian dimasukkan gula melaka

Sebahagian lagi masukkan santan & garam.

Kacau & masak lagi hingga sebati & mendidih

Hidangkan bubur merah manis dalam mangkuk.Sendukkan bubur putih ditengah 

Saya makan dengan menceduk bubur merah & putih .Ada yang suka mengacau sebati merah & putih sebelum makan.Sebenarnya,saya pun tak tau cara makan yang sebenar..hihihi


Bila dah petang,saya campur dah semua putih & merah dalam 1 periuk.
Dah jadi bubur manis macam kheer iaitu sejenis  dessert Timur Tengah..Tapi kalau kheer ada dicampur kismis & kacanh  pistacio.
Kalau dikampung saya,masakan ni dimasak musim menuai padi.Beras daripada padi yang baharu dituai sangat harum,memang melekit & cantik serta sedap masak bubur ni.Ada yang buat kenduri padi baharu berupa hidangan nasi & lauk pauk.Ada juga yang  kurang bajet akan buat kenduri berupa bubur macam ni.Tapi tidaklah diasingkan merah putihnya.Sebaliknya dimasak bubur putih tanpa gula melaka.Hanya guna gula pasir,garam & santannya dicampur bersama...Semakin usia meningkat,semakin rindu kenangan lalu...kerana semakin jauh kenangan ditinggalkan.Sebaliknya,masa untuk ke akhirat yang semakin hari semakin dekat..