Jumaat saya halfday....sebab nak balik kampung naik bas.Nasib baik big bos luluskan bila bagitau terpaksa keluar awal sebab tiket bas 10.45 pagi @ TBS.Plan asal nak balik Jumaat malam tapi lupa pulak long weekend sempena Deepavali,maka tiket banyak sold out.Yang tinggal tiket pagi .Itupun hanya tinggal tiket bas MARA ...Jarang nak ambil tiket Bas MARA ni sebab sempit dan tak berapa selesa..Balik Jumaat pagi pun jalan dah mula sesak..Minggu lepas balik dari Kedah-TBS hanya 5jam ++..Gerak pukjl 10.15 malam...pukul 3.30 pagi dah sampai TBS.Kali ni ...tiket pukul 10.45pagi..Pukul 11.00 baru bas sampai sebab long Q @ TBS...Dalam bas saya bantai lenaaaaaaa sampai bas singgah Bukit Gantang untuk makan dan toilet..
Akhirnya perjalanan gang biasa 5-6 jam manjadi 9 jam dek musim perayaan Deepavali.Sampai Pendang pukul 8 malam.Sabtu hanya masak dan makan serta wajib lah petang memancing🤭.Masa memancing tu la Achik ajak pi Padang Besar esoknya tu..
Haaaa...kan dah cakap setiap bulan wajib pi Padang Besar...Mak dah sebulan tak pi Padang Besar dia dah tak boleh duduk.Sib baik Achik memang melayan ja...Makanya Ahad tu Hari Cuti Deepavali....pukul 8.30 pagi bergeraklah kami 5 beranak ke Padang Besar naik kereta baru Achik...hehehe..Cella excited dapat drive
Bukan nak shoping apapun..Lebih kepada nak makan kat tempat biasa tu ja kerana mak suka sangat makanan kat situ...
Kami sampai dalam pujul 10.00 pagi memang kedai kedai kat bazar tu baru dok buka pintu & susun barang...Restoran Border Kitchen pilihan tu pun baru je buka & kami 1st customer....
Kali ni kami ronda arked belah kiri bersebelahan arked lama...










Masa cuti macam ni memang sesuai untuk keluar makan santai bersama keluarga. Tak perlu tergesa-gesa, boleh menikmati hidangan sambil bersembang. Momen sederhana macam ni pun boleh jadi kenangan manis.
ReplyDeleteBuah salak siam tu kami panggil buah kumbar (sebut kumbar/kumbaq). Dekat kampung ada pokok ni time Sy kecik dulu.
ReplyDeleteSeronoklah mak dapat makan dan jalan-jalan di Big Field tu 😁
Nantilah saya try makan di Border Kitchen tu. Kalau ke Padang Besar biasanya sebab nak isi minyak di Petronas, yang dekat rumah ni cuma ada Buroq Oil.
ReplyDeleteBestnya kak, dapat balik kampung selalu, makanan tu pun nampak sedap betul semuanya. Pastu kan kalau dh ada tempat boleh supink memang wajib la jenguk2 kan
ReplyDelete