My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Sunday, 29 November 2026

AJK JAMUAN!

 Antara bidang kerja yang saya suka dan seronok nak buat kerja...jadi AJK jamuan..Setahun ++ di tempat kerja sekarang ni...ada beberapa kali saya diberi tanggungjawab jadi ketua jamuan ni.Paling besar setakat ni masa DELIGASI INDONESIA ...

Agaknya sebab saya ni suka makanan kot...Kali ni saya masih diberi kepercayaan untuk mengetuai AJK Jamuan lagi...hihihi

Saya tidak berseorangan ..tapi dibantu Maza & Syaza..

Cuma kali ni majlis dalaman sahaja..Hanya beberapa orang vip .Yang lainnya kami kami sahaja.



Vip beberapa orang sahaja...
Kena setting sarapan untuk depa.
Cawan,piring,pinggan bagai memang dah ada.
Cuma nak pastikan bersih dan susun je atas meja..





Eh,saja nak habaq kopi O tu saya bancuh dari rumah.Kopi Cap Gantang special dari Kedah..Selain kopi O tu ,seperti biasa teh panas disediakan oleh Bayu...
Jaga perut depa agar kenyang...semoga mahlis berjalan lancar..hehehe



Meni srapan depa ngan kami semua staf sama sahaja...
***Nasi Lemak Bungkus Lauk  Bilis & Kerang
***Kuih Manis- Apam Staraberry Coklat
***Kuih Pedas- Ketayap Ayam
**Teh & Kopi serta Air Mineral
*** Lain- lain tu saya sengaja tambah sendiri..Saya beli karipap 3 segi inti saedin..Kuih Lapis  Merah Putih untuk meriahkan suasana..hihihi


uma vip ada la tambah tambah sikit side dia kan...hihihi


Nasi Lemak Bilis & Kerang ni bau sedap betul.Portion besar memang kenyang sampai oetang kot...hihihi..
Patutlah  masa mengemas  kebanyakan vip tu makan separuh sahaja nasi lemaknya.Lain kali kena order yang portion kecik sikit kan..Baru sesuai untuk majlis.Tapi saya tidak la makan pun.Biasa la kan,bila kita menghadap makanan jadi tak lalu dah nak makan...Tapi balik rumah boleh lapar...adoiii!


Untuk kami semua staf pun main dish sarapan ni sama...Nasi Lemak Bungkus Bilis & Kerang..


Masyaa Allah....cantik memukau!
Untuk staf ambil sendiri la yer....hihihi


Comel betul packagingnya....
Apam Inti Coklat..(cuma intinya manis sangat mungkin guna cooking chocolate) Tapi sweet warna nya kan!
Ketayap Ayam( inti macam inti karipap)
Ramai cakap sedap..Saya mencuba & betul sedap rasa macam makan lempeng lembut dengan inti karipap..
Yang hinau tu daun pisang yer...dia balut ketayap tu dengan  selembar daun pisang ..auto nampak lain kan...
Yang menarik tu siap ada ribbon 🎀 tu me jadikan lebih berseri..
Cer teka harganya...?
Heeee...baca sampai habis dulu..!
🤭🤭🤭

Semua makanan sah
ya hanya uruskan  sahaja makanan ya g dah dihantar by Lala move...tapi dipesan oleh En Faiz dari kenalannya.Saya tak pasti sama ada kernaan kenalan atau memang harga macam tu...Sangat berbaloi kan?
Berapa harga?
Cakap la cepat...ishhhh...!!
RM2.00
Nasi Lemak tu pun hanya RM3.00(kat mana dia untung)
Sangat berbaloi kan?
Ni kalau ada event lagi nak minta En Faiz order dari suplier ni lagi lah...!!


Lunch pulak ....
Pun En Faiz yang order..Harga tak ingat tapi belasan la sekepala,.
Alaaa..gambar nasi beryaninya saya lupa snap sebab dalam tong flask tu...Minuman ya air siren( sirap+oren)

Haaaa....jadi AJK Jamuan ni...penatnya bab nak mengemas la....hihihi..

Cuma ...saya ni tak pandai peraturan dan susunan betul tentang meja dan makanan..Main belasah je...ikut suka hati.
Kalau majlis kecik² dan kita-kita je macam ni boleh la  hentam kormo jer ..saya teringin nak attance kursus yang berkaitan  tabble setting & atiquette..tapi tak tau laluannya....


4 comments:

  1. Sy sokong Mak Cella jadi AJK jamuan haha ... Org cekap di dapoq mmg sesuai urus bab makan ni :D

    Macam tak percaya kuih tu RM2 ja kan. Letak reben tu auto nampak premium dan mahal

    ReplyDelete
  2. Jadi AJK jamuan ni nampak seronok, tapi banyak benda kena fikir sebenarnya! 😂 Daripada memilih menu, mengurus tempahan hinggalah memastikan semua orang cukup makan. Kalau semua bekerjasama, ringanlah sikit tugas tu.

    ReplyDelete
  3. Tahniah AJK Jamuan kerana berjaya mengatur semua dengan jayanya. Nampak cantik bekas makanan disusun rapi siap reben comel.

    ReplyDelete
  4. Seronok juga bila dapat terlibat dalam AJK jamuan, walaupun banyak kerja di sebalik tabir. Bila semua makanan dah siap dan tetamu dapat makan dengan puas, hilanglah penat tu. Cantiknya packing kuih tu siap bereben.

    ReplyDelete