My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Monday, 28 September 2026

PERNAH MAKAN ULAM BUAH KELADAN?

Ada yang kenal ini apa?
Katanya dari hutan Pahang ni..
Ni ialah ulam buah keladan
Haaa...saya pun baru setahun dua kebelakangan ni jer baru kenal dengan ulam buah keladan ni..




Saya beli kat Tik Tok....
Dah lama teringin nak rasa ulam rare ni.
Hari tu pernah nampak kat Majalah3
Pastu asyik lalu lalang kat wall TT...
Nak order rasa teragak-agak takut rosak sebab ni kan ulam segar..
Dah beberapa hari order,semalam petang sampai.Balik kerja nampak ada 4 parcel,hati tertanya apa benda yang aku order ni?
Sejak dah reti order barang dari TT ni,hari-hari ada parcel sampai...Sampai dah kena leter dengan anak-anak...Putaran roda kan...dulu kita berleter kat anak....Now kena la terima,anak pula berleter kat mak..
Tapi mak kan order barang-barang keperluan,bukannya barang keinginan...(cara nak kurangkan dosa membeli)🤣🤭


Bila buka salah satu parcel ya g paling ringan...rupanya ni ha.....buah keladan 
Dah lupa ada order buah keladan ni...hihihi




Rupa macam bunga kan?
Tapi sebenarnya ini ialah sejenis buah pokok balak yang katanya hanya terdapat dihutan tertentu terutama di hutan Pahang dan Kelantan


Ni info yang saya dapat daripada chatgpt:

Nama saintifiknya Dryobalanops oblongifolia, sejenis pokok hutan daripada keluarga Dipterocarpaceae. FRIM memang menyatakan buah keladan berbentuk bulat dan mempunyai lima sayap pendek, dan bahagian yang gugur serta mengembang itulah yang orang tempatan kenali sebagai ulam keladan / bunga keladan. �
Frim +1
Yang menariknya, gambar awak memang sepadan dengan rupa yang biasa dijual sebagai ulam:
🌸 warna boleh jadi hijau, kuning, merah jambu hingga perang
🌱 apabila buah matang/gugur, bahagian bersayapnya terbuka dan mengembang
🥗 boleh dimakan sebagai ulam; ada yang makan mentah bersama sambal
😋 rasanya dilaporkan rangup, sedikit pahit dan kelat, dengan rasa agak lemak. �
Roziah Muhammad Nor +1
Ia juga nampaknya memang ulam tradisional yang agak sinonim dengan Pahang, terutama kawasan seperti Jerantut, Lipis dan Temerloh. �
Roziah Muhammad Nor
Jadi bukan buah biasa macam buah-buahan yang dimakan isi ya — yang orang makan itu lebih kepada bahagian buah muda/struktur buah yang mengembang tersebut sebagai ulam.

Kalau yang nak tahu lebih lanjut boleh  jer search kat TT ...Ni ada saya share salah satu TT tentang buah keladan ni...
Saya suka share kalau ada benda benda rare supaya orang lain juga dapat tahu...Cuma kena terima bahawa tak semua orang suka.Contohnya macam kat tempat kerja sekarang ni,ramai orang muda.Depa tak berminat.Pernah saya bawa beberapa jenis makanan rare macam buah perah,buah keranji,buah jentik dan beberapa jenis makanan rare yang lain...mereka memang tidak berminat untuk rasa dan ambil tahu.Tapi,saya tetap juga bawa jika ada apa-apa barang atau makanan rare yang saya dapat/jumpa.Pada saya,sekurang-kurangnya mereka pernah tengok dan pernah dengar nama tu..Siapa tahu,akan datang nanti mereka perlukan info tersebut...kan...?
Yang penting,saya suka berkongsi info dan ilmu yang saya rasakan ilmu yang baik...hehehe



Ni ulam buah keladan yang dah kembang .Yang saya dapat memang dah kembang macam ni..Cuma saya  basuh bersih dan buang sisa sisa selaput kulit buah.Kemudian saya rendam air  sejuk untuk lebih segar dan rangup.
Lain kali mungkin saya nak cuba beli whole buah keladan & cuba rendam sendiri untuk tengok proses buah ni kembang dari sebiji buah menjadi kelopak cantik pink hijau macam ni...


Dari info,katanya ulam buah keladan sedap dimakan dengan sambal tempoyak manis..
Ya,saya terus tumbuk cili padi bersam sikit garam dan sejemput ikan bilis.Kemudian perah limau kasturi.Kebetulan ada isi durian frozen ..saya anggap la tempoyak manis yer!
Hehehe



Ada yang pernah makan ke ulam rare ni?
Nak tanya juga  Adinda AFZAN..... kat Kuantan sana...
Juga Adinda CIE... kat Lipis?
Koi pernah makan tak?

🤭



Nak makan ulaman macam ni lebih sesuai lelauk kering je...
Walau dah masak ayam kicap untuk isi rumah ni...tapi dek nak feel ulam keladan...
Saya gorengkan ikan bilis cili bawang & telur mata & renjis sikit kicap....



Sungguh...lauk ni jahat....hahaha
Saya menikmati  menu simple ini dengan penuh nikmat...
Rasa ulam buah keladan?
Benar seperti review kebanyakan orang...
Rasanya   90% mirip ulam pucuk gajus.. Ada  sedikit kelat tapi bau macam puvuk gajus..Tapi lebih feel sebab ada sekelumit rasa verle.ak & temstur yang rapuh  rangup ..
SAYA SUKA!!!
Kalau jumpa lagi ulam ni akan beli lagi...
Cuma katanya buah ni bermusim..
Baki selebihnya saya simpan dalam peti ais...
KESALAHAN!!!
 rupanya kalau simpan dalam peti ais kerana ulam ni akan jadi lebam dan gelap...
Rupanya cara simpan yang betu:
Rendam ja dalam air biasa & setiap hari gantikan air baru....
Tapi saya tak pasti berapa lama ia bertahan ...
Mungkin sekitar seminggu  mungkin lebih tapi tak pasti jangka hayat sebenarnya...Jika ada yang mempunyao info,boleh sharw



 

No comments:

Post a Comment