Kuih baulu ni ialah antara kuih nostalgia yang masih valid hingga kini.Malah,tidak keterlaluan jika dikatakan kuih baulu ni berdaya saing kerana daripada kuih yang hanya dikenlai masa musim perayaan,kini telah menjadi antara kuih kudapan yang boleh didapati setiap hari.Malah ramai usahawan kecil menjadikan kuih baulu sebgai sumber pendapatan harian..Ada yang dah di kotemporarikan dengan menambah perisa pandan,strawberry,mocca,cappucino dll.Juga ditambah inti coklat dan jem juga.
Namun bagi orang lama macam saya,pastinya tetap dengan citarasa lama lebih menyukai baulu asli plain.
Saya sempat melalui pengalaman "menimbok" telur dalam pasu dengan penimbuk macam spring berhulu.Timbok dari pagi hingga tengahari nak kasih telur dan gula sebati dan ringan menjadi buih kental sebelum dicampur tepung gandum.Telur WAJIB la telur itik.Kata mak kalau telur itik kuih baulu lebih sedap dan menjadi berbanding telur ayam.Tepung pula wajib disangai hingga panas dan diayak.Dah sejuk baru campur dalam adunan telur.Itupun bukan campir sekali gus...Adunan telur akan dicedok beberapa senduk masukkan dalam mangkuk atau besen kecil dan dicampur tepung sangai tadi untuk dapatkan adunan yang konsistensi Acuan baulu pula,mak hanya guna dua jenis iaitu acuan ikan 3 ekor atau acuan bentuk buah gelugur..Acuan tembaga besi tu turun temurun dari nenek moyang..Sekampung menggunakan acuan yang sama...Sapa nak buat kena tunggu turn..Kadang nak buat baulu jenuh bertanya rumah ke rumah,siapa yang simpan acuannya...hihihi
Tapi itulah antara cara orang dulu mengeratkan hubungan..Bukan hanya acuan baulu,acuan kuih lain pun sama..Hinggakan penyukat beras seperti cupak,gantang dan tin sukat padi pun hanya itulah satu set kepunyaan tokwan yang digunakan oleh seluruh warga kampung..Belum Agaknya juga itulah dulu dulu orang kampung sangat rapat antara satu sama lain..Kang kalau gaduh-gaduh kang...macamana nak pinjam cupak,gantang acuan kuih bagai...kang tak bersukat beras,tak beracuan kuih baulu!!🤭🤣🤣🤣🤣
Saya gemar makan kuih baulu tanpa cicah minuman.Saya lebih suka gigit kuih dan terus minum air..biar kuih kenbang dalam mulut..🤭
Semoga kuih warisan yang satu ini kekal hingga generasi anak cucu seterusnya...!!






terbayang sedapnya kuih bahulu cicah air susu. Masa saya sekolah dulu, menjual kuih baulu. lepas sahur, kami adik beradik bergilir la pukul telur dan gula untuk buat bahulu tu.
ReplyDeletePernah tolong mak buat bahulu masa kecik. Bakar guna sabut kelapa.
ReplyDeleteBaulu asli memang ada aura nostalgia tersendiri 😍 Walaupun sekarang macam-macam perisa moden muncul, yang plain panas-panas dengan kopi atau teh tetap susah nak lawan. ☕️
ReplyDeleteSy pun ada pengalaman timbok teloq itik. Lenguh tangan tapi sanggup buat sebab nak makan bahulu punya pasal. Lagipun zaman tu time Raya ja dapat makan kuih² gini. Paling syok time cungkil bahulu tu dari sarang/acuan guna lidi nyioq. Hat elok simpan, hat tak berapq elok tu la habuan Kita makan 😁
ReplyDeletememang gu dia ni kak... bahulu manis kopi o pahit mmg ngam
ReplyDelete