Tuesday, 11 August 2026

IKAN BAUNG MATI SEKOLAM...

Pagi ini,kat tempat kerja,kami dikejutkan dengan berita sekolam ikan baung mati..Ikan baung ini bukan hasil ternakan saya tapi hasil ternakan Bayu dan Namota.Saya masih lagi dipertanggungjawabkan di Laman Habiscus bersama Shidah..Begitu juga yang lain ada kawasan sendiri yang dipertanggungjawabkan termasuklah ,tanaman cili,kangkung dan juga ternakan

Ikan-ikan baung ni menurut Namota berumur sekitar 4 bulan.Dah beratus ringgit melabur untuk makanan sahaja..
Asalnya pagi tadi saya dah lalu tepinkolam tu tapi tak perasan pulak ikan ikan tu mati.Mungkin sebab saya tak toleh kiri kanan dan dalam masa sama saya jalan laju nak kejar masa.Saya plan hari ni nak grounding dalam 1 jam hari ni.Kebetulan jiwa tengah serabut dan tidak gembira.Rasa rindu nak pijak bumi dsn rumput yang masih dibasahi embun untuk menyalirkan rasa negatif ke bumi dan dalam masa sama untuk mengembalikan aura positif.

Lepas grounding tetiba nampak dalam group ...beritahu sekolam baung sudah tidak bernyawa .Air kolam berbuih..ikan ikan ada yang terapung dan kebanyakan tenggelam ke dasar
Ada yang mengandaikan itu dan ini..Tapi Bayu cool sahaja menacari punca & katanya paip filter untuk air masuk  tercabut...Makanya air tapis dah keluar tapi air yang masuk adalah air berklorin kerana filter tercabut..


Melihat sususan bangkai ikan baung yang menunggu masa untuk sesuai dituai..rasa insaf dan sayu.Saya yang memandang rasa begitu,apatah lagi mereka yang setiap hari memberi makan dan menguruskan kolah ikan baung ni.Walau tidak menguruskan kolam ni..tapi kolam ni antara terapi saya setiap hari...Melihat baung berenang  bernaung dibawah kumpulan pokok kiambang sangat mendamaikan..




Kini kolam baung dah tidak berolak lagi....Hanya tinggal kolam puyu menanti masa untuk dituai...Semoga Allah gantikan dengan hikmah ...





 

6 comments:

  1. sayangnya sekolam pulak tu semua mati.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah ganti yg lebih baik. Tumpang sedih juga tengok bangkai ikan² tu :(

    ReplyDelete
  3. Aduhla sayangnya ye kak... ingatkan ikan baung ni boleh hidup kat mana-mana kolam. Kiranya fragile jugak la ye dia.

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar....Moga Allah gantikan dengan lebih baik...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    Hai Mama Cella. Fuhhh lamanya saya tak singgah sihat. Apa khabar? Harap sihat walafiat.

    Allahuakbar..sayangnya ikan baung mati sekolam tu. Mahal ikan baung ni. Dengan modal makanannya lagi kan.

    Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. InsyaAllah..Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Sedihnya bila dengar kes ikan baung mati mengejut macam ni. Dugaan betul menternak, rugi masa & kos kan. Apapun, harap grounding tadi dapat tenangkan fikiran ya

    ReplyDelete