Alhamdulillah,tahun ni masih Allah kurniakan rezeki dan kesempatan untuk melakukan ibadah qurban..Asalnya plan nak buat sembelihan ni hari raya ke 2 iaitu 11 Zulhijjah.
Tapi akhirnya semua bertujuh sepakat nak buat 10 Zulhijjah selapas solat sunat hari
raya..
Lepas besama menikmati JUADAH RAYA...kat sini kaum lelaki kebanyakan bergerak ke tempat qurban.
Kat kampung ada dua penternak lembu yang menyediakan service sembelihan dan lapah serta pembahagian 7 bahagian hingga siap.Penternak A dah lama buat service ni dan katanya hari tu ada 13 ekor dikorbankan.Bukan lah semua orang kampung punya sebab kampung kami bukan besar mana pun,tapi katanya juga dari kampung lain datang.. Mak pilih perternak B yang baru berjinak mengusahakan perternakan dan sembelihan lembu.Tidak pasti berapa ekor diqurbankan kat situ .Ya Yang pasti salah seekor tu ada bahagian kami.Alhamdulillah,dimudahkan urusan mereka dan kami juga..
l
Ni turn lembu qurban kami...Kata Haikal & Cella ,masa depa sampai kat tempat sembelihan,lembu ni dah ditumbangkan...Tak sempat ambil gambar penuh lembu berdiri..
Saya & Achik tak ikut pun..Kami kat rumah melayani tetamu.
Dalam plastik biru tu ada bahagian tulang dan organ lain..
Selepas timbang dan asingkan 1/3...bahagian lain ditimbang dan dibungkus untik disedekahkan kepada jiran tetangga dan saudara .
Sesambil timbang tu sambil merwbua vear box biat sup.Nanti dah selesai timbang...dah boleh menghirup sup panas
Antara daging qurban untuk diagihkan kepada penerima..Sebahagian dah diedarkan di tempat sembelihan.Semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah s w.t...in shaa Allah..









No comments:
Post a Comment