Sunday, 9 November 2025

TERUNG,BILIS & PETAI BERLADO



Terung,Bilis & Petai Berlado...Masih lagi dengan terung....selagi pokok terung tu berbuah kerana terung adalah antara sayuran(ke buahan?) yang saya suka.

masak lag apapun ...saya suka ja rasa terung..Apa juga jenis terung .Terung panjang ubgu,terung panjang hijau,terung bulat ungu,terung siam,terung pipit,terung dayak yang masam tu semua saya suka...Cuma ada sejenis lagi terung yang saya rindukan...tapi dah tak jumpa sekarang...iaitu TERUNG BULU atau dinkampung kami panggil TERUNG SANTUT..buah terungnya sebesar limau kasturi...buahnya berbulu tajam..rasanya masam seakan terung dayak tetapi lebih lembut.Sedap dicampur dalam sambal belacan atau dibuat air asam picit cicah ulam rebus...Emmmm,mana nak cari terung asam bulu tu?







Sebulan dua ni dah berkilo makan terung..Terung sambal,terung kari,twrung tumis,terung kicap,terung bakar,terung rebus hingga lah terung goreng


Ni semalam punya lauk .Tengahari makan kenduri...tapi anak jantan tu tak ikut oun
Lauk ni juga merangkap makan malam bersama telur masak kicap.
Untuk vide.Untuk reaipi dan cara masak boleh tonton video  masak TERUNG,BILIS & PETAINBERLADO kat saluran youtube saya iaitu 



13 comments:

  1. Teruja nak tengok rupa terung santut.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar terung santut.
    Sy pun suka terung, masak la apa pun 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terung santut tu terung bulu..boleh googlle..mungkin twmpatblain oanggilannya lain

      Delete
  3. Banyak jenis terung ni sebenarnya. Bulat, panjang. Macam2 ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...ada juga terung panjang yg warnanya bukan ungu tapi hitam

      Delete
  4. Wak kalau makan menu ni kena asingkan isi petai tu sebab tak makan petai, tapi suka terung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung Wak tak makan petai....boleh jual🤣

      Delete
  5. Subhanallah.. sdpnya lahai.. kat mn rmh umi cella ni? Nk tumpang mkn.. 😁

    ReplyDelete
  6. uishh... sedap.. sedap.. tambah petai pulak tu.

    ReplyDelete