Dah lebih sebulan membiarkan blog ni sepi tanpa berita.
Pastinya sayang nak tinggalkan blog ni...Lepas ni akan cuba mencuri masa untuk update..In shaa Allah
Semalam 15 Oktober 2024 hari ulangtahun mak yang ke 77.
Itu menurut tarikh pada Mykad mak la..Tarikh sebenar tidaklah tepat tapi tahun kelahiran 1947 tu kata mak mungkin betul dah sebab kata mak masa Merdeka 1957 tu mak dalam lingkungan umur 10-12 tahun.Maka kita ikutlah haribulan tu dalam mykad...
Tak pernah pun buat kejutan hari lahir mak sebelum ni..Paling pun minta anak anak order fastfood guna rider ja..Selalunya Achik la yang banyak buat sambutan hari jadi mak bersama pakcik Haikal & Aqil..Bukan saja hari jadi setahun sekali..Malah setiap hari pun memang Achik yang jaga makan pakai mak bagai...Semoga Allah ganjarkan pahala melimpah buat Achik sebagai pemberat Al Mizan kelak kerana banyak menggalas tanggungjawab yang sepatutnya diagih bersama kami 4 beradik.
Untuk mak..semoga Allah panjangkan umur yang barokah,kurniakan kesihatan untuk beribadat,limpahkan rezeki yang berkat serta Allah rahmati mak di dunia hingga akhirat..Amiinn
Alhamdulillah..happynya dapat gembirakan seorang ibu :)
ReplyDeleterindu akak............
ReplyDeleteselamat hari lahir makcik,lama tak baca khabar makcik..moga sentiasa sihat,panjang umur
happy bday to ur mom...semoga sentiasa sihat...aamiin
ReplyDeletehappy birthday makcik. semoga sihat selalu & dipanjangkan usia.
ReplyDeleteSelamat hari lahir, makcik. Semoga sentiasa berbahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteAmboi, sebulan ponteng blog ya.
Sanah helwah emak.
ReplyDeleteMoga sihat selalu dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Happy birthday makcik. Moga terus sihat ye.
ReplyDeleteSebaya dengan atok ni. Tahun 1947.
Kita pon dah dekat 2 bulan tak buat entry baru.
Ehhhh, tahniah makngah dah jadi tokma 😊
Happy birthday Mak...semoga panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..
ReplyDeleteSemoga emak mamaCella berbahagia dunia akhirat.
ReplyDeleteTerkejut tak emaknya tu? 😀
Lebih kurang umur mak saya. Mak saya 76. Tarikh 12 Oktober.