Saturday 11 November 2023

PETIK & BAYAR @DUSUN HUMPHREY UPM

Saya bersiaran dari UPM..



Tadi anak jantan tu share info ni.Kebetulan saya ada kat Bangi...
Tadi pagi hantar Cella pi UPM dia masih ada kokurikulum hari ni walaupun ramai yang dah cuti Deepavali..Katanya ramai kengkawan dia dah balik kampung.Tu sebab dia wajib pergi kerana nak cover rakan yang tak datang & untuk beli jiwa pensyarah agar tidaklah kecewa kerana ramai student yang tak datang..
Lepas hantar Cella terus bawa mak gi sarapan kat Bangi...
Dah 4 hari mak kat KL..
Lepas sarapan tadi  bawa mak ronda-ronda sat....Bila anak jantan tu share info petik rambutan tu...Terus drive ke UPM semula.

Saya ikut waze ja...taip ja Dusun Contoh Taman Pertanian UPM..

Alhamdulillah jumpa tempatnya..dekat dengan Gate 1 UPM.


Suka mak dapat petik rambutan dari pokok..


Pekerja siap tolong gergaji dahan...Seronok berebut setiap kali dahan buah yang digergaji jatuh ke bumi...
Bukanla berebut betul-betul... sebab banyak dahan yang digergaji....Seronok seronok berebut manja untuk rasa kemeriahan...
Boleh beli plastik beg besar dari pekerja situ...sehelai plastik beg 20 
en..Lepas tu isi la seberapa banyak nak...Nanti pi timbang & bayar



Nak kait sendiri pun boleh...Bagus ni memberi pengalaman menyeronokkan untuk anak-anak.


Seronok la jugak kalau bagi yang nak feeling2 petik rambutan kat kampung...

Pokok rambutannya banyak..Ada rambutan merah dan ada rambutan kuning...

Kami pilih rambutan kuning

Mak saya yang dok kampung pun seronok  berebut dahan rambutan yang dipangkas pekerja..
Boleh petik saja berkongsi dahan  & boleh juga tarik sendiri dahan yang jatuh tu dan bawa la jauh sikit kalau nak feel petik sorang-sorang🤭


Ni kalau tak salah saya namanya 
Antara buah nadir ni..rasanya manis tapi pada tekak saya tidak la begitu menawan selera keranan hanya manis semata..Kalau manis dan sikit masam atau kelat ke mungkin tekak saya suka...hihihi

Jom pi timbang.....
Kat tempat timbang ni ada juga jual kelapa muda...
ada nanas madu sebiji rm8
Ada buah tembikai susu juga..tak pasti berapa harga sebab tak tanya pulak..hihihi
Ikut mak,dia nak petik lagi rambutan ni..tapi mengenangkan esok nak gi jalan-jalan cuti Deepavali...hehehe

Untuk rakan-rakan sekitar Lembah Klang...kalau taktau nak pi mana hari ni..
.moh le petik buah moktan...hehehe
Ikut info kat poster tu bermula hari ni 11/11/23 hingga buah habis...


8 comments:

  1. Bestnya! Buat macam pokok sendiri...ahaks! Saya pun suka.... Suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau generasi kita dulu...dah pakat panjat pokok dah kan cikgu..depa la ni,mak tak kopekkan kulit ..terbiarlah buah kat dalam bakul...hihihi

      Delete
  2. Hebat abang.. kak lin kat putrajaya pun xtau info ni.. tp tu la, semua ank ada prgram.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalu terlepas keretapi K.Lin..ni pun anak jantan tu bgtau..Cella yg student situ pun tak tau🤣

      Delete
  3. Best ni...esok kalau free boleh pi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH..
      Kat poster tu tulis sabtu & ahad..esok dah isnin kan..🤭

      Delete
  4. bestnya kak nape la tak terpandang masa hujung minggu aritu.... menarik aktvitinya tu kak

    ReplyDelete
  5. Menarik kalo ada acara seperti ini 😍😍. Tak pernah jumpa pula. Buahnya pun banyak macam ya kak. Teringin pula tembikai susu dan jambu ceri nya 😄

    ReplyDelete