Tuesday 31 August 2021

TAPAU NASI LAUK ITIK SALAI

 Hari ni tak masak.Balik dari ronda KL pagi tadi singgah BTR sarapan kat kedai..Kami berdua beranak ja sarapan kat kedai.


Tengahari punya lauk.Itik Salai Masak Lemak Cili Api.Anak bujang tu belanja sebab hantar & jemput dia balik kerja dihari merdeka.Jadi mak supir hari ni....hihihi


Sebab masih awal masa jemput dia baru pukul 11 pagi.Perut masih kenyang sarapan.Dia belanja Kopi Dua Darjat ni.Kat adik dia,dia belanja Air Cokelat apa entah namanya...

Pastu tapaukan nasi dengan itik salai ni.

Saya suruh beli dua bungkus sahaja nasi tu nanti tak habis.Dia beli 2 bungkus nasi & lauk itik salai

Pastu ditapaw lagi asam pedas tetel.Katanya teringin asam pedas tetel.Laaa,nampak sangat mak dia dah malas masak..Tapi asam pedas ni kureng sikit sebab cayaq ceroi.Takpa la nanti kalau dah rajin,rasa nak cari daging tetel la..nak masak asam pedas.

Nasi dia banyak.Ada ikan masin sikit dalam nasi tu.

Lauk dia boleh tahan banyak.Kata anak bujang tu dia dah beberapa kali beli,dapat tak la sebanyak ni.Hari ni rezeki kot sebab dia jadi 1 st customer.Pukul 11.30,masa nak beli..orang tu baru nak setting gerai.Belum siap lagi,tapi anak bujang ni tunggu juga.Agaknya tu sebabnya.Apapun inilah namnaya rezeki.Alhamdulillah..!

Isi pun banyak bahagian dada  memang banyak isi dari tulang..

Depa dua beradik makan nasi tapaw ni..Saya meratah...hihihi
Dulu masa kecik,mak tak bagi meratah.Ya la,dulu nak dapat lauk bukan senang..apa lagi ayam itik.Kalau ulaman banyak la...
Merdeka sungguh hari ni..gantung periuk belanga..
Huh,jarang merasa tak masak langsung ni...hihihi






7 comments:

  1. Sambut merdeka cuti masak
    Wak pun sangat suka daging itik ni

    ReplyDelete
  2. Tempat akak gulai itik Salai pn ikut harga semasa semakin kecik potongan smpi tak rasa nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni pun biasa anak bujang tu beli tak banyak pun.Ni rezeki hari merdeka agaknya...Alhamdulillah

      Delete
  3. Kak lin pun sllu tapau makanan bila da meronda ke mana2.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meronda pun penat kan...
      Balik rasa nak baring jer🤭

      Delete
  4. Jarang sgt dpt mkn itik.. sekali sekala tapau bahagia jugak kak boleh cuti masak

    ReplyDelete