Sunday 15 August 2021

PIZZA 2nd DOSE


Sayup-sayup dari kayangan ternampak kelibat manusia  berjalan di muka bumi..!

Penduduk bumi memang macam tu yer?Handphone kat tangan 24 jam🤭

Macam ada benda dijinjingnya...

Owh,Warga Pfizer rupanya besama bungkusan ditangan..

2 pcs Dominos Pizza

Dapat special prize untuk yang dah lengkap dua dose vaksin katanya.
Amboi,depa terus pi claim!


RM19.20
20 sen tu sebab plastic charge ..
Pasni boleh buat part time berniaga plastic bag la.Macam youtuber  kedil dari Indonesia iaitu Ucok Baba  yang bermula dengan berniaga kresek (beg plastik isi barang) di pasar.Tetiba teringat pernah tonton show talk tentang kegigihan 
UCOK BABA iaitu insan  kerdil istimewa yang pernah rasa tersisih tapi memberanikan berhijrah dari kampung halamannya ke Kotaraya Jakarta dengan hanya berbekalkan  RP7000(kalau sekarang ±RM2.07)Namun berkat ketabahan & kegigihannya , Allah kurniakan rezeki melimpah hingga menjadi hartawan,rezeki mendapat jodoh yang baik  sempurna & anak-anak yang hormat ibu bapa serta berjaya.Kalau dulu beliau pernah minta sedekah,kini beliau tidak kedekut berkongsi rezeki membantu orang lain.Masha Allah...!!
Saya pernah kongsikan kisah Ucok Baba ni kepada Haikal,Adah & Cella sebagai motivasi..

Ini cerita dua hari lepas sebenarnya.Pizza ni sebenarnya nipis sahaja & 1 pc tu sesuai makan sorang sahaja🤭
Jangan Adah terbaca sudahlah...Kang dia ingat makan tak ingat dia..hihihi
Takpa tunggu lagi 2 minggu,Adah lengkap 2 dose kita beli lain ya..!
Eh,saya pun lupa saya dah lama lengkap 2 dose tapi tak beli pizza pun !
🤭🤭🍕🍕🍕🍕


6 comments:

  1. Iman cakap jugak pasal pizza ni tapi sy macam tak brp minat nak claim.. tunggu lapar2 nanti 😜

    ReplyDelete
  2. alaaa.. teringin dominos pizza.. nmpk kt sini pulak.. nk nangis lah

    ReplyDelete
  3. Pizza yang nipis itulah yang sedap. Bagi sayalah hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tapi kalau pizza kerak tebal kenyangggggg🤣

      Delete