Thursday 26 August 2021

SAMBAL SARDIN BELIMBING BULUH

Semalam punya lauk makan petang.Skip lunch sebab semua kebizian.Pukul 4 petang tengah hujan lebat baru dapat makan nasi.

Sambal Sardin Belimbing Buluh.



Lauk yang menyebabkan periuk bocor(pinjam simpulan bahasa dari Johor🤭)

Plan asal nak masak ayam sambal tapi sudahnya sardin cap ayam.


Benarkah side effect lepas vaksin ni jadi pemalas...?Macam betul la pulak untuk diri saya🤭.Sejak 2nd dose awal Julai lalu hingga kini saya menjadi seorang yang sangat pemalas nak masak.Masak asal boleh sahaja.Pun paling simple.Kalau ayam hanya goreng sahaja.Dah tak rajin nak masak berkuah bagai.Selalu juga hanya satu lauk sahaja.Bulan Julai &  Ogos paling banyak  membeli makanan siap.Nasi dagang,nasi kerabu,nasi lemak lauk ayam goreng lagi la kerap sampai Cella dah boleh cam rasa nasi lemak tu berbeza mengikut gerai.Kadang Keropok lekor cheese.Pisang goreng cheese.Yang peliknya makanan beli tu saya beli untuk depa ja.Untuk diri sendiri saya akan masak nasi,goreng ikan bilis cili bawang,goreng mandai & selalu juga masak nasi goreng sahaja untuk diri sendiri.Malas tak tau nak habbbbbbbbbbaaaaaaqq!

Seingat saya....saya jarang malas masak...

Huhuhu,apakah ini kerana vaksin?

Hihihi....jangan nanti kena dakwa kata fitnah vaksin pulak sudah la..🤭


Sampai lah semalam plan nak beli nasi kat Warung Simple.Cella cakap ..tolonglah masak,dia dah jemu makan nasi bungkus.Masak sardin ngan telur pun tak apa katanya merayu..Sebenarnya makanan yang dibeli pun ala-ala sahaja ..tu yang jemu.Cuba kalau hari-hari beli mcd ka...kfc ka..begerking ka,taxes ka..

Mungkin depa tak merungut kot..

Hihihihi.....


Makanya masak la juga.Sambal Sardin Belimbing Buluh.Guna 1 tin kecik sahaja Ada ikan 1½ ketul sahaja. Pastu tambah la telur dadar & ulam salad.Tu ja lauknya.

Belimbing yang Ros bagi haru tu masih berbaki.




Macam biasa sebiji belah 6 supaya bila masak segala masamnya keluar bercampur dengan sambal.Kalau masak sekejap sahaja belimbing memang rasa sangat masam.Masak  lama...supaya sambal jadi sedap & belimbing tidak lagi masam berdengung.Tips masak belimbing ni kalau taknak masam piang....
Kena masak bagi mendidih lama hingga belimbing macam jernih lutsinar.In sha Allah sedap...
Lagi sedap kalau masak beberapa jam awal sebelum makan.Nak makan tengahari,pagi dah masak lauk ni.Lauk apapun jenis  berkuah macam sambal,kari,masak lemak cili api,cer masak awal..In sha Allah,rasa dia lebih sedap sebab bahannya mesra & sebati.
Kalau tak sedap juga tu bukan salah saya ...Itu salah vaksin la...hihihihi!
(jangan la pembaris sangat)hihihi


SAMBAL SARDIN BELIMBING BULUH

1 tin sardin macerel.
15 biji belimbing buluh
(belah 6 setiap sebiji)
4 sudu minyak
Garam & gula

Bahan Blend:
20 cili padi merah Bangladesh.
1 bawang besar.
2 bawang putih

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend.

2. Masukkan belimbing & secawan air serta biar mendidih hingga naik minyak.

3. Tambah sardin,garam & secubit gula.

4. Masak hingga naik minyak & sesuaikan rasa.


17 comments:

  1. Adoh, gelak gulen2 baca entri ni. Lama tu kesan malasnya, dari Julai sampai Ogos. Sy hari ni nak masak, seram pulak jadik malas lama2 sangat, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah,berjaya melawan simptom pasca vaksin...
      Teruskan memasak...hihihi

      Delete
  2. menu sardin mmg akan buat makan bertambah nasi tp tkpernh lg masak sardin yg ltk belimbing buluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang suka belimbing buluh,padahal dulu kat kampung langsung tak pandang belimbing tu..hihihi.
      Pada tekak saya sedap masuk belimbing buluh dalam masakan sardin samaada sardin sambal,sardin asam pedas @ sardin lemak cili api

      Delete
  3. Penangan vaksin dah la jadi pemalas perut plak asik lapar je. Sardin ngan belimbing buluh pedas berdesing cuma selera mak2 je anak2 tetap nak ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi la...
      Sebelum ni tak perasan pun pasaca sindrom vaksin ni....hihihi

      Delete
  4. Eh samalah kita... lepas vaksin mmg malas sedia-sedia nak masak. Tapi, makan pulak rajin sokmo :D

    PH suka masak lemak @ kari ikan2 darat campur belimbing buluh ni. Iyalah, masam2 tu kuranglah rasa hanyirnya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak....
      Macam serem pulak sindrom pasca vaksin ni..Ingatkan saya jer..Kalau dah ramai ni..suratan @ kebetulan ni...huhuhu

      Delete
  5. Kak lin pun rasa lebih malas & lesu lps complete 2 dose vaksin.. manjang nk baring2 je.. tapau da jd habit plk..
    Menu mak cella ni buat kak lin nk mencari sgt belimbing buluh.. sardin bantuan makanan masih ada dlm mini market kat rmh ni.. tp kak lin tgk mak cella bkn guna cili kering.. guna cili padi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Hikmah PKP sampai dapat buka mi i market yer k.Lin🤭🤭🤭

      Saya memang kuat pedas k.Lin.Ada saja dalam old post saya masak sambal sardin belimbing buluh guna cili kering,tapi pastu patahkan juga cili padi..hihihi

      Harap-harap sindrom M kita semua akan berakhir la...huhuhu

      Delete
  6. Periuk bocor tak apa, jangan usus bocor hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nauzubillah...
      Jangan la usu bocor..
      Kena berguru dengan orang Nismiland,macamana depa jaga usus...hihihi

      Delete
  7. Lauk favourite ni. Suka masak sardin letak belimbing buluh. Dapat fresh belimbing buluh lagilah sedap. Saya ada stok frozen je dari kampung. Alamak, saya orang Johor tak pernah dengar pulak simpulan bahasa tu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpulan bahasa tu kena tanya orang Tanah Jauhar🤭🤭🤭🤭

      Delete
  8. Haha..lawak la geng mak2 salahkan vaksin plak 😂. Saya pun sama sejak pdpr ni kami lunch mmg pukul 3 ptg. Masak awal mcm mn pun mesti pukul 3 ptg baru blh mkn. Wp mkn kul 3, kul 5 anak2 tetap akan tanya mnm ptg plak...mama ni mmg tua kt dapur jer lah,,😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Benda boleh salahkan yang lain kan...buat apa nak salahkan diri sendiri🤣🤣🤣
      Ala,mak-mak pun bukan seselalu boleh bermalasan,sesekali ada alasan,jadikan la lesen .Vaksin kira lesen besar la kan...🤣🤣🤣🤣

      Delete
  9. Resepi simple tapi sedap. Saya ada stock sardin jenama GS tapi sekali tenguk made in China. Beli jenama Nazri sekali tenguk made in China juga.kecil jak tulisannya.jadi fikir mo makan atau tidak.sorry jadi stalker blog ini.

    ReplyDelete