My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Friday, 18 December 2020

HUBUNGAN DENGAN MANUSIA vs HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Pada masa kecil, saya hidup bersama kedua ibu bapa saya dan saya menyangka bahawa saya tidak boleh berpisah dengan mereka atau hidup tanpa mereka kemudian kedua duanya meninggal dunia.

Saya hidup bersama adik beradik saya dan saya menyangka bahawa saya tidak boleh berpisah dengan mereka kemudian mereka semuanya berkahwin dan masing masing bersama keluarga mereka.

Saya juga telah berkahwin dan dikurniakan anak dan saya menyangka bahawa saya tidak boleh berpisah dengan mereka kemudian mereka berkahwin dan membentuk keluarga serta manuju jalan masing masing.


# Tahulah saya bahawa tiada yang kekal bersama manusia kecuali Allah dan setiap hubungan akan terputus kecuali hubungan dengan Allah Tuhan sekalian alam.


(Syeikh Ali Tantawi).


#dipanjangkan daripada perkongsian Al-Ustaz Kamarul Hafidz


No comments:

Post a Comment