Thursday 16 May 2019

SPAGHETTI OLIO OGLIO

Spaghetti Oli
Juadah iftar hari Isnin
Sama ngan Nasi Ulam
Tapi aku abang & kakak x makan Nasi Ulam tu
Mak aku masakkan Spaghetti Olio ni


Sedappp
Heee....kalau bulan puasa mak aku akan masak special  skit
Kalu bulan biasa mak aku masak olio ni asal ada jer..
Simple...dimple
Mak aku kata dah Olio Oglio tu memang asalnya simple pasta dimasak dengan  garlic & olive oil jer
Tapi now ramai orang dah tambah macam- macam.
Mmmm...x taunla plak aku


Macam yang ni mak aku letak seafood & vegetable...
Ada udang,sotong,tomato & broccoli
Heeee....yang tu la aku nampak...

SPAGHETTI OLIO OGLIO..mak aku
1/2 pack spaghetti ( yang ni guna vermecelli pasta)
1 bawang holland- cincang
5 bawang putih + cincang
5 udang - belah 2
2 sotong - hiris bulat
1 tomato masak- buang biji & dadu
1/4 broccoli - celur 1/2 masak
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu chilly flakes
garam
1 kiub ayam
2 sudu minyak(lagi sedap minyak zaitun)
Pasley cincang

1. Jerang air + sikit garam dalam periuk hingga mendidih untuk rebus spaghetti
2. Panaskan minyak & tumis bawang-& bawang
3. Masukkan seafood & kiub ayam
4.Masukkan tomato& lada hitam
5. Masukkan spaghetti rebus bersama sedikit air rebusan dan broccoli
6.Gaul rata & tabur chilly flakes
7. Jika guna minyak zaitun tambah minyam zaitun & tabur pasley

Makan panas- panas
Minuman plak kakak beli Sunquick Mango
Aummm

Ops...ni bahan dia la..
Heee...malas nak susun semula pic

Sekian....

3 comments:

  1. Salam Kita guna pasta and mi. So letak cam kat atas.kadNg basah berkuah kadang kering.. tapi berencsh Sayur... Kita panggil mi goreng ugly oooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Goreng Ugly🤣🤭
      Kasihan mee itew...
      pretty ugly..
      hahaha...don't judge book by the cover...

      Delete
  2. Sebab mi bodoh dah Ada...

    Anyway.. spaghetti no Kita buat ganti mi.. mi laksa.. .Dan sebagainya..

    ReplyDelete