Thursday 2 May 2019

SIRAP SELASIH NOSTALGIA RAMADHAN

 Air Sirap Selasih..
Bila mak aku dah mula masak sirap
Itu tandanya Ramadhan dah dekat..
Setiap tahun ...bila Ramadhan
Atau Ramadhan hampir tiba
Mak aku akan masak sirap
Stok bulan Ramadhan....
Aku dah faham dah..
Sebab dah hampir 2 abad menjafi anak mak aku...
Hahaaha....ayat apakah ini...!

 Dah masak sirapnya..
Takkan nak tengok jer kan..
Haaa....mak aku buatkan 1 jug kecik Sirap Selasih
Nak minum berdua jer ngan mak aku...
Kakak ngan abang belum balik..
Nanti sapa nak minum...bancuh jer....

 Dah banyak kali dah pun post entri about Sirap Selasih ni..
Rasanya every year bila bulan Ramadhan...
Kalau search kat Google....
sirap selasih...
Haaaaa ...salah satunya...
Kuar lah result AIR SIRAP SELASIH...entri ni..
Dalam entri tu dah banyak citer about Sirap Selasih by mak aku
Banyak cerita tentang sirap selasih dan bahannya..
Sebabnya Sirap Selasih yang mak aku masak ni memang x sama macam kat kedai..
Kata mak aku ...
Itulah yang nenek ajar dolu- dolu...
Bukan nenek jer...
Mak aku kata kebanyakan nenek- nenek dari  utaraemang ada resipi air airap berempah & berherba ni
Kata mak aku ..kalau kat Penang ada versi letak sejenis akar herba..
Apa namanya dah...
Mak aku ada xakap tapi aku dah lupa..
Sebab nama akar tu aku x pernah dengar..
Kalau " Tiada Rotan Akarpun Berguna...."
Yang tu aku pernah dengar...hahaha...
Kalau mak aku mazak sirap memang confirm..mak aku akan buat macam  ni
Ada masuk rempah ratus & herba
Tapi bila minum....
Sedap baq hangggg....!!!!
Kolaborasi antara spice & herb tu memang menjadi...
Hahahaha....jangan tanya aku..ayat apakah itu...!
Yang pasti we all semua suka Sirap ni...
Cuma kalu ni mak aku kata bahan- bahannya hampir lengkap
Sebab selalunya guna gula pasir
Kali ni mak aku kata guna gula pasir + gula baty
Haaa....aku memang kenal gula batu tau...!
Ni pun aku yang pilih masa mak aku nak beli kat Hero tu...
Gula dia memang macam batu
Actually ...macam ais

SIRAP SELASIH......mak aku
½ kg gula pasir
¼ kg gula batu
2 helai pandan
2 helai daun limau purut
1 kulit kayu manis
10 cengkih
10 buah pelaga
1 sudu teh pewaran merah jambu
3-4  sudu sirap rose merah
4 cawan air

** biji selasih - jika suka
( basuh dan rendam dengan air biasa)
Anggaran untuk 1 jug 2 liter..guna 1 sudu makan biji selasih..kerana biji selasih akan mengembang)

1. Basuh semua rempah.
2. Koyak- koyakkan daun pandan dan daun limau purut
3. Dalam periuk...masukkan gula,gula batu,rempah ratus dan semua herba
4. Masak sampai mendidh dan semua gula larut.
5. Tambah sirap rose merah
6. Untuk warna merah yang menarok + sikit pewarna merah jambu...

*** Pesan mak aku...sirap ni lagi sedap setelah disimpan beberapa hari supaya rasa dan bau herba & rempah sebati

 Ni lah bahan- bahan nak masak Sirap BUKAN SIRAP TOMYAM tu..
Hahaha...ada ceritanya about Sirap Tomyam tu..
Dah tulis dalam ENTRI ni....

 Mak aku kata ni herba wajib

 Dah nama sirap ...
Kena la ada gula putih ni..
Mak aku kata gula pasir

 Ni bahan Sunat Muakkad kata mak aku
Hahaha...
Gula Batu ni mak aju kata untuk dapatkan sirap yang merah jernih dan berkaca..serta tahan lama.
Kata mak aku Gula Batu ni juga digunakan untuk dapatka  hasil agar- agar kering yang berkaca..
Haaaa...agar- agar kering mak aku selalu beli kalau balik Kedah
Memang bila gigit..rupa isi dia macam kaca
Tapi aku x suka sebab manisss
Mak aku ngan nenek jer suka


 Sirap merah...
Mak aku kata Sirap Rose..
Baiklahh.......

 Proses masak sirap
Masa ni belum letak sirap rose..
Kena masak sampai semua gula larut...


 Ni dah siap masak..
Dah letak pewarna



 Ni biji selasih sedang direndam
Biji selasih mean Basil Seed


Ready to drink.
Amik sirap secukupnya
Tambah ait masak
Letak ais
Tambah biji selasih...
Slruuupppp....!

2 comments:

  1. Cella, mak aunty pun terror bab buat sirap ni sampai ramai yg dtg rumah aunty sebab nak minum sirap mak aunty. Tapi aunty tak pernah lagi jumpa sirao herba macam ni, rasa nak cuba pulak. Aunty nak tanya, lps siap masak sirap ni, kena masukkan dalam peti sejuk atau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa...agaknya nenek-nenek memang masak sirap sedap
      Mak kiter cakap dolu-dolu sirap tu disimpan dalam botol jer xde masuk peti ais pun boleh tahan sepanjang bulan puasa..Ia tahan sebab gula tu pekat dan menjadi pengawet semulajadi.
      Tapi now mak kitwr masuk dalam botol air mineral & simpan dalam peti ais...

      Delete