My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Thursday, 7 August 2014

HABISKAN STOK MENU IFTAR RAMADHAN : RAMADHAN 21-SAHUR GARLIC BREAD & IFTAR AYAM KURMA

 
Menu sahur pagi Sabtu Ramadhan 21...Garlic bread cicah Kari Daging baki kari  masa buka puasa semalamnya.Kari yang buat cicah Roti Puri...
 Teh O panas memang wajib la....
 Guna Roti Gardenia je pun...Sapu Garlic Spread segera yang beli dah siap....pastu panggag dalam oven kejap hingga panas & tepinya garing...
Mak aku kata kena banyak minum air sebab garlic tu buatkan kita haus masa siang nanti...Lagi 1 mak aku pesan suruh gosok gigi betul-betu sebab makan garlic nanti nafas berbau...
Kerana hari Sabtu & Ahad adalah hari yang mak aku akan allout buat kuh raya..maka mak aku kata hanya masak 1 lauk je...Kurma Ayam...

KURMA AYAM
1/2 ekor ayam-potong
2 bungkus kecik rempah kurma
1santan kotak
1 dan pandan
1 asam keping
garam & sikit gula
3 kentang-poton g4
minyak untuk tumis

bahan tumis:
1kayu manis
5 bunga cengkih
2 bunga lawang
1ketul halia- hiris halus
2 bawang putih
1/2 bawang besar

1. Panaskan sikit minyak & tumis bahan tumis sampai garing.
2.Masukkan daun pandan simpul biar hingga wangi
3.Masukkan rempah kurma yang dah dibancuh dengan air.
4.Bila naik minyak macam juga masak kari..baru masukkan ayan & kentang.
5. Masukkan separuh santan & 2 cawan air hingga kentang empuk
6. Bila kentang dah empuk baru masukkan asam keping,garam & sikit gula.Tambah baki santan pekat.
7. Siappp

No comments:

Post a Comment