Friday 9 May 2014

BEKAL HARI JUMAAT... NASI GORENG TOM YAM & SOSEJ BERTELUR JEW...!!!!




Citer bekal hari ni la dulu....sempoi jew...!!!!
Nasi Goreng Tomyam & Sosej Bertelur....Sosej Bertelur tu dah bawa bekal minggu lepas..Tapi makan ngan roti....
Tupperware Hijau biasa la kakak nyer..Tupperware Biru ..itu ana yang ampunya......bekal hari ni Jumaat....
Yang Soft Roll tu untuk sarapan dalam kereta....bersama 1 tumbler Air Teh O Panas( yang xde dalam gambar)


Mulanya dalam kereta kakak makan Nasi Goreng & Sosej Bertelur sebab kakak kata tengahari dia xnak makan berat..Nak makan roti je sbb takut ngantuk...AKu plak makan Soft Roll tu untuk sarapan sebab Nasi Goreng tu nak makanngan kawan masa rehat nanti....Tapi aku hanya makan Soft Roll tu cikit je....sebab aku rasa x sedap....sebab ada Butter Toffee tu ...x masuk ngan  taste aku la...Akhirnya aku bagi kakak je...& kakak plak terus tukar Nasi Goreng yang dia dah makan separuh tu bagi kat aku...



Dipendekkan citer.....dua2 bekas Nasi Goreng & Sosej Bertelur ni aku yang kerjakan...hahahahaha
Cedop ooooo...sebab mak aku yang masakkan untuk aku....heeeee

NASI GORENG TOM YAM & SOSEJ BERTELUR..

2 mangkuk nasi- bukan nasi lebihan malam tadi tau sebab malam tadi makan kuey teow...
1 bungkus perencah tom yam
3 sudu minyak  olive

1. Panaskan olive oil...terus tuangkan nasi yang dah disejukkan.
2. Tabur perencah tom yam rata2 & goreng sampai nampak garing

SOSEJ BERTELUR
4batang sosej - rebus & potong serong
1 sudu olive oil
1 biji telur
1 bawang putih
sikit lada hitam
daun sup cincang

1. Panas minyak & tumis bawang putih cincang.
2. Masukkan sosej rebus yang dah potong
3. Tabur serbuk lada hitam & gaul rata.Xyah garam sebab nasi goreng dah cukup masin
4. Pecahkan telur dalam nya dan cepat2 goreng lagi sampai telur masak & bersalut dengan sosej.
5. Tutup api & tabur daun sup cincang..

Dah siap & boleh makan ngan nasi goreng atau makan ngan roti..

No comments:

Post a Comment